Izzy Instant Shawl - Memang mudah!

♡Assalamualaikum♡

Aku ni sebenarnya tak berapa nak pandai pakai tudung jenis shawl tu. Aku tengok orang pakai cantik je. Aku beli dan try pakai cam lain je rupa aku pula. Nak lilit cam terbelit pula ... hehe Aku pula bukan jenis orang yang suka menghadap cermin lama2 hanya sekadar nak pakai tudung.

Last2 simpan je dalam almari dan pakai je tudung jenis sarung tu. Sekali sekala pakai juga tudung bawal tapi tetap tak berapa nak suka sebab terpaksa nak ironlah lepas tu lipat baik2 dan lepas tu terpaksa tiup2 kat dahi -stail budak sekolah tiup2 kat dahi bagi tudung terletak kat atas dahi tu- ..
Huhu ... tensen oo bila depan tudung tu tak menjadi.

Tudung sarung tu lah yang banyak dalam koleksi aku walaupun dalam hati nak juga guna shawl.
So cari2lah ni dalam Facebook ... kan sekarang ni ramai yang dah jual shawl instant.
Tetiba nampak page jual instant shawl ni. Nampak cam best ja. 
Tengok model dan testimonial pakai shawl tu, cantik terletak.
Aku tak buang masa terus whatapps penjual shawl tu. Cepat ... memang response dorang sangat cepat ... i like gitu.

Order kaler Black, Dark Grey dan Green Forest dengan harga RM130 termasuk kos penghantaran. Harga sehelai shawl ni RM39. Ok berbaloi sebab harga tudung yang aku pakai sekarang ni pun rata2 berharga RM50 ke bawah. :)

Penghantaran pun memang cepat ... dalam masa 3 hari ja. 
Terima ja shawl tu terus nak test. Haruslah kan. Tapi tak pandailah pula pakai. Terus pm penjual tanya macam mana cara nak pakai. Cepat dia pm kan tutorial bergambar cara2 nak pakai instant shawl ni.
Memang sangat mudah gitu ♡







Sangat sangat mudah. Jenis kain yang tidak jarang tapi tak panas. Selesa ja pakai shawl ni. Pastu yang aku suka ianya travel friendly. Maksudnya bila ko dah iron2 sikit ja kemudian masuk dalam luggage .. sampai kat tempat dituju, shawl ni masih kemas gitu juga. Terus boleh pakai tak payah nak iron lagi. 

Kalau korang teringin nak try instant shawl ni boleh ja jenguk Facebook dorang di norizz hijabistar 😊

Ok tata!









12 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Yang tak payah iron tu yg akak suka Mia..
    Cantik mia pakai tu..
    Shawl instant memang mudah..

    ReplyDelete
  2. wah banyak koleksinya tu..... comel dan mudah kan... saya kalo dah lambat tudung macam ni la saya kejarkan... hihihi

    ReplyDelete
  3. ambooiiii..banyaknya koleksi dia..
    kita x reti pakai yg instant ni sbb muka kita akan nampak bolat..hahaha

    ReplyDelete
  4. Kalau #makbanyakanak memang tudung instant lah senang. Sarung jer. Tak yah lilit2 bagai.

    ReplyDelete
  5. cantik lah Mia... kain nya selesa kah?? mau jg try order... hehehe

    ReplyDelete
  6. cantik terletak mia, elok shawl ni ye..

    ReplyDelete
  7. Cantiklah Mia....weyh, mak pulak mmg suka melaram, duk lama lama depan cermin,pun ok jer hihi....dasar sungguh!

    Alah apa ada hal setakat Rm39 henggit satu ye dak...

    ReplyDelete
  8. Singgah mlm sini.....nyorok dalam gua ke? Hihi..

    ReplyDelete
  9. Singgah mlm sini.....nyorok dalam gua ke? Hihi..

    ReplyDelete
  10. Abalone shawl pins are available in a number of varied geometric shapes and designs including square, round and triangular ones to make you look elegant in your colorful shawls.http://www.reclaimingheart.com/hijab-review-hiddenpearls-uk/

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post