Skip to main content

Permulaan Tahun 2019!

Assalamualaikum. Tak terlambat kiranya kalau kmia nak wish Selamat Tahun Baru kan ... Masih di bulan Jan so kira ok lah. 
Ni kira entri kmia pertama di tahun baru. Dua minggu di bulan satu ni memang agak kesibukkan. Blog pun rasanya sejak hujung tahun lalu ke laut cina selatan. Berupdate pun .. cuma entri-entri kolabrasi gitu. Confirmed tak semua suka membacanya. Yalah bukan cerita yang ada unsur-unsur peribadi dan membawang. Tidak berapa menarik perhatian kuikuikui ..

Cerita tentang kmia .. tahun ni .. di bulan oktober nanti .. angka depan usia kmia akan bertambah. So akan dinikmati sepenuhnya dalam masa sembilan bulan ni penghujung 3-series itu. Hehe dah hampir 4 dekad. Moga kita dipanjangkan umur .. aamiin.

Rupa tahun baru gitu. Cermin mata dah tukar, kanta menebal. Maklumlah semakin mendekati usia emas. Garis-garis halus dah nampak sebenarnya tetapi dikaburi oleh kamera samsung 😂

Anak-anak kmia .. tetap 3 orang tu. Tak bertambah. Rasanya memang 'dah tutup kilang' hehe. Bukan tak nak tapi kesian pula anak tu, masih kecik tapi mak bapa dah masuk usia emas .. emmm. Sori lah Damia .. selalu ja mengeluh .. mo minta adik, Damia tida kawan tidur. Hehe kalaulah adik tu boleh muncul tiba-tiba ja, tak payah nak lalui 9 bulan itu .. 2 3 adik ko dapat Damia hehe.
Tetap ko lah jadi si bongsu Damia. Shamzi tahun ni dah masuk darjah 5. Dah pindah sekolah kat tempat babanya mengajar. Sebenarnya tiada plan pun nak pindahkan sekolah tapi disebabkan ada hal-hal yang tidak memuaskan hati terpaksa juga ambil langkah drastik itu. Sampaikan Shamzi hilang mood sehari sebab tak sempat cakap bye bye kat kawan-kawannya sebelum cuti sekolah hari tu. Kesian pun ada tapi demi kebaikan ko nak.

Tamat dah sekolah rendah

Shumi .. kmia dah ada anak bujang. Shumi dah masuk form 1 tahun ni. Tak sedar gitu. Dah jadi abang-abang si Shumi. Dah boleh diharap di rumah. Masa cuti sekolah hari tu, time Uminya kerja dialah jadi tukang masak untuk adik-adiknya. Balik rumah, adik-adiknya siap puji lagi abangnya pandai masak nasi goreng. Tak tahu pula Shumi ada bakat memasak. Hehe 
Cerita tentang UPSR Shumi? Alhamdulillah. Cuma itulah dia belum dapat apa-apa tawaran ke sekolah berasrama penuh. Agaknya memang bukan rezeki dia walaupun kalau diikutkan dia layak untuk mendapat tempat. Shumi beria-ia nak masuk MRSM tapi tak berjaya. Sekarang nak masuk MRSM kena tengok pendapatan katanya. Tak apalah nak, mana-mana sekolah pun ok je, yang penting belajar rajin-rajin. 

Cerita tentang ketua rumah .. tak payahlah. Tak best pun cerita dia. Hehe cuma kan tahun ni dah masuk 3 tahun dia tak sentuh nasi, mee dan sewaktu denganya. Cekalnya dia. Kalau kmia, satu hari tak sentuh dah tak tentu hala. Sakit perut lah apa lah .. hehe belum sanggup tinggalkan nasi. Cuma boleh kurangkan saja. Tapi kan memang sekarang tak dapat makan banyak. Sepinggan pun dah kenyang. Faktor usia agaknya.

Orang tukar spek baru .. dia pun nak juga padahal baru je pun hari tu beli spek sebab spek yang sebelum ini terjatuh kat dalam laut. Yang ni katanya nak bagi nampak garang kat depan murid-muridnya. Garang apa benda, dah macam harry potter kmia tengo

Bah ok lah tu .. kira cukuplah tu kan intro di tahun baru. Bai!



Comments

  1. Salam 2019 Mia.... Wah semakin cantik bah walaupun usia menginjak ke angka 4...Bakal Golden Mia gitu hahahaa.... mana boleh kalah dgn Siti Nurhaliza kan hahahaha.....

    Betullah Mia, entri kolabrasi mmg susah nak dapat tempat di hati hihi...betulalah sebab tak da bawangnya hahhaa....
    Amboi En suami, tuang rahang terlebih tajam sudah... kalah Nazim Othman nampamya ni. Betullah Mia, kalau okje biarlah gemuk janji nasi jangan di tinggal hihi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a