Skip to main content

Semangat kesukanan

Assalamualaikum

Korang suka sukan apa ?? saya ?? sukan bermusim....hehe, kalau masa tu tengah hangat bola sepak, saya suka...tetiba lepas tu badminton terus minat gilak kat Lee Chong Wei....dan bila sukan terjun air hangat masa tu, terus berpikir2 nak terjun cam Pandelela Rinong tu....huhu.... Sebenarnya saya 'Kaki Bangku' istilah dalam sukan bola sepak tu aka tiada bakat sukan.....percaya atau tidak dari sekolah rendah hingga di Ums dulu tidak pernah terlibat dengan sukan.....betul2 kaki bangku...even sukan lari bawa telur dalam sudu pun boleh kalah...ish ish ish

Walaupun tiada bakat tapi disebabkan semangat kesukanan yang membara, saya pernah juga cuba2 masuk pemilihan sukan di sekolah.....masa sekolah rendah, pernah juga test2 nak masuk lompat jauh...tapi kaki tak berapa nak panjang....nak masuk sukan lontar peluru, tangan terlalu kurus nak angkat peluru bulat tu....kalau nak juga lontar, peluru tu cuma mencapai jarak 1 meter dari garis permulaan....melampau juga bah bagi contoh tu..hehe Saya pernah juga cuba masuk pemilihan lumba lari....tapi sama juga terkandas di tengah jalan, belum sampai garis penamat sudah terkapus-kapus (tercungap-cungap) Dan saya dengan berat hati terpaksa menerima bahawasanya saya memang tidak ada bakat dalam sukan......kecewanya

Why the because semangat kesukanan saya berkobar2...Masa sekolah rendah tu kan ada satu cerita jepun best yang saya tak pernah miss nak tengo....sapa2 yang sekolah rendah tahun 80-an tu memang tahu siri ni......aahhh dah tahu kan...yang cerita bola tampar tu....hehe wajib tengo masa tu siri Maero Attack.....punyalah semangat gilak nak main bola tampar masa tu...walaupun tangan berbirat merah cam kena rotan sebab tampar bola (tangan saya kan kurus) tak kesahhh...yang penting dapat main cam Cun tu (watak utama dalam Maero Attack)....siap baca 'jampi' si Cun lagi masa nak smash bola...SUMMERSAULT BERPUTAR !!!!! haaaa ambik ko.....padahal tak berputar punn, budak2 kan mudah terpengaruh dengan cerita tv yang tipu semata2 tu...ingat lagi dalam kelas, kalau ada 15 budak pompuan, 10 darinya mesti ikat rambut cam pesen si Cun tu (termasuk sayalah tu)...semua pun nak muka cute cam Cun...padahal tak cute mana pun comot adalah....nampak tu penangan Maero Attack masa tu....Tapi itulah, minat sukan saya kan bermusim.....tamat siri maero attack tu, terus tak minat dah main bola tampar....Sekarang ni memang tak libatkan diri dengan sukan langsung, just tengok sukan dalam tv jek......tapi apa-apa pun, nak bagi pesanan...... Majulah Sukan Untuk Negara !!! =P





Cun yang menjadi idola budak2 masa tu...hehe
Sumber : Image from Google


Comments

  1. Kakak dulu kan kecik so kuat lari. Sampai jadi wakil sekolah. Bola jaring kakak pun jadi centre sebab org kecik senang nak selit-selit semua tempat boleh masuk.

    Kenangan dah semua tu Mia...

    ReplyDelete
  2. @Kakzakie: Wah semangat kesukanan ye kak...hehe

    ReplyDelete
  3. Mia..dulu2 masa sekolah sy ada juga ikut sukan lumba lari..tapi jarang menang..haha..:)

    ReplyDelete
  4. tak aktif bersukan masa sekolah

    tapi sukan paling saya suka is badminton :)

    ReplyDelete
  5. @aTieYusof Family: oklah tu sekurang2nya terpilih juga.....hehe

    ReplyDelete
  6. @♥ Wina ♥: Saya pun minat juga masa anak2 sidek tu punya zaman..

    ReplyDelete
  7. @♥ Wina ♥: Saya pun minat juga masa anak2 sidek tu punya zaman..

    ReplyDelete
  8. Sia dulu skolah rendah ja aktif sukan msk sdh skolah menengah teda msk skn apa pun :P

    ReplyDelete
  9. @Ratu Hatiku: Ok lah tu.... semangat kesukanan hehe

    ReplyDelete
  10. Hahaha,kenangan citer tu.Tapi tak sangka,tipah tertipu.Mana ada org main bola tampar lagu tu.hahahahaha

    ReplyDelete
  11. saya pun suka tingu ini drama jipun ni mia..turus pandai main bola tampar kono lps itu..hehe

    ReplyDelete
  12. kak zu pun sama jgk..bukan dilhirkan utk jadi ahli sukan...

    cuma satu jer kak zu masa sekolah dulu suka naik basikal...

    ReplyDelete
  13. sukan yg selalu main dulu & sekarang, badminton jelah. tu pun main kat rumah je ngan family.

    ReplyDelete
  14. omg omg omg hahahaha super excited itu faveret saya jugak si Cun tu. Hahaha even until now still talk to my brother pasal cerita ni.
    I myself takder advantage untuk sukan, comel sangat, main netball pun jadi "C" jer sebab kecik dan lari laju. hihi

    ReplyDelete
  15. @Rafhani: Kan kenangan tul.....memang sah2 takde orang main camtu tapi tetap pikir juga cara nak tampar bola camtu...hahaha

    ReplyDelete
  16. @Kay Masingan: Ya bah cath...nda pandai pun terus pandai....hahaha

    ReplyDelete
  17. @Hanif Idrus:...emmm cam tak keluar peluh jak tu hehehe

    ReplyDelete
  18. @Nastyna: Hahaha high five dulu....best kan cerita ni.....

    ReplyDelete
  19. Maero Attack memang jadi salah satu rancangan wajib tengok lepas balik sekolah... kadang2 sampai lewat pegi mengaji Quran lagi...ekekekeke...

    dan am not a sports person... setakat cheerleading kat tepi padang dan buat performance kat tengah padang tu ngan kawan2 cheer lain adalah...ekekeke...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa