Beraya di Kinabalu View Chalet, Kundasang

Assalamualaikum

Hi korang!

Raya pertama dan kedua hari tu, Kmia memang setkan untuk beraya kat rumah sanak saudara. Raya ke-3 stay di rumah kat kampung menunggu tetamu dan rehat-rehat sebab esoknya raya ke-4, kitaorang nak beraya di Kundasang pulak 😊

Sebenarnya Kmia tak plan pun nak ke Kundasang tapi adik-adik ipar ajak kami sama-sama ke sana. Kita orang akan stay 1 chalet dan kiranya ni family gatheringlah kononnya. Adik ipar dah tolong bayarkan sewa chalet dan kami cuma bantu beli barang-barang makan. 

Selalu kalau kitaorang ke Kundasang, kitaorang akan ikut jalan Tamparuli tu tapi memandangkan kami ngam2 berada di kampung iaitu Kota Marudu, kami semua setuju ke Kundasang melalui Jalan Taman Kinabalu Sorinsim. Kononnya nak cuba ikut jalan baru. 
Belum pernah lalu jalan ni so kiranya hari tu kira adventure sikitlah .. berpandukan kepada papan tanda jalan dan tanya kakak Kmia yang berapa kali dah ke Kundasang ikut jalan baru ni, jam 10 pagi raya ke-4 tu kami 3 family *dua family lagi adik-adik hubby pun bergerak dari Kota Marudu ke Kundasang. Masing-masing pandu kereta sendiri so ada 3 keretalah semuanya. 

Alhamdulillah perjalanan melalui Jalan Sorinsim ni berjalan dengan lancar. Jalan baru so tak banyak kereta yang lalu. Sepanjang jalan korang boleh menikmati pemandangan yang sangat indah .. hutan yang menghijau di sepanjang banjaran gunung ganang. Actually Taman Kinabalu Sorinsim ni bersambung dengan Banjaran Crokers yang pemes tu. 
Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam 30 minit kerana permukaan muka bumi yang agak berbukit bukau. Meraung wei kereta nak naik bukit tinggi tu 😅. 
Ni Kmia nak bagi tips sikit sebelum lalu jalan ni. Periksa keadaan kereta, pastikan semua berkeadaan ok sebab takut nanti ada masalah semasa menaiki bukit yang tinggi tu. Ikut jalan ni ada lebih 3 buah bukit tinggi yang kena lalu tau. Pastu memandangkan laluan ni seakan-akan lost world, line tepon dan sewaktu dengannya memang lansung tak ada. Diulangi line tepon dan tenet memang tak ada! So incase ada kecemasan mungkin kena jalan kaki lah minta pertolongan ke kampung yang berdekatan. 😥

Ok lupakan kisah jalan tu .. kami sampai ke chalet lebih kurang jam 12 tengahari. Selepas masing-masing dah dapat bilik dan kemas barang, si isteri-isteri pun mulalah memasak apa yang patut, si suami-suami pula dah mula berkeliaran di sekeliling chalet mencari sudut menarik untuk digambar dan anak-anak pula bukan main seronok bermain. Korang bayangkan sepupu sepapat seramai 11 orang tu berjumpa dan semuanya hampir sebaya umurnya 😅 macam nak runtuh chalet tu dibuatnya. Gedebuk gedebak bunyi mereka berlarian.

Kami dah plan nak buat steamboat dan bbq untuk makan malam so petang tu kitorang makan yang ringan-ringan dulu. Masak bubur ayam, bancuh milo panas, cicah pula dengan biskut merry.
Walaupun makanan dia simple ja, tapi semua berselera sampai habis 1 periuk bubur hehe. Untuk makluman korang, chalet yang kitaorang stay sangat hampir dengan kaki Gunung Kinabalu. Suhu petang tu pun dah drop di bawah 21°C . Sejuk ya amat.


Ni namanya proses pengagihan makanan. Anak-anak kena beratur kalau nak makan bubur. Barulah tak berserabut kan. 



Bukan main happy dorang bila dapat berkumpul sambil makan bersama-sama. Makan di beranda sambil menikmati suasana sejuk Kundasang.


3 dara pingitan .. ni semua kakak-kakak sepupu Damia. Yang tinggi lampai tu sebenarnya baru darjah 3, seumur dengan Shamzi dan budak perempuan sebelah kanan tu tapi nampak anak dara sangat kan 😊


Ko tengok Shumi .. bestlah tu dapat merasa kabus-kabus Kundasang. 

Petangnya tu kami semua sempat round-round Pekan Ranau sambil-sambil cari birthday cake untuk budak yang bakal sambut birthday 30 Jun tu. Tak plan celebrate di situ tapi dah alang-alang berkumpul bersama sepupu2nya so buat lah juga. Tapi cerita tentang surprise birthday party tu nantilah di next entri ye. 

Memandangkan kitaorang nak buat bbq malamnya tu, hubby memborong kepak ayam yang sudah di marinate daripada penjual kepak ayam panggang yang ada di Pekan Kundasang tu. Korang kalau nak buat bbq tak payah susah-susah prepare ayam, beli je dari dorang .. senang kerja dan sedap.

Kami balik ke chalet lebih kurang jam 8 malam. Kelam kabut ni bakar arang. Sudahlah cuaca sejuk, api susah sangat nak hidup. 

Tengah gigih memanggang kepak ayam


Punyalah lama menunggu api nak hidup .. ni je lah dapat dipanggang malam tu, selebihnya kami goreng sebab