Skip to main content

Blog tinggal kenangan ?

Assalamualaikum

Tak nyorok mana pun ... ni nak jawab pertanyaan si Okje tu. Mentang2lah aku pulun komen semua entri dia tetiba keluar soalan camtu jam 10 malam ... :P

Azam awal tahun hari tu kononnya rajin update blog, ni baru setengah bulan Jan lalu ... blog dah sunyi sepi lagi. 
Ish ish ish. Ni yang malas nak berazam, nanti orang cop kita hangat2 taik ayam je.

Idea bila malas dan sibuk datang mencurah2 tapi bila ko dah rajin update, terus blur. Tak tau nak tulis apa.
kalau ikut hati kira nak tinggalkan kenangan ja blog ni tapi bila dah baca balik entri tahun2 sudah cam best pula. Teringat semula kisah2 kami anak beranak. Almaklumlah cerita blog tentang aku dan family ja.

Kadang2 tu bila aku bagi anak2 baca, dorang tersenyum ja. Nak2 bila baca komen orang tentang dorang. Malu2lah tu bila dipuji.

Hubby pun dah berapa kali tanya, hari ni ada cerita baru kah? A'a korang jangan tak tau, hubby aku salah seorang pembaca setia blog ni. Sebab tu aku jarang puji hubby dalam blog ni, karang kembang setaman pula orang tu, payah aku nak kempiskan balik .. hehe

So pikir punya pikir ... blog belum jadi kenangan lagi. Tetap akan diteruskan juga. Update 2 3 ayat sehari pun bolehlah kan. Pastu tempek gambar banyak2 :P

Ni aku nak tempek gambar limited edition kami sekali lagi. Tapi yang ni ada versi inteprem. Alang2 dia nak inteprem, kasi pemes terus masuk dalam blog. 




Comments

  1. rajin2 la mengemaskini blog. mcm abam kie ni update entri 3x seminggu..mesti istiqamah..

    ReplyDelete
  2. Ai feel u hikhik
    But azam tu penting ngeeee😁

    ReplyDelete
  3. sama la..haritu datang musim blur abis tak tau nak tapi ape.

    ReplyDelete
  4. Bagus suami sis, tanya ada cerita baru kah, nampak dia sangat supportive sama mcm suami julia hahaha

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, ada naik turun berblog kann.

    ReplyDelete
  6. Kalau dah nama ibu/isteri/pekerja/ada keluarga sendiri/in-law lagi memanglah ada ketikanya masa 24 jam itu bagaikan tidak mencukupi buat kita. Tapi tengok org boleh kita pun hairan kan.

    Jgn paksa diri. Buat bila termampu Mia.

    ReplyDelete
  7. Hihi....tulah pasal....rupanya org baru keluar gua tgh berkomen.

    Biasalah tu Mia, sama je, ada masa tu mmg tak de idea nak tulis apa, tu yg sudahnya mls. Samalah....seronokkan bila baca entry lama lama. So sebab tu kita kena publish gak entry ...

    ReplyDelete
  8. AKu pon sama gak. Ikut mood skang nih.

    ReplyDelete
  9. Samalah macam Bunda ... kadang tu update seminggu sekali jer... asalkan ada .. nanti lama2 sangat kot orang lupa lak kita kan...

    Selamat bercuti CNY... cuti lagi... hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa