Teddy Menggamit Memori

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Balik kampung hari tu, mak tetiba bawa satu bungkusan besar dan berikan pada Damia....katanya ada banyak teddy untuk Damia yang gila teddy bear ni.

Buka jak bungkusan tu rupa-rupanya, teddy bear aku zaman2 muda remaja dulu. Ada yang aku beli sendiri, ada yang Encik Hubby hadiahkan. Dulu zaman bercintan cintun gitu, aku tak suka hadiah bunga ke apa, tapi kalau teddy, memang aku rasa cairrrr sangat...hehe

Aku lupa pulak nak snap, teddy2 aku tu semua tapi gambar teddy kecik2 kat bawah ni memang banyak menggamit memori daun pisang dulu..ahaks!




Comel tak ???
hehe. Bersungguh2 aku kumpul semua teddy kecik yang ada abjad tu untuk cukup kan nama aku dan hubby. Maklumlah masa tu tengah angau kan.

Umur teddy ni rasanya dah 11 tahun. Aku beli ni tahun 2003 kat McDonald. Happy Meal's toy masa tu. Lepas kahwin, teddy ni masuk stor, termasuklah teddy2 yang lain. Bukan tak suka dah tapi tak tahu nak letak kat mana masa tu..hehe belum ada rumah sendiri kan

Tak sangka pula selepas 11 tahun ni, teddy2 yang hampir dan ada yang aku suda lupa pun, masih tersimpan dalam stor semuanya.
Dan mak, bersusah payah bersihkan semuanya. Katanya daripada rosak dan dibuang, bagi jak kat Damia.

Ambik lah Damia. Kira warisan turun temurun lah tu. :D Teddy2 tu semua menggamit memori cinta Umi dan Baba ahaks! :p




12 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. CUtenya teddy bear tu, Masih elok lagi yer.

    ReplyDelete
  2. Haha... samalah kita. Saya pun ada satu bear besar... saiz budak sekolah rendah..yg suami hadiahkan masa sblm kawin, didapat dengan budak Ahmad Naim ni dia buat main baling2 dengan adik.. haha.. bengang je papanya tengok.

    ReplyDelete
  3. masih comel lagi teddy2 ni walaupun dah 11 tahun. xdimamah usia. hee

    ReplyDelete
  4. Walau dah 11 tahun berlalu, tapi masih awet muda...kalau manusia begitu kan best....

    ReplyDelete
  5. Warna warni tedy tu .. elokla jadi warisan..

    ReplyDelete
  6. untungnya damua dpt warisi teddy sentimental value tuh..kalau simpan elok2 mg tuh mungkin lama lg tuh bleh tahan kan..

    ReplyDelete
  7. Cantik,kenangan mengusik jiwa jika tengok teddy macam ni.

    ReplyDelete
  8. Hihi... sambail main boleh juga ajar Damia mengeja nama baba dan umi..
    Boleh kenal huruf-huruf itu dengan cepat:)

    ReplyDelete
  9. hehehe... comel2 Teddy tu... mengimbas kenangan ni Mia... mesti Damia suka... :)

    ReplyDelete
  10. comei nya teddy bear tu kak mia...kumpul sampai jadi nama lagi.best nya ada memori daun pisang...cik pun nda tau mana sudah memori daun pisang cik..hilang sudah...

    ReplyDelete
  11. jaga teddy tu baik2 Mia, Teddy kenangan semua nya tu. Hehehee bersungguh kan time bercinta, and u guys till now pun sweet ba.

    ReplyDelete
  12. yelah zaman kita anak dara dedulu mmg syok kalau dapat teddy bear ....kalau dapat bunga pun best jugak...heehe
    Untung Damia...dapat mainan turun temurun pulak tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post