Skip to main content

Sila jaga adab

Assalamualaikum

Nak kongsi lah konon kisah yang bersangkut paut dengan tajuk di atas.....Hari tu saya, hubby dan anak-anak pegilah ke satu restoran tu nak makan malam (umi malas masak, terpaksalah suruh tukang masak restoran tolong masakkan...hehe)...Ok masa kami sedang makan tu, datanglah sekumpulan pasangan muda mudi masuk dan duduk dekat jak dengan meja kami.....mungkin baru balik tengo wayang ke atau jalan2 ke agaknya, tapi saya tak peduli, tiada kaitan pun...

Tapi yang paling merimaskan dan menganggu kosentrasi saya menikmati nasi goreng kampung yang sedap itu ialah salah seorang budak pompuan tu....dari dia datang sampai duduk, asyik kemaskan rambutnya yang panjang dan keriting ala ala pelakon Zombie Kampung Pisang si Ezlyn tu.....taulah ko nak kasi hint2 rambut ko tu lembut dan sihat, guna jari pun boleh tapi tengo tempatlah kalau nak 'kibar2kan' rambut ko yang 'mengerbang' tu.....kalau sekali dua dia buat tak pa....ini berkali kali.....gelak gelak selak rambut, gelak gelak selak rambut.....pastu dia duduk membelakang meja kami...bayangkan bila dia 'kibar2kan' rambutnya itu, segala isi2 dalam rambutnya tu 'terbang' di mana ??....mungkin rambutnya bersih tiada kutu atau kelemumur tapi tidak mustahil ada rambut terputus yang akan berterbangan di udara dan landing kat makanan orang lain.....Betul2 menghilangkan selera makan.....

Nak tegur, tak pasal2 pulak bertekak di kedai makan tu...tahulah kalau dah kelakuan pun kurang sopan, mesti bahasanya pun kureeengg......suda lah buat iklan rambut, ketawa sekuat hati mengilai cam pontianak....padanlah dengan rambutnya....Meluat tengo gaya budak pompuan tu, kami cepat2 makan dan beredar....Nak bagi pesanan ikhlas (bukan menunjukkan puan punya blog ni bagus sangat tapi sekurang-kurangnya saya tahu menjaga adab), di mana2 pun kita berada terutamanya di tempat awam, sila jaga adab, sopan sikit dan hormat orang lain yang ada disekeliling kita....ok ??


Note : Hari ni sibuk sikit.....petang sikit lawat blog kawan2 yang lain... (^__^)

Comments

  1. Sunnguh x de adab tu. dah la ddh depan org tgh makan. X payah la nak kibarkan rambut bagai.

    ReplyDelete
  2. kalaulah yg dimaksudkan itu wanita melayu Islam,..mmg sedih sangat !!..

    ReplyDelete
  3. Betulah tu Mia perempuan tu tak beraadab. Hal-hal begini tak perlu diajar tapi kena alert.

    ReplyDelete
  4. itu le yg akak bising2 ngan anak dara, geram sungguh tengok mengerbang jer

    ReplyDelete
  5. Akakkk... Bila baca ni teringat kes AJ makan kat subang..
    Lagi pengotor kak..
    Muka cantik tapi duk hembus hingus kuat2 kat kedai makan....
    Dahlah betul2 menghadap AJ.....

    ReplyDelete
  6. wallaweyhhh pakai jari pun boleh,memang potianak terlepas kot budak tu. Nextime taarik jak rambut dia tu bah, or letak ur doter sana tarik2. hihihi

    ReplyDelete
  7. hohoho..sgt pengotor!
    xde adab langsung!

    ReplyDelete
  8. lain kali akak sound direct jer bdak mcm tu..huhu

    ReplyDelete
  9. kak zu pun sama..rimas tgk budak pompuan dok belai rambut dalam kedai makan..tempat lain rasa ok lagi..

    ReplyDelete
  10. lagi2 muda mude skg..x bole ditego kan..cm2 kerenah diorang..x hormat org lain ..

    ReplyDelete
  11. ni mesti bajet hot dan perasan diva punya spesies nih... haihhh... sabar jer lah...

    ReplyDelete
  12. hahaha...perasan cantik kalik org tu Mia....tolong lah!..
    jaga adab bila di depan org...hehe:)

    ReplyDelete
  13. Haha... Mia dia baru lepas guna syampu sun silk tu..nk test hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa