Skip to main content

Trauma kaki seribu

Assalamualaikum



 
Pagi2 tempek gambar ni, ngeri tengo kan.........aku paling takut 'benda' kat dalam gambar tu.....even nak bubuh gambar dia dalam blog ni pun nak pikir 2 3 kali, takut mengigau malam.....tapi tu lah tak best pulak cerita kalau tak perkenalkan 'watak' utamanya kan.....

Masa budak2 dulu, rumah aku banyak binatang ni aiikk binatang ke sebab rumah kampung sajakan, dinding guna atap nipah tu saja....so banyaklah benda ni menyisip2 kat celah2 atap tu.....Kalau tiba-tiba jak benda ni keluar, aku dan adik beradik yang lain jerit kat bapa, 'pakkkkk, ada lipan !!! kira camtulah jeritan kami. Bapa pun ala ala seorang hero memusnahkan lipan tersebut ayat skema tul dan bangkainya dikerat2 bagi ayam makan....sadis kedengaran bunyinya kan tapi tu lah, kena hapuskan juga sebab mak cakap, gigitan lipan ni berbisa.....sakit teramat sangat.....jadi aku pun sentiasa berhati2, takut digigit lipan.....sudahlah tengo rupanya pun bengis semacam, betul2 menakutkan...

Tapi dalam pada berhati2 tu, terkena juga.......ingat lagi masa tu masih anak dara...cehh anak dara malam sabtu, ingat lagi ni sebab kira2 nak pegi ke pasar malam.....bersiap2lah ni nak masuk dalam keta, paham2lah rumah kampung, halaman masa tu takda lampu so redah sajalah....masa berjalan dengan ayu nak masuk dalam keta sambil terbayang2 murtabak jawa, karipap, rojak kat pasar malam tu tetiba terasa seperti digigit sesuatu, tapi tak terasa sakit cuma masih terasa benda yang mengigit tu masih tersangkut di kaki....tak lah pulak terpikir apa2 masa tu, terus angkat kaki tengo apa bendanya tu, memang terkejut tahap gaban sebab rupanya seekor lipan yang agak besar lebih kurang panjang 20cm, tergantung dengan sepitnya masih terlekat kat kaki aku.....apalagi jerit sekuat hati sambil berabis ni goyang2kan kaki supaya lipan tu terlepas......Memang terlepas tapi tak sempat nak balas dendam sebab lipan tu dah menyusup laju masuk kat dalam semak.....dup dap dup dap ni sebab benda tu yang paling aku takut dan seram tapi benda tu jugalah yang terlekat kat kaki aku.....

Mak cakap bisa kalau digigit kan.....mula2 tu memang tak terasa, tapi lama kelamaan memang dapat rasa sakit berdenyut yang kuat dan bisanya memang terasa mengalir dari tempat gigitan tu naik ke atas.....betul2 sakit sambil tekan2 paha kononnya supaya bisa tu tak naik lagi ke atas....tak pasal2 malam tu masuk emergency wad, inject kat punggung, nasib baik tak kena tahan.....musnah harapan nak jalan jalan cari makan kat pasar malam.....huhu ni kes kempunan agaknyalah kan....malam tu memang aku tak dapat tidur.....kaki dah bengkak, sakit berdenyut2....nasib baik mak tolong tempekkan daun mengkudu yang dilayukan kat bengkak tu, kurang sikit denyutnya.....doktor bagi mc 2 hari sebab masa tu aku dah kerja....

Mo sebulan juga sakit digigit lipan tu hilang.....bila bengkak tu dah surut, jelas nampak ada 2 lubang kecil kat tepi kaki ala ala digigit dracula dalam filem gitu......napa lama benar hilang sakit tu sebab bila bengkak tu dah surut, lubang gigitan tu terkenalah pula jangkitan kuman, bengkak lagi + demam, tu yang ambik sebulan nak hilang bisa gigitan lipan tu....betul2 berbisa.....betul mak aku cakap....

Sedikit petua nak hilangkan bisa gigitan lipan :-
1. Ambik tembakau, kunyah dan tempekkan kan gigitan tu.
2. Ambil beberapa biji lada putih, gaulkan dengan minyak masak kemudian lumurkan kat kesan gigitan tu.
3. Letak ais pada tempat sengatan untuk menghalang sebaran toxin.
* Namun begitu segeralah mendapatkan rawatan doktor sebab bisa lipan juga boleh membawa maut walaupun jarang berlaku.

Sedikit fakta tentang sengatan lipan
Bisa lipan jenis tertentu boleh menyebabkan mangsa koma atau meninggal dunia jika berlaku kejutan 'anaphylaxis' iaitu alahan atau 'sepsis' iaitu jangkitan kuman serius dalam darah. Kejutan 'anaphylaxis' boleh berlaku selepas 30 minit disengat lipan, manakala 'sepsis' berlaku selepas 3 4 hari dimana mangsa mengalami demam kuat.

Bila baca fakta2 tu seram dan trauma pulak sebab semua tanda tu berlaku kat aku....Syukur kepada ALLAH kerana masih panjangkan umur hambaMu ini.....


Note : tetiba guna ganti diri 'aku', tak pe kan......Harap tak boring membacanya

Comments

  1. saya pun paling trauma ngan spesis ini. Pernah kena gigit time sekolah rendah. gigit di pipi kiri lagi tu. apa lagi muka bengkak mcm bola..sakit dan sngt sakit. tidak p hospital tapi kena ubat guna herba kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di pipi cath.....aduuu nasib baik ko thn lasak...

      Delete
  2. Heee.takutnya mia..sy pun mmg surrender glie ngan binatang nie..nak nengok pun tak brani...sib baikkan mia panjang umur lagi tak..kalao tak tak jumpa dah kat blog nie..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ganas kan rupa dia ...
      a'a tak sempat aku berblog.....huhu

      Delete
  3. Hehehe...Mia..sy pun takut dgn kaki seribu...fobia..haha..
    skrg ni Pa'e plak pandai takut dgn lipas, kupu2...adoi penakut bah bujang ku tu..(ada hati mo jd tentera bsr nti)..haha:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorg shumi pulak takut lipas....nmpk lipas punya main teriak lg cam nmpk hantu..huhu

      Delete
  4. eiii..geli!!!!
    siyes mmg x bole tgk natang ni.
    teringat dulu masa kt rumah nenek ex-husb.
    ada lipan sebesar ibu jari org lelaki lalu kat tangan saya.
    mujur dia tak gigit ke ape ke.
    kalau tak, mmg xtau la jadi ape. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Eiii saya pun teramat la takut benda ni. Kat kpg dulu mmg byk. Tido pulak atas lantai. X de katil bagai. Mmg x lena dibuatnya . Sampai la ni sy fobia dgn benda ni.

    ReplyDelete
  6. Pulu cari blog mia pagi pagi ni sbb nak tgk apa benda yg boleh dapat rebet utk income tax tu. sampai hr ni kitaorg kat sini x dapat EA form tu lagi. Suke suke hati je bg lambat. Mencik.

    ReplyDelete
  7. benda ni penah kuar dari lubang sinki kt ngumah makcik aku kt kg. masa tu pakcik aku tgh basuh pinggan... melompat dia noksss...

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Klu boleh tak mo lg terserempak dgn benda ni...

      Delete
  9. lipan kicil ada jg msk toilet.. so selalu pakai slipper dlm toilet. yg sy ingat lintah melekat d betis sy!! uarghhhh...

    ReplyDelete
  10. AJ takut......
    Nak2 lipan bara yang merah menyala tu....

    ReplyDelete
  11. eee bahaya sgt ni kak.. nasib pi hospital cepat.. takot, mmg sgt takot dgn lipann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah pasal...nasib baik cepat dpt inject klu x.....

      Delete
  12. Eii..takleh bayangkan.Sebulan tu..lama ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jangkitan lg..tu yg lama nak sembuh..huhu

      Delete
  13. kalau nampak lipan ni...kalau kat rumah cepat2 amik air panas mendidih dan simbah... huwaaa... sangat geli...

    ingatkan trauma kaki seribu tu satu disease yang baru...rupa2nya citer pasal lipan... he he he...

    ReplyDelete
  14. takut juga ni..mama pernah kena gigit kalajengking..nsib cepat bawa ke hospital..done hi shop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kala jengking lum pernah jumpa pulak..pernah nmpk yg kecik2 saja....

      Delete
  15. Hi, me oso pernah kena gigit... ya mula2 nda rasa sakit after a while kebas ni the feeling...

    ReplyDelete
  16. Takutnya bah...sia geli sama lipan.. naik bulu roma sia tinguk nie...

    ReplyDelete
  17. Good tips.. Tapi lau jumpa lipan.. dah pijak2 dah.. hohoho.. Sbb cek geli.. Hoho

    ReplyDelete
  18. Buli bah kalau kau. hahahhaa
    Ha lipan besar tu, 20cm heishh nasib baik panjang umur, choi.
    Mmg bisa binatang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar bah...terkejut ni gantung2 di kaki..huhu

      Delete
  19. Eeeuuwwww...aku geli dgn lipan. Masa kecik2 dulu aku jumpa lipan beso gila kat dapur umah jiran aku. Rumah kampung kan.

    ReplyDelete
  20. penah kena gigit dgn lipan dulu...wooo, sakit ya amat hokey.pi klinik kena inject kat montot

    ReplyDelete
  21. Samalah Mia...masa kecik2 dulu selalu jumpa benda ni...tapi alhamdulilah tak pernah kena harap dijauhkanlah... Dengar Mia cite lipan duk lekat kat kaki pun dah seriau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu...dah lah benda tu yg kita takut, benda tu lah yg melekat kat kaki pulak....

      Delete
  22. seramnya dengan lipan..dalam geli tu , tangan sy akan cari apa je yg boleh katok lipan tu..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a