Skip to main content

Amboi garangnya !

Assalamualaikum

sumber : google image


Aku ? Bukan ... aku ni nampak ja cam harimau depan anak2, marah bersungguh-sungguh. Suara siap ada high pitch lagi tapi dalam hati ada taman. 
Bak kata P Ramlee, act saja mau lebih. Dalam hati tu sayang. Siapa tak sayang anak kan.

Aku kalau bab garang dan tegas kat anak2 memang fail. Perasaan sayang dan kesian tu mengatasi segalanya. Cewah :P
Aku bila sedang marahkan anak tapi bila dorang dah buat mata bulat berkaca tu, memang tak sampai hati. Kesiannya anak umi ... kuikuikui

Tapi aku tau cara aku tu salah. Sayang anak jangan sampai anak naik kepala. Manja tak bertempat. Besar nanti akan menyusahkan mereka sendiri.
Mungkin sebab tu anak2 dikurniakan seorang baba yang garang dan tegas.
Ya .. hubby memang garang. Tegas. Nampak ja rupa lembut, kalau bersuara rasanya aku lagi yang kuat TAPI bila masuk bab mendidik anak-anak secara otomatiknya menjelma menjadi bapa singa ... garang yang amat.

Anak-anak dah dibagi jadual. Isnin hingga selasa langsung tidak boleh menonton tv. Tidur sebelum jam 10 setiap malam. 
Kerja rumah kena siapkan. Solat tak boleh tinggal. Anak-anak tak kusyuk semasa solat siaplah sedas rotan di tapak kaki. 
Anak-anak ketawa tak ingat dunia pun kena juga. Sia-sia belajar masa di sekolah katanya, ilmu hilang balik akibat ketawa berlebihan.

Hari tu aku nampak dia mengajar Damia membaca ... kesian aku menengo Damia.
Bukan apa Damia kalau dibandingkan dengan dua abangnya lambat sikit pandai membaca. 
Shumi dan Shamzi seawal 5 tahun dah boleh baca buku. 
Damia agak lambat ... mungkin sebab anak bongsu dan manja. Lebih banyak bermain. Uminya ni pun sama juga, manjakan Damia :D

Aku biarkan babanya mengajar. Aku pura2 sibukkan diri di dapur tapi pada masa yang sama curi-curi tengo gelagat dua beranak tu.
Damia dah meleleh air matanya sambil membaca. Aku perasan juga sesekali tu Damia tercari-cari aku sambil buat muka yang kesian. 
Memang sebenarnya tak boleh tahan tengo Damia dah menahan tangis camtu tapi demi kebaikan anak terpaksa ku tahan naluri keibuan tu.
Lagipun bukannya babanya nak dera anak pun, garang ja lebih. Itu pun sebab nak mengajar. Kalau nak mengharapkan uminya ni, mungkin anak-anak makin liat .. sikit-sikit uminya kesian tak bertempat.

Aku cuba nak ubah cara aku tapi memang tak boleh. Nak garang dan tegas macam mana pun tetap tak jadi apa-apa pun.
Aku bersyukur diberikan pasangan yang tegas dalam mendidik anak-anak.

Tapi kan walau segarang mana pun hubby bila tiba hujung minggu, masa tu dia akan berubah menjadi seorang baba yang sangat ceria ... hujung minggu kan waktu bersama keluarga.
Masa ni kami akan luangkan masa bersama anak2, menonton tv dan biarkan anak2 bermain permainan kesukaan mereka.

Garang baba garang bertempat, demi kebaikan anak2.

Semoga anak-anak kami dan kita semua membesar dengan sihat serta berjaya di dunia dan akhirat ... amin

Sekian.
umi yang garang tapi dalam hati ada taman :P






Comments

  1. sama la kiter ;) garang tapi lembut..kekeke..puji diri sendiri!

    ReplyDelete
  2. Tegas dan garang demi kebaikan anak2 juga kan..sue pun macam hubby mia juga. Kali tak, anak2 naik lemak jika nk harapkan hubby sue. Hehe....

    ReplyDelete
  3. Samalah saya. Garang tapi hati cepat cair. Saya first time di sini. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  4. Kalau banding mak dgn Pak Jilap, mmg mak lagi garang Mia, Pak Jilap lebih lembut jiwanya. Tapi kalau dia dah marah, naik hantu jugaklah. Takut jugaklah anak anak dia. Kadang kadang pasal anak anak mak laki bini boleh bergaduh tau hihi...

    Bagi mak eloklah gitu, sorang garang sorang lembut. Lagi pun, garang garang kita pun bertempat....Mak setuju, agaknya sebab Damia tu bongsu, manja lebih, sama je lah ngan si TLBD tu

    ReplyDelete
  5. Kalau banding mak dgn Pak Jilap, mmg mak lagi garang Mia, Pak Jilap lebih lembut jiwanya. Tapi kalau dia dah marah, naik hantu jugaklah. Takut jugaklah anak anak dia. Kadang kadang pasal anak anak mak laki bini boleh bergaduh tau hihi...

    Bagi mak eloklah gitu, sorang garang sorang lembut. Lagi pun, garang garang kita pun bertempat....Mak setuju, agaknya sebab Damia tu bongsu, manja lebih, sama je lah ngan si TLBD tu

    ReplyDelete
  6. Mana pi ni senyap je? Bizi ke? Ke tgh loye loye hihi....

    ReplyDelete
  7. Jengah tengahari sini....Lama tak dengar cite, tetiba rindu pulak...

    ReplyDelete
  8. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

Oriental Treasures, A Mid-Autumn Delicacy

Hilton hotels in Malaysia launched its national mooncake series, Oriental Treasures, with an enticing array of traditional baked varieties of classic and modern flavours - a celebration of culinary craftsmanship, fine quality and exquisite flavours. To top it as a festive centrepiece, this year’s national mooncake box design pays homage to the core of Chinese heritage.  Embellished in imperial red, the premium square box features a noble pair of red-crowned cranes amongst sacred clouds. Characteristically celestial, the golden full moon illuminates the scene, much like the celebrated baked mooncakes during Mid-Autumn festivities. The ornate die-cut window pane, inspired by the moon windows of Oriental architecture, offers a peek to the individual matte-finishing gold and red receptacles housing its respective mooncakes. As reunions and rituals take a different form this year, the mooncakes serve as a reminder to go back to basics. Eugene Oelofse, National Marketing Communications Direc