Skip to main content

Kena Denda

Assalamualaikum

Semalam sampai jak di rumah dari keja, Shumi mengadu... "Umi, tadi saya kena marah oleh cikgu, kena suruh berdiri atas kerusi".... Tapi saya tak gabra dulu, tanya Shumi kenapa... "Saya lupa bawa buku Matematik".... oooo patutlah kena denda. Saya terus terangkan Shumi apa salah dia sampai cikgu marah....

Zaman sekarang dengan zaman dulu lain sangat....dulu anak2 kalau kena denda kat sekolah jarang ngadu kat ibu bapa sebab dorang tahu, konpem kena marah kali yang kedua...saya pun sama, kalau kena denda oleh cikgu, diam2 jak, kalau gatal juga nak ngadu kat bapa, bapa mesti marah balik "ko lah tu jajal betul di sekolah, pasal tu cikgu denda ko"...bagus diam jak kan...lagipun zaman saya sekolah dulu, mana ada denda yang terlampau ekstrim cam sekarang ni....cikgu2 pun semua baik2 belaka, kalau yang garang cam singa pun, tak lah sampai mendera anak muridnya hingga cedera parah...huhu...

Sekarang ni, takut dengar kisah cikgu dera murid sampai ada yang cedera parah dan kadang2 ada yang meninggal....isshh nahuzubillah, moga anak2 saya selamat selalu....Saya rasa memang patut juga kalau anak2 suka mangadu kat ibu bapa sekarang ni, sekurang-kurangnya kita tahu dan boleh selidik apa yang berlaku kat sekolah...tapi janganlah pulak anak ko ngadu kena cubit sikit oleh guru terus nak buat aduan kat polis....agak melampau pulak kan....Tapi rasanya kita tak boleh salahkan juga guru2 semata....dengan beban kerja guru yang agak keterlaluan sekarang ni (memang nampak kerja2 melambak si hubby, sampai keja sekolah bawa kat rumah) di tambah lagi murid2 zaman sekarang yang agak kurang sopan, tak mustahil tekanan tu menyebabkan guru bertindak di luar batasan.....ini pandangan peribadi jak ye.....Tapi (tapi lagi)janganlah pulak sapa2 yang jadi guru tu jadikan ianya alasan untuk mendera anak2 murid ko....memang tak patut sungguh....

Murid2 zaman sekarang pun agak Kuang aja !! sedikit...terutamanya di bandar2...ni ikut pengalaman si hubby...dia pernah mengajar di kawasan kampung....anak2 murid sana punyalah senang nak urus, ikut cakap jak dan hormat guru2nya...walaupun berada di luar sekolah.....sekarang hubby dah mengajar di sekolah dalam kawasan bandar....murid2nya memang bikin tekanan, sudahlah tak dengar cakap, melawan, kalau kat luar, terserempak dengan cikgu, langsung tak tegur, buat2 tak kenal...Tapi bukan saya nak kata semua murid gitu, bak kata orang kerana nila setitik rosak susu sebelanga kan....

Takut juga pikir keadaan camtu kan...takut juga anak2 saya terpengaruh dengan budaya2 yang tidak elok....emmm nahuzubillah....sebagai ibu bapa, kena sentiasa pantau pergerakan anak, berikan didikan sepenuhnya yakni ilmu dunia dan akhirat.....(peringatan untuk saya sendiri ni)


Muka budak kena denda cikgu..... =P

Comments

  1. Betul Mia. Dulu kita kena denda cikgu sorok tak mahu mak-ayah tahu. Budak sekarang walau sah-sah salah dia tetap nak beritahu kita. Bila kita kata salah sendiri baru dia rasa bersalah..

    ReplyDelete
  2. ms sekolah dulu tak berani nak ckp ngan mak kena dende..huhuh

    ReplyDelete
  3. si kakak pun pernah kena denda berdiri depan kelas, tapi dia cerita kt kami. saya pun ckplah, tu la lain kali jgn bising sgt dlm kelas. time belajar, kena belajar betul2. nnt bila cikgu dh xde, borak la puas2. ish ish. marah jugaklah masa tu. sbb tu la saya lbh suka hantar anak ke sekolah kampung berbanding bandar. bnyk bezanya :)

    ReplyDelete
  4. Betul kak...
    Dulu dengan sekarang dah jauh bezanya......

