International Seafood Buffet di The Palace Hotel Kota Kinabalu

Assalamualaikum .. rasanya semua pun memang tahu, Sabah kaya dengan makanan lautnya. Kalau ke KK memang senang je nak cari tempat untuk menikmati seafood yang segar bugar itu dan yang bestnya 😁 murah-murah. Lokasi pula .. terpulang kepada pilihan masing-masing, dari pasar malam .. ke restoran makanan laut hingga ke restoran mewah. Ikut selera dan budget masing-masing gitu. Jika nak à la carte menu boleh ke pasar malam atau ke restoran makanan laut. Tapi jika korang yang jenis nak makan berulang dan banyak 😅 boleh jer ke restoran di hotel yang selalunya menawarkan seafood buffet yang sedap dan berbaloi. 

Sebut pasal seafood buffet .. Kmia kongsikan satu tempat di mana korang boleh nikmati makanan laut sebanyak mana yang korang mampu 😂 di persekitaran yang selesa.


International Seafood Buffet di Tangerine Restaurant, The Palace Hotel Kota Kinabalu| Semasa menginap di The Palace Hotel hari tu [ Post Klik Sini ] Kmia sekeluarga sempat mencuba menu-menu yang di tawarkan di buffet ni.


Bermula dari 24 Ogos yang lalu pada setiap hari, buffet ni menawarkan pelbagai menu makanan laut yang pastinya dapat memenuhi citarasa korang. Ada Ikan, ketam, slipper lobster, sotong, kepah, udang dan menu makanan yang lain. Memang jenuhlah korang nak pilih.




Korang boleh mula makan dari jam 6 petang hingga ke 11 malam (larat ke makan sampai jam ni 😆) dengan hanya membayar RM75 net untuk dewasa dan RM38 net untuk kanak-kanak
Dan sekarang kan dorang tengah buat promosi .. Buy 5 Free 1! Maksudnya orang ke-6 foc 😁 tapi yang ni untuk dewasa saja ye. So cepat bawa kawan-kawan ke sedara mara ke .. kan kalau makan beramai-ramai ni lebih selera. Tak mustahil korang duduk kat situ hingga jam 11 malam 🤣.

Apa yang Kmia suka makan kat buffet ni? Opkoslah Singapore Crab Chilli dan Baked Slipper Lobster with Garlic Mayo nya. Ni berapa kali ulang makan tau .. hehe sampai tak ingat snap gambar kongsi kat sini 😂. Sangat direcommend makan kalau korang ke buffet ni.

Rasanya hari tu, hubby yang paling banyak makan slipper lobster tu 😂 cheat day katanya

Anak-anak pun bukan main. Masing-masing penuh sepinggan makanan

Selain itu menu seafood tu semua .. Kmia suka juga dengan menu ulam dan juga salad serta dessertnya.




Apa yang menarik lagi tentang buffet ni, Time korang sedang sibuk menjamu selera, akan ada persembahan tarian tradisional dari suku kaum di Sabah. Kiranya setiap hari lain jenis tarian yang akan dipersembahkan. Masa Kmia hari tu, dorang menari Tarian Magunatip, tarian tradisi suku kaum Murut di Sabah. Tarian paling meriah dan popular di kalangan pelancong. Mesti korang pun tau kan. Tarian yang jaga-jaga terkepit kaki di bambu tu 😂. Bukan pelancong saja teruja .. orang local pun sama.



Sambil makan sambil tengok orang menari gitu. Best .. hilang sekejap stress.
Korang pun nak juga try test makan di sini? Senang jer, korang hubungi Tangerine Restaurant di talian +60 88 217222 atau terus ke The Palace Hotel di :-

No 1, Jalan Tangki,
Karamunsing,
88100 Kota Kinabalu, Sabah

SELAMAT MENJAMU SELERA 😉

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post