IFTAR SABAHAN BLOGGER DI BIES KITCHEN, KARAMUNSING CAPITAL - Mia - Memories of Mine

Latest

Monday, June 19, 2017

IFTAR SABAHAN BLOGGER DI BIES KITCHEN, KARAMUNSING CAPITAL

Assalamualaikum
 
Hi korang. Salam 24 Ramadan.
 
Bertempat di Bies Kitchen, Karamunsing Capital, Kota Kinabalu pada 16 Jun 2017 hari Jumaat lepas, terlaksana plan si Eca untuk mengadakan Iftar bersama-sama dengan Komuniti Sabahan Blogger. Ni kiranya 1st gathering untuk Sabahan Blogger ... walaupun hanya 9 orang yang hadir dan semuanya blogger wanita tetapi tetap meriah dan happening gitu.
Kmia cuma kenal mereka di alam maya dan cuma berbual di group whatapps tetapi bila berjumpa macam sudah kenal bertahun pula.

 
Antara 9 blogger yang hadir dan kesemuanya ni pangkat adik-adik Kmia gitu. Tapi kan walaupun Kmia yang paling senior dari segi umur hehe di situ, bila berjumpa dengan dorang ni semua terasa 10 tahun muda kembali. Tak kekok berbual dengan mereka, meriah ja terasa.
photo cantik dari hp Jun Zie
 
Acara iftar hari tu adalah bergambar, kemudian makan, kemudian gambar lagi, kemudian cerita-cerita dan gelak, kemudian gambar lagi, lepas ada exchange gift .. masing-masing bawa hadiah dan bertukar-tukar kononnya. Kmia dapat tudung yang vogue dari Liza Puteri Bunian.
Lepas exchange gift ada cabutan bertuah. Yang ni Kmia tak bertuah kihkihkih. Tak kisahlah janji happy kan. Acara yang last sekali haruslah sesi bergambar.
Banyaknya acara bergambar. Ni kalau ada blogger lelaki yang join mesti termuntah hijau menengok peel blogger-blogger wanita yang pose ala-ala model restoran tak jadi ni.


Ada blogger yang tak dapat join disebabkan kekangan jarak dan masa. Walaupun begitu, dorang tetap bagi sokongan hingga program ni berjaya diadakan. Thank you semua. Kek yang sangat sedap sehingga menjilat jari ni disponsor oleh Mrs Pip

Ok sekarang ni Kmia nak kenalkan tempat kitaorang adakan iftar hari tu. Bies Kitchen, Karamunsing Capital, Kota Kinabalu. Restoran ni baru sahaja dibuka tahun lalu. Menawarkan menu ala-ala kampung gitu, pastinya mampu memikat hati selera hati korang.
 
 
Untuk mereka yang berada di sekitar Kota Kinabalu, Bies Kitchen mengadakan promosi buka puasa yang berpatutan dan menarik untuk korang cuba. Hidangan bufet dengan caj berpatutan, Dewasa RM20 manakala kanak-kanak cuma RM10 seorang. Pelbagai jenis masakan ala kampung yang wajib korang cuba. Kmia suka dengan sup tulangnya. Teringat-ingat lagi sampai sekarang hehe.






 
Antara menu-menu yang dihidangkan untuk bufet berbuka puasa di Bies Kitchen hari tu. Ni baru sedikit, sebenarnya ada banyak masakan lagi yang tak sempat diambil gambarnya.
10% dari hasil bayaran korang akan disumbangkan ke rumah anak-anak yatim yang terpilih. Jadi kiranya sambil kita makan, sambil menderma gitu ... alhamdulillah.
 


Acara yang last sekali haruslah bergambar dengan owner tempat ni.
 

Yang ni sesi bergambar dengan mommy-mommy blogger
 

Yang ni ... Puan punya blog (^_~)
 
In sha Allah dah ada plan untuk 2nd gathering Sabahan Blogger. Harapnya kali ni lebih ramai yang akan turut serta. Ok bai!
 
 
 
Note : Untuk sebarang tempahan di Bies Kitchen, korang boleh contact Kak Bie di 013 8677588
 
 
 


15 comments:

  1. syoknya dapat berkumpul kan...bila dah perempuan,selfie tu memang wajib mia...hehehe

    ReplyDelete
  2. yeayyyyy bestttt sgt, makanan pun sedap-sedap sampai kehabisan

    ReplyDelete
  3. Btw sgt happy dpt jumpa sis Mia !!! tiaa sabar ni mau next activity =D

    ReplyDelete
  4. dan yang best we enjoy! even kehabisan daging sup tulang :D

    ReplyDelete
  5. Wah! bestnya dari alam maya bertemu di alam nyata.

    ReplyDelete
  6. Wowww...bestnya gader gader. Tak malu ke mula mula tu hihi.... Anak dara sorang tu tak mau ikut ke Mia?

    Kira murahlah buffet Ramadhan tu. Makanan pun pelbagai. Diaorang topup tak makanan kalau dah habis Mia?

    ReplyDelete
  7. Wahh.. nampak meriah & congrats organisers... Salam Aidilfitri ;)

    ReplyDelete
  8. hi Mia ... selamat hari raya ...
    wah, seronoknya! nextime kalau dpt join aktiviti sabahan blogger,
    insyallah Pip dtg join sekaki T_T

    ReplyDelete
  9. hi Mia ... selamat hari raya ...
    wah, seronoknya! nextime kalau dpt join aktiviti sabahan blogger,
    insyallah Pip dtg join sekaki T_T

    ReplyDelete
  10. Wah best..gathering camni la org kata dot kenal lebih mendalam..eratkan siraturrahim..gegurl semua lg la meriah..sukahati je nk buat apa.klu ada lelaki dh jadi lain...i is suka.haha

    ReplyDelete
  11. Seronoknya dapat berjumpa bertentang mata. Semua nampak cantik jelita.

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya kak mia....wah chese kek tu yg sedap

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!