    ReplyDelete
  5. xpernah cakap kene denda ngan cikgu. ehehe.

    ReplyDelete
  6. saya dlu slalu kna denda jalan itik masa form 3 sbb tak lulus matematik.tp xpernah ngadu kat mak tkut kna marah.sbb klu sy ngadu mmg kna marah balik.haha.sy mmg mls buat homework..:)

    ReplyDelete
  7. Kakcik pernah kena denda berdiri atas meja! ;-)

    ReplyDelete
  8. Betul apa yg Mia tulis tu.Dilema guru-murid-parents zaman skang.Tgk situasi jugak kan? Yg penting,tolak ansur..

    ReplyDelete
  9. @Kakzakie: Betul kak...dulu budak2 mmg takut nak ngadu dorang kena denda....

    ReplyDelete
  10. @Sue-Rya Qistina: Saya pun sama...nak juga sek lah kan anak2 kat kg tp tak thn pulak berjauhan....huhu

    ReplyDelete
  11. cikgu dulu kalau kena denda malu nak cakap kat ayah umi...nanti kena gelak hehehe....
    baik buruk murid di bandar mahu di kg....sebenarnya bergantung bagaimana anak tu dididik di rumah. maknanya peranan ibu bapa sangat penting. kalau dah parents pun asyik duk kutuk cikgu depan anak2, macam mana anak nak hormat cikgu.

    ReplyDelete
  12. Semoga anak2 kita tak perpengaruh dgn budaya 2yg tak elok. Aku dulu pernah kena tarik telinga ngan cikgu sains sampai luka lah. Puncanya sebab aku lukis gambarajah tak kemas...cis...

    ReplyDelete
  13. @ejulz: ooo mesti ko byk kali kena denda ni tu pasal ko takut nak bg tahu...hehe

    ReplyDelete
  14. Mimang pun...zaman dulu dan sekarang jauh beza kan...

    ReplyDelete
  15. @normi nieza: Klu ko bg tahu mo ko konpem kena denda jln itik kali kedua..hehe

    ReplyDelete
  16. @Rafhani: Ya betul...yg penting tolak ansur... :-)

    ReplyDelete
  17. @CeqGu: Setuju 100% dgn pendapat Ceqgu.... :-)

    ReplyDelete
  18. Salam Ukhwah.

    My precious son pernah kena cubit sampai tersiat kulit. Atas alasan my precious berlari ke kantin. Denda boleh tapi jangan sampai tercedera.

    ReplyDelete
  19. denda??ingat dulu kena denda diri atas meja..ahaha

    ReplyDelete
  20. @Zana: Tq sudi jenguk sini. :-)....klu dah cubit sampai terluka tu dah kes dera.....huhu

    ReplyDelete
  21. Kesian dia kena denda kan...hhuhu

    ReplyDelete
  22. @Jue: Siannn...tapi salah dia kan apa boleh buat....huhu

    ReplyDelete
  23. teringat zaman sekolah selalu kena denda berdiri atas kerusi uhuhuhuuu..

    ReplyDelete
  24. @♥ Wina ♥: Bestkan berdiri atas kerusi...sampai krem kaki...huhu

    ReplyDelete
  25. Pernah di denda berdiri di luar kelas sbb kerja rumah ndak siap..haha..
    kena cubit perut pun pernah...:)

    ReplyDelete
  26. @aTieYusof Family: Samalah pernah kena cubit sbb nda siap keja rumah.....hehe

    ReplyDelete
  27. kenangan dulu..setakat kena denda berdiri atas kerusi perkara biasa..ada juga yg sampai kena jungjung kerusi atas meja..hahha..tahap ganban punya nakal...

    ReplyDelete
  28. yups, cikgu pun manusia biasa, kadang2 tertekan jugak. dulu saya pun kalau kena denda tak siap homework ker apa, terima jer dah mmg salah sendiri. hhehhe
    terima kasih cikgu yg suka denda saya dulu, kalau tak... abc pun saya tak kenal sekarang, dah takleh nak blog hehehe

    ReplyDelete
  29. HA,AH..BUDAK2 SEKARANG MAKIN SUSAH NK DIAJAR..JGN LA ANAK2 KITA DLM GOLONGAN ITU YER..NAUZUBILLAH..

    hubby mia cikgu rupanya..:)

    ReplyDelete
  30. @izan mama mia: Klu dah sampai junjung kerusi tu mmg nakal tahap gabanlah tu...nasib tak disuruh junjung meja...huhu

    ReplyDelete
  31. yg penting sikap bertolak ansur kan..


    akak jom join segmen ni, nak?

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/02/segmen-lagu-favourite-saya-by-leeyana.html

    ReplyDelete
  32. @Nastyna: ha'ah....klu cikgu tak denda , kita tak rajin nak belajar.. terima kasih cikgu.....hehe

    ReplyDelete
  33. @QasehnyaRania: Betul..... insya Allah akan di join :-)

    ReplyDelete
  34. sama cam kak zu..klu anak anak ngadu, first mesti kak zu salah kan anak2 dulu..pastu baru diam diam selidik apa bentuk kesalahan yg ank buat sampai kena denda..so far anak2 kak zu belum kena denda yg teruk teruk lagi...

    ReplyDelete
  35. Semua mak bapak sayang anak....tp kadang tu tindakan mak bapak yg terlampau sayang...merosakkan anak tu sendiri sampai cikgu pun takut nk tegur...
    Entahlah Mia...

    ReplyDelete
  36. @zulaikha megat: Betul tu kak..kena selidik dulu betul2...anak ke yg salah atau cikgu tu yg mendera....

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. @hainom OKje: itulah kan...kadang2 memanjakan anak secara berlebihan menjadi punca anak rosak.....

    ReplyDelete
  39. tapi denda naik atas kerusi sbnrnya x dibenarkan sudah tu mia..kalau ikut kursus guru disiplin yang saya ikuti sebelum ini memang x dibenarkan. Takut memudaratkan sbb mana tau pelajar itu terjatuh dari kerusi. Denda berdiri atas lantai oklah tapi jgan terlalu lama, ketuk ketampi pun x boleh, cubit pun x boleh, even jeling pun x boleh. Tapi ada masa saya cubit jg pljar bila terlalu degil. Memang hal denda mendenda ini ada byk limitation dia kalau sekarang. Dulu, guru selalu pukul ngan pembaris kayu, pusing padang sambil angkat bangku, ketuk ketampi, berdiri atas meja tapi kita x pernah lapor kat parents sbb tau memang salah kita.

    ReplyDelete
  40. @Kay Masingan: Bah baguslah ada garis panduan suda cath.....suda sya tanya balik semalam si shumi...bukan atas kerusi dia kena berdiri, berdiri saja sampai abiss masa...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Oriental Treasures, A Mid-Autumn Delicacy

Hilton hotels in Malaysia launched its national mooncake series, Oriental Treasures, with an enticing array of traditional baked varieties of classic and modern flavours - a celebration of culinary craftsmanship, fine quality and exquisite flavours. To top it as a festive centrepiece, this year’s national mooncake box design pays homage to the core of Chinese heritage.  Embellished in imperial red, the premium square box features a noble pair of red-crowned cranes amongst sacred clouds. Characteristically celestial, the golden full moon illuminates the scene, much like the celebrated baked mooncakes during Mid-Autumn festivities. The ornate die-cut window pane, inspired by the moon windows of Oriental architecture, offers a peek to the individual matte-finishing gold and red receptacles housing its respective mooncakes. As reunions and rituals take a different form this year, the mooncakes serve as a reminder to go back to basics. Eugene Oelofse, National Marketing Communications Direc