Selfie Di Hari Raya

Assalamualaikum

Hi Korang!

Nda sedar kan sudah 10 Syawal hari ni. Cepat betul masa berlalu, macam baru semalam merebus ketupat kemudian melahap rendang *lahap ko .. tersangatlah kenampakan gelojoh di situ.

Raya ni Kmia tak berapa banyak ambil gambar sedang beraya. Baju raya pun cuma sepasang ja tahun ni *sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Raya pertama dan kedua wajib berwajib kurung atau jubah. Raya seterusnya pula, sarung lah apa yang ada dalam almari tu. Paling simple pun blouse dan jeans ja. 
Korang cam mana pula? mesti ada yang beraya sakan kan, 7 hari beraya, 7 pasang baju juga kena disediakan. Tak salah ... asal diri ada kemampuan gitu. 


Image may contain: 1 person, smiling, eyeglasses, selfie and closeup
Selfie Raya Pertama .. instant shawl ni beli di Tamma, Wisma Muis, Kota Kinabalu. Ni pilihan hubby tau, katanya cantik *nda pernah-pernah bah dia tertarik dengan tudung. Sebelum ni kalau Kmia minta pandangan katanya semua pun lawa asal tutup aurat. Ni first time lah dia cakap tudung ni lawa. Harga?? ni rasanya antara tudung termahal Kmia pernah beli, lepas diskaun dalam RM50 lebih. Mahal kan ... standard tudung Kmia dalam RM30 ke bawah je. Korang abaikan je lah kanak-kanak riang kat belakang tu. Happy sebab dapat duit raya lebih dari baba sebab full puasa sebulan. 


Image may contain: 1 person, smiling, eyeglasses, selfie and closeup
Yang ni Selfie Raya Kedua. Ni instant shawl dari Koleksi Amaris. Shawl free dari Liza Puteri Bunian semasa exchange gift di Majlis iftar-sabahan-blogger-di-bies-kitchen hari tu. Rezeki Kmia lah dapat tudung cantik, simple dan sangat selesa ni. Termatch lah pulak dengan jubah Kmia hari tu, kaler hijau gelap. hehe. Sebenarnya Kmia tak berapa pandai nak gayakan shawl ni tapi disebabkan ianya instant dan material kainnya yang selesa tu, senang je nak sarung. Korang kalau terberkenan dengan shawl ni, jenguk ja blog si Liza Puteri Bunian tu.  


Ok lah .. stop lagi. Kita sambung lagi cerita raya esok. In sha Allah. 



9 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Selamat hari raya kmia...lawa2 pic akak

    ReplyDelete
  2. sama kita kak...sepasang jak baju..yang raya pertama recycle yg lama punya

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya maaf zahir batin Mia....
    Samalah kita Mia.... baju baru ada satu je. Raya ke dua pakai lama tapi tak pernah pakai haha...kira baju baru jugaklah tu kan....

    Cantik Mia bershawl. Orang cantik kulit mulus pakai apa pun cantik...

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya ...
    pakai instant shawl kan senang, main sarung saja ...
    Pip dah tinggalkan shawl melilit tu, now pakai yang instant jak ...
    anyway, selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya Kmia..maaf zahir batin ye

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post