Jom Makan Malam di Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu

Hi korang .. ni kmia nak kongsi tempat makan eksklusif tetapi harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan.

Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu

Restoran Mercato

Terletak di aras bawah hotel, restoran ini menawarkan buffet makan malam pada harga berpatutan. Susun atur meja makan dan kerusi dan pemilihan warna dalaman mampu menarik perhatian para pengunjung restoran. Korang boleh nikmati buffet makan malam dengan bayaran sebanyak RM45nett untuk dewasa dan RM36nett untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun pada hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.
*sekarang mereka sedang mengadakan promosi, beli 4 percuma 1! 

Ruang buffet yang ringkas dan selesa

Ruang buffet yang ringkas tetapi padat dengan pilihan makanan diserikan lagi dengan motif serta corak yang memaparkan budaya tempatan Sabah. Restoran ini mengamalkan konsep dapur terbuka dimana para pelanggan boleh melihat sendiri kakitangan restoran menyediakan makanan melalui tingkap kaca. 

Pelbagai hidangan utama yang disediakan dalam saiz kecil

Pelbagai jenis makanan dihidangkan di buffet ini bermula daripada pembuka selera, makanan utama sehinggalah manisan. Kopi dan teh juga disediakan kepada pelanggan yang inginkan minuman panas selepas makan malam.
Menariknya di sini, terdapat beberapa pilihan makanan utama yang dihidangkan dalam saiz kecil. Ianya bukan sahaja menyerlahkan nilai estetika serta tekstur makanan tersebut malahan ia memberikan peluang kepada semua pelanggan untuk mendapatkan potongan sesuai yang belum diusik.

Pelbagai pilihan makanan yang memenuhi citarasa pelanggan

Pilihan makanan adalah berubah dari masa ke semasa. Pelanggan pasti akan merasa teruja untuk melihat pilihan makanan yang dihidangkan di setiap kaunter buffet kerana kesemuanya disediakan dengan penuh teliti oleh chef restoran ini.

Ruang makan umum yang simple dan santai

Ruang makan di restoran ini terdiri daripada meja-meja terbuka yang boleh memuatkan 2 hingga 4 orang serta terdapat satu meja komunal yang boleh memuatkan pelanggan yang datang secara berkumpulan. Ruang makan umum ini agak santai yang pastinya membuatkan pelanggan berasa selesa semasa menikmati makan malam mereka. 

Sabahan Blogger yang sempat menjamu selera di Restoran Mercato hari tu | Joe dan Lan dari curiostraveller.com , Liza dari lizaizara.com , Yatie dari yatieowner.com dan kmia

Ruang makan privasi

Ruang makan khas juga disediakan bagi mereka yang mahukan privasi. Bilik makan khas ini mampu memuatkan sehingga 10 orang pada satu-satu masa. Penggunaan ruang khas ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dan pelanggan perlu berbelanja serendah RM600 untuk menggunakannya secara eksklusif.

Selepas menikmati makan malam, para pelanggan boleh berhibur dengan berkaraoke di Spazio Lounge. Dengan hanya memesan minuman di Vetro Bar, pelanggan boleh berkaraoke sepuasnya di sini. 

Spazio Lounge

Vetro Bar

Mengenai Avangio Hotel Kota Kinabalu
Hotel bertaraf 4 bintang yang menawarkan 103 pilihan bilik dari kategori Deluxe hinggalah Privilige. Untuk pelanggan korporat pula, hotel ini menyediakan 3 bilik mesyuarat dan juga ballroom. Hotel ini juga menyediakan kemudahan lain seperti kolam renang terbuka untuk dewasa dan kanak-kanak serta bilik gimnasium. 





Avangio Hotel
Jalan Metro 2, Metro Town, Off Jalan Lintas
88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Telefon: 088-536888

Original post from Joe (https://curiostraveller.com)

2 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post