Skip to main content

Berjaya ubah Kotak Balas Komen

Assalamualaikum

Saja jak nak sharekan berita gembira....hehe berita gembira kah....actually dah lama cari tutorial macam mana nak buat kotak reply komen tu betul2 kat bawah komen pembaca....mungkin ramai dah tahu kan, saya juga yang outdated....huhu

Macam2lah tutorial reply komen tu saya buat....sikit2 ubah template...kalau terrosak code template, mau meraung saya....huhu...last2 ternampaklah satu blog ni yang tunjukkan cara ubah kedudukkan kotak balas komen tu....rupanya tak payah nak copy paste ubah2 code template bagai, just ubah setting comment kat dashboard blog tu....punyalah simple...(^_^)


Ruangan balas komen saya sebelum ni.....susah nak baca kan....orang komen kat atas, ko balas sanaaaa bawah...camna tu....

Setelah diubah setting tu....hasilnya...


Nampak lebih kemas dan senang membacanya kan....hehe

Walaupun rasanya semua dah tahu ubah setting tu, saya kongsikan juga caranya yek :-

Langkah-langkahnya:-
Pegi ke Setting di Dashboard tu, cari Post and Comment. Kemudian pegi ke Comment, cari Comment Location, pilih Embedded dan save setting. Langkah seterusnya, masih di Setting juga, cari Other...kemudian cari Site Feed -Allow blog feed, pilih Full dan save setting....itu je...

Credit untuk blog ni



Note : Hari ni terpaksa ambil cuti sebab Shumi tiba2 demam...bangunkan dia tadi pagi, rasa badannya panas...terus check suhu dah dekat 38'C....lap badannya dengan air sekejap, kemudian bagi ubat demam....(ubat demam memang wajib ada stok kat rumah, berguna bila ada kecemasan camni)....Cepat2 baik ye Shumi... :-(

Comments

  1. mmg nampak lebih kemas..
    tinggi tu panasnya..musim dmm laa sekarang nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah nmpk teratur sikit....shumi awal bulan 2 dah demam...ni demam lg balik....huhu

      Delete
  2. semoga rajin balas komen kawan2 hehe...

    ReplyDelete
  3. Semoga shumi cepat sembuh yer..rsnya kita boleh pilih utk komen box camaner kan..dkt setting tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Temakasih......itulah baru tahu ubah setting jak....huhu

      Delete
  4. bagus ni. pernah jugak buat camni dulu. tapi dah ubah bila blog berwajah baru. hehehe. tapi bila tgk mia buat camni, nak tukar balik setting yg mcmni la. thanks for sharing ya!

    ReplyDelete
  5. Ok sikit kan bila mcm ni, lg kemas kotak komen kita. Mo kena rajin godek2 bah kan baru terjumpa setting2 ni..hehe..
    Cian shumi..moga cepat sembuh ya cyg..rajin2 makan ubat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu....baru tadi pagi terrajin mencari.....hehe....
      Hari tu Shumi baru jak baik demam sekarang ni demam balik....huhu

      Delete
  6. Nampak kemas ☺☺

    Smoga shumi cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih.....harap2 gitulah, sian terlepas sekolah agamaa tadi pagi....

      Delete
  7. Hehehe,,,tahniah kak..heee..Saya pun ingat nak ubah reply to comment blog saya.

    ReplyDelete
  8. Tutorial yang bagus...nampak kemas n cantik

    ReplyDelete
  9. Cara ini boleh track one-by-one reply itu yg kakak tak tercapai Mia. Kena ambil banyak masa berblog. Tapi memang tersusun dan cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak..klu camni senang nak bls komen....:D

      Delete
  10. sblm ni komen saya macam ni, pastu tangan gatai pi tekan2 kat setting , dah lari komen balas kat bawah. nk try gak la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya lagi teruk dulu takda button reply....huhu kena rajin cari tutorial blog tu...

      Delete
  11. Aku pun x pandai setting2 sumer ni.Main tibai yg default jer.Tang yg ruangan komen tu pun,mmg dh set dr awal,heheehhe.Ada jugak ari tu KJ tegur,nak letak komen,ada word verification.Barulah tahu masa tu!hahahahaha.
    BTW,moga shumi cepat sembuh yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah br nak ckp pasal word verification tu...susah bebenor...hehe

      Delete
  12. Okje pulak tak leh reply direct...pakai hp baru boleh... tak tau nak buat cam ne Mia...

    Moga cepat baik ye Shumi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun main cuba2 jak tu...sekali menjadi pulak...

      Delete
  13. kak zu lagi bengap bab bab ubah sana sini..kang tersilap tekan habis semua lintang pukang..baik soh en suami jer yang buatkan...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubby saya kak tak reti psl blog jd terpaksa buat sendiri...huhu

      Delete
  14. comei !! faham..zie masa baru2 edit blog ni, sengal gak..boleh tensen duk design blog ni...tp sekarang ok ckt...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 mmg tak phm langsung setting2 tu...lama2 ok dah :-)

      Delete
  15. pernah buat mcm ni.tapi sejak tukar ker templete baru try tukar ikut setting ni terus tak ok dah.

    ReplyDelete
  16. Yayyy senang la saya nak cek respond komen kat sini.. kalau nda, saaaaaaaaaana bawah hahaa. Bravo u.
    SHumi cepat2 baik yer. panas betul tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...saya sendiri pun payah nak baca komen berterabur tu...hehe
      Suhu shumi dah turun dah...mekasih doakan shumi termasuk kengkawan yg lain..hehe

      Delete
  17. akhirnya...so nanti xde la terlepas balas komen kan...SA mcm tu la dulu..

    ReplyDelete
  18. akak x suke macam nie ..
    suke comment box biasa tuu ..
    kadang2 macam nie buat blog hang nak load ! ..
    tapi kemas kan ..
    suke je tgk ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo tak tahu pulak buat camni boleh lmbt load....huhu tapi kemas dan nmpk best bila komen dan reply di bawah..senang nak baca :D

      Delete
  19. laaa.. saye pun baru tau hehehe.. tapi saye suke gune pop up window, tak kacau yg lain, cuma tak dpt nak reply bwh komen laa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah...dulu pun guna pop up comment tu tp susah nak check mana komen yg blum di reply...huhu

      Delete
  20. saya suka yg skg yg dulu payah mau komen.tp tetap juga mengomen

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang