Skip to main content

Relaks Hujung Minggu di THE PALACE HOTEL KOTA KINABALU

Assalamualaikum .. tenggelam timbul ko blog ni. Tetiba muncul lagi di hujung minggu. Korang tengah buat apa tu? Kmia ni sedang 'relaks' lipat kain yang menggunung itu 😅. Minggu ni Kmia diam-diam di rumah jer, hubby dan Shumi ada program camping di sekolah. Lagipun last week dah puas bersuka suki di 'istana' tengah bandar KK tu. Isshh bukan istana Tun tu 😂 .. sapalah Kmia untuk dijemput ke sana .. kuikuikui. Ni 'istana' best .. sesuai untuk korang seisi keluarga gitu.

The Palace Hotel Kota Kinabalu
Ni lah 'istana' yang Kmia mentioned tu. The Palace Hotel Kota Kinabalu .. lokasi nun di atas bukit di tengah bandar Kota Kinabalu. Yang best tentang hotel ni .. ianya dikelilingi oleh hutan bukit yang menghijau .. bila korang stay sini terasa cam di tengah hutan tropika walaupun sebenarnya berada di tengah-tengah hutan konkrit 😅.

The Palace Hotel di malam hari

Check In / Check Out | seperti hotel lain masa check in adalah jam 2.00 petang dan check out pula pada jam 12 tengahari. Hari tu kami sampai lewat dalam jam 3 gitu .. tapi kan bilik belum ready walaupun sepatutnya kami dah boleh masuk. Nasib baik staff hotel tu pandai jaga hati guestnya. Selepas meminta maaf dan bagitau sebab kenapa bilik belum siap, kitaorang di hidangkan dengan minuman 'welcome drinks' di Tangerine Restaurant. Sejuk jugalah hati kitaorang sesejuk jus mangga itu 😁.

Staff yang tolong check in bilik kita hari tu. Tak sempat ambik nama, sempat ambik gambar jer. Terima kasih daun keladi!

Welcome Drinks katanya 😉

Bilik yang ditawarkan | hari tu Kmia sekeluarga menginap di Executive Club Room, salah satu jenis bilik yang ditawarkan di hotel ni. Selain itu ada juga Standard Room, Superior Room, Deluxe Room dan juga Palace Suite. Tinggal korang pilih sahaja mengikut keselesaan dan kesesuaian budget 😊

Bilik kitaorang berada di tingkat 5

Kemudahan dalam bilik | bilik yang kitaorang stay ni sebenarnya di reka khas untuk business travelers. Kemudahan dalam bilik ni direka dengan gaya sendiri, elegan dan juga mempunyai ruang mandi yang luas. So selepas seharian berurus niaga, bermeeting2, jumpa klien .. malam harinya boleh rehat dengan selesa di bilik ni. Bilik ni dilengkapi dengan 32" LED Tv, Mini Fridge, Safe Box, Hair Dryer, Coffee/Tea making facilities, Wifi, Laundry/Valet Service, Babysitter, Drinking Water, Universal Socket dan Doktor. Fuuhh banyaknya faciliti disediakan so rasanya berbaloi dengan harga bilik RM350 semalam. 



Umi - bisuk mo jumpa klien mana satu lagi ni 😅

Shamzi - kalau sia iklan begini sia punya produk, laku kah ni 😅

Shumi - ko cakap sama tu orang berapa dia mo jual syernya .. Damia - how much you want to sell your shares? 😅

Baba - harap2 untunglah business kelapa sawit sia tu 😅
Kemudahan Lain | selain daripada swimming pool, terdapat juga Fitness Center, Nature Walk & Organic Garden, The Giftaway dan Jari Jari SPA. Mana satu yang sempat kami guna? Tentu-tentulah kolam renangnya. Tempat ni memang anak-anak dah aim awal-awal. Wajib terjun dalam kolam kalau menginap mana-mana hotel 😁.


Amboi Shumi .. ngalahkan adik-adiknya. Siap terapung-apung ko di sana ye
Hari pertama sejam berendam dalam kolam. Hari kedua up lagi 2 jam 😂. Yang bestnya sementara anak-anak riang gembira bermain air .. mak bapa bolehlah keluarkan peluh, kurangkan lemaks di Fitness Center yang terletak berhadapan dengan kolam renang tu jer. Jadi tak lah risau sebab ko boleh berlari sambil pantau anak-anak dalam kolam renang tu. 



Ini bukan sekadar pose ye, hari tu dapat juga habiskan kayuhan 3KM 🐴

Sambil mengayuh sambil tinjau anak kat kolam tu

Tempat Makan | Korang kalau malas nak keluar cari makan, kat hotel ni pun ada restoran tau. The Tangerine Restaurant .. dibuka seawal jam 6.30 pagi hingga jam 12 tengah malam. Hari tu kitaorang malas nak keluar so makan malam di restoran tu jer. Kalau korang nak tahu, sekarang ni dorang tengah ada promosi buffet dinner best. Kmia sekeluarga hari tu sempat juga menikmati buffet sedap yang ditawarkan kat restoran ni. Nanti Kmia ceritakan dalam post lain selepas ni 😉. 

Semasa Buffet Breakfast

Yang ni pula semasa Buffet Dinner 😋

Image from The Palace Hotel

Pendek kata hujung minggu kami di hotel ni memang best. Kalau korang nak tau ni first time Kmia menginap di sini. Walaupun Kmia ni suka #jalanjalancheckinsabah tapi Kmia kureng sikit kalau hotel-hotel yang letak di tengah bandar ni. Tapi sepanjang 2 hari 1 malam kami di sini, memang tidak mengecewakan. Korang kalau turun ke KK, mungkin korang kena letak hotel ni dalam list penginapan korang. Oh ya satu lagi yang Kmia suka tentang hotel ni .. ianya hotel bebas rokok. Ya korang tak akan tercium bau rokok di sini 😊

Sebagai panduan korang 😁
Korang nak lebih detail .. cari di sini 👇

FACEBOOK [ Klik Sini ]
INSTAGRAM [ Klik Sini ]
WEBSITE [ Klik Sini ]

Atau hubungi mereka di 
Tel +6 088 217 222

Lokasi Hotel
No 1, Jalan Tangki,
Karamunsing
88100 Kota Kinabalu, Sabah


Comments

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a