Skip to main content

Perempuan lebih cekap ??

Assalamualaikum

Untuk pembaca kaum adam jangan sentap dulu bila tengo tajuk di atas....sapa2 yang ada dengar hotchat hotfm jam 7 pagi tadi memang tahu topik ni yang dorang tengah bualkan....wah bukan main lain pemanggil2 wanita dan lelaki menegakkan pendirian masing2...yang si pompuan bukan main berkobar2 cakap dia cekap inilah, cekap itulah....manakala selelaki sedapnya mengata pompuan ni cemerkap dan terlalu emosi....dan ada seorang pemanggil lelaki ni yang saya kurang berkenan sikit dengan pandangannya menggunakan ungkapan "lelaki ada 9 akal 1 nafsu manakala perempuan ada 1 akal dan 9 nafsu".....bukankah ungkapan ini masih dibincangkan kerana tidak dapat disahihkan kebenarannya, waallahualam.....(sila betulkan saya kalau salah)...

Pendapat saya ?? ya memang benar perempuan cekap....cekap menguruskan rumah tangga, cekap menguruskan anak, cekap menguruskan suami......lelaki kehilangan stokin pun si isteri jugalah yang dicari (^__^) TETAPI para lelaki juga memang cekap....walaupun dorang tidak pandai mengurus rumah tangga, tidak tahu mengurus anak......tetapi banyak benda yang mereka buat dan cekap menguruskannya daripada perempuan.....saya mengakuinya.....saya bagi satu contoh yang senang dan mudah......berapa peratusnya perempuan akan menukar sendiri tayar keretanya yang pancit ? hehe mungkin hanya 10% dan selebihnya akan meminta pertolongan daripada sang lelaki...termasuk sayalah tu....hehe Laptop tetiba padam, tak dapat nak update blog, perempuan panik on off on offkan tak dapat, sapa yang kena panggil, lelaki juga....

Bukannya nak memihak kepada sesiapa......tapi bagi saya baik lelaki atau perempuan masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2....saling lengkap melengkapi antara satu sama lain....lelaki diciptakan menjadi seorang yang gagah, cekal hati dan ego yang tinggi bagi melindungi kaum perempuan yang lemah (tapi kadang2 boleh menjadi cekal dan kuat) yang mempunyai jiwa yang halus dan mudah tersentuh.....betulkan.....tak baik gaduh2 yek.....

Comments

  1. betul tu ... masing2 ada klebihan n kelemahan . adil . hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....masing2 ada kelemahan dan kelebihan.....

      Delete
  2. betul tu..sy cuma cekap di rumah jak..hehe

    ReplyDelete
  3. sama-sama sama rat aje sebenar nyer..ade lelaki yg tak cekap ade juga perempuan yg tak cekap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan...x payah nak bagi aku cekap ko x cekap...hehd

      Delete
  4. Betol tu... Sy sokong 100%... Tuhan ciptakan hawa dan adam untuk saling menglenkapi...

    ReplyDelete
  5. Cekap atau x cekap bukan terletak pada jantina tapi terletak pada individu sendiri.. :)

    ReplyDelete
  6. BUI MMG SGT SETUJU
    ADA PART MMG POMPUAN CEKAP
    ADA MASA PULAK LELAKI LEBIH CEKAP
    MASING2 ADA KELEMAHAN DAN KELEBIHAN TERSENDIRI

    ReplyDelete
  7. sy rskan mmg kita boleh buat bbrp perkara dlm 1 ms..lelaki mungkin tak blh buat cam kita,kerana mrk lebih fokus..bila buat sst, jd lebih baik..

    ReplyDelete
  8. Kita di ciptakan dr Tulang rusuk Adam agar saling melengkapi...masing2 ada kelebihan dan kekurangan...:)

    ReplyDelete
  9. lengkap melengkapi di antara satu sama lain... masing2 ada peranan masing2 kan?

    ReplyDelete
  10. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan :D

    ReplyDelete
  11. Allah ciptakan manusia ada tugas dan peranan msing dan ada kelebihan dan kelemahan masing2 .. jadi saling menghargai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...menghargai antara satu sama lain..... :D

      Delete
  12. Sebab itulah Allah ciptakan kita berpasang-pasangan
    Utk saling lengkap-melengkapi.
    Kalau tak macamana umat manusia nak berkembang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak......tak payah ckp lelaki ke atau pompuan ke yg lebih cekap...masing2 memerlukan...

      Delete
  13. Betul,setuju dgn mia.Bab cekap ni,takyah diperdebatkan pun ikut gender.Lelaki cekap yg ini,pompuan cekap yg itu.Masing2 ada kelemahan dan kekuatan sendiri.Buat per lah nak gaduh kan?

    ReplyDelete
  14. ya betul...masing2 ada kelemahan & kelebihan...sebab itu la perempuan kene kahwin dgn lelaki...saling melengkapi mana yg kurang...hehe

    ReplyDelete
  15. Betul tu. masing ada kelebihan dan kekurangan. Tu lah tujuan perkahwinan. Itu la yang selalu sy pk kalau tak mau bergaduh berpanjangan.

    ReplyDelete
  16. ada dengar d hot fm..hehehe..tp mmg perempuan lebih cekap bah tp tgk situasi

    ReplyDelete
  17. Perempuan ada 9 nafsu banyak cabang, nafsu makan, nafsu nak melawa bla bla bla. Nafsu lelaki yg 1 tu, untuk satu benda sajer and habisan depa pulun yg itu. hahaha (Ustaz saya cakap bukan saya).

    ReplyDelete
  18. Setuju tu Mia lelaki dan perempuan compliment each other..masing missing cekap dlm kepakaran masing masing!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a