Barbeque Delight Buffet Dinner di Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu

Assalamualaikum korang! Cam biasa Kmia mo share lagi satu tempat best makan di area KK ni 😋. Terutama para peminat kambing bakar tu .. korang wajib datang ke tempat ni. Yang tidak berapa mo minat tu pun, cam Kmia juga di alu-alukan.  Pasti jatuh cinta dengan kambing bakar selepas ni hehe. 

Menu utama - Kambing Bakar in the house!

Lokasi | Di restoran The Coffee House, Tingkat 3M, The Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu. Hotel ni sana atas One Place Mall di Putatan tu, kalau tidak jammed ..cuma ambil masa lebih kurang dalam 15 ke 20 minit ja dari KK. Parking ?? tiada masalah, banyak tempat letak kereta di mall ni. Atau pun korang boleh parking ja di luar .. malam FOC gitu.
Konsep restoran ni ringkas dan tidak serabut. Makanya sangat sesuai jika korang nak bawa family dan anak-anak makan. Maklumlah budak-budak kecik kan lasak sikit so tidaklah risau terlanggar itu ini kan.



Barbeque Delight Buffet Dinner | berkonsepkan panggang-panggang ataupun bbq 😁 .. kalau sudah menu panggang-panggang tentu-tentulah ada kambing bakar. Satu ekor ko di golek-golek. Dengan harga yang ditawarkan rasanya berbaloi, puas hati ko makan.
Selain kambing bakar, apa lagi yang dorang hidangkan di sini? Ni Kmia explain satu persatu .. gitu 😄

Menu yang disediakan | cam biasa tentulah ada ruangan salad, kerabu dan ulam-ulaman. Korang wajib cuba tau kerabu dagingnya. Sedap. Adalah juga 2 3 kali round Kmia makan kerabu ni hehe.



Dari ruangan salad kita pergi pula menu pendamping kambing bakar ... macam cerita mistik pula ada pendamping2 😜. Yang tak mo makan kambing tu (tapi rugilah kalau nda cuba) korang boleh je makan satay; ada pilihan satay ayam dan daging. Dihidangkan bersama kuah kacang, timun, nasi impit dan bawang besar. Selain itu ada juga mee kari laksa untuk mereka yang tetiba mo makan mee katanya.




Dan satu lagi Kmia ingatkan korang .. jangan lupa ambil nenas panggang dia .. ya ampun sedap rupanya nenas dibakar ni. Selalu tengok chef orang putih panggang nenas rasa pelik pula. Sedap ke buah kalau dipanggang-panggang ni. 1st time cuba terus jatuh cinta ko .. kuikuikui.


Dah puas makan kambing bakar .. kita beralih pula ke menu utama yang lain cewah! 😁



Mostly memang menu grill dan panggang. Jangan ngada-ngada mo cari udang masak lemaklah, ayam karilah .. memang tiada lah. Dah konsep buffet adalah bbq. Kalau kat bahagian ni, Kmia suka dengan roti pita kah apa kah tu, .. staff restoran lupa bubuh nama dia .. tapi memang sedap, ada inti daging kat dalam dia. Makan pula dengan Wild Mushroom Soup with Crouton .. pergghh terangkat.



Dah abis makan semua menu utama tu .. haruslah ada pencuci mulut kan. Di sini dorang ada sediakan buah-buahan, kek-kek comel dan juga aiskrim sebagai hidangan pelengkap korang malam tu.



Tengok semua makanan tu, sempat kah mo try test semua tu. Jangan risaulah, buffet bermula dari jam 6.30 petang hingga jam 10.00 malam setiap hari Jumaat. Korang jangan pula memandai-mandai pergi hari lain. Memang ada buffet tapi lain temanya.
Dan bagi yang muslim, korang jangan risau dan was-was. Makanan kat restoran ni halal, sijil dari Jakim gitu.


Info lanjut | so sekiranya korang berminat untuk mencuba menu-menu tadi, korang boleh hubungi dorang di (60) (88) 327 777 untuk pertanyaan lanjut atau tempahan. Korang boleh juga pergi ke laman sosial hotel ni di :-

Laman Rasmi : PAN BORNEO HOTEL KK
Facebook : FB PAGE PANBORNEOHOTELKK
Instagram : IG PANBORNEOHOTELKK

Atau terus ke hotel mereka di :-

The Coffee House
Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu
(Formely known as Soluxe and Narada Hotel Kota Kinabalu)
One Place Mall, Lorong Putat 3,
Putatan, Kota Kinabalu


3 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post