Assalamualaikum
Hi korang!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari Kmia ... 10 hari bercuti, 10 hari juga blog ni tutup kedai hehe.
Bukan malas *walaupun sebenarnya ya. Tapi line di kampung amat slooooww sekali. Kadang-kadang terhilang dari radar terus.
Kmia seperti tahun2 sebelumnya memang akan balik ke Kota Marudu, kampung Kmia sendiri. Tak balik kampung husband?? Balik .. tapi raya pertama.
Napa tak bermalam raya di rumah PIL .. emm usah ditanya, hubby suka beraya di kampung sebab suasananya. Ada masalah dengan PIL ke? Nda da la pula. Kmia ikut cakap hubby. Dah dia suka balik Kota Marudu .. Kmia ikut ja lah *dalam hati lompat bintang sebab suka.
Malam raya hanya Kmia dan adik bongsu balik. Kakak dan adik Kmia yang kerja nurse tu bermalam raya di rumah PIL. So kami berdualah harapan mak untuk tolong masak. Kami balik jumaat 23hb tu. Ikut kalendar hari raya jatuh pada 25hb iaitu ahad. Tapi kami dah start masak rendang, rebus ketupat, tumis sambal kacang bilis sabtu petang tu. Memang konpiden ni hari raya besoknya. Mak cakap kalau misalnya hari raya jatuh hari isnin, kita panaskan balik sajalah rendang dan ketupat tu 😅
Walaupun agak konpiden kami tetap tunggu pengumuman hari raya jam 8 tu. Dan agak lega bila sudah confirm hari raya adalah pada hari ahad iaitu esoknya. Senyum2 semua sebab tinggal tunggu ketupat saja nak masak, yang lain sudah beres petang tadi.
Esoknya anak-anak Kmia bukan main eksaited bangun awal pagi. Nak pakai baju raya katanya. Tema tahun ni adalah biru gitu. Pada asalnya nak royal blue tapi baju melayu budak tak ada kaler tu pulak. Last2 pilih biru muda ni je. Jadi jugalah kan tema biru 😊
Foto Raya 2017. Gigih bergambar di awal pagi sebelum bergerak ke rumah PIL.
Gambar 3 beradik. Tapi yang ni sudah di touch up sedikit sebab tu kaler baju agak terserlah birunya.
Oklah .. nanti kita sambung cerita lagi ye. Banyak cerita nak story-story ni 😊
selamat hari raya mia...
ReplyDeletecantiklah gambar raya tu. nampak tenang je suasananya tu
MV pula tiap tahun balik ranau dulu..raya kedua baru balik Beaufort sampailah habis cuti ..bahagiannya rasa haha
ReplyDeleteSelamat hari raya kak mia..
ReplyDeleteselamat hari raya kak mia. husband kak mia kota marudu sebelah mana? husband aku pun org kota marudu juga haha. kg marudu laut
ReplyDeleteKmia yg org KM .. Kg Ranau. Husband org KB. Kg Marudu Laut tu tempat nenek kmia tu. 😁
DeleteSelamat hari raya Mia...
ReplyDeleteSama pulak baju raya sedondon akak ... Biruuuu 😊
Cantik pic raya mia..
Suasana redup kehijauan..
selamat hari raya k.mia..:)
ReplyDeleteHihi...untunglah asal Raya je rumah mak sendiri. Bukan lompat bintang lagi dah tu haha... Cantiklah Mia kombinasi biru dengan coklat tu .... Background pun cantik!
ReplyDeleteramai juga pakai warna biru tahun ni ya.cantik sedondon. memang lawa tudung tu.
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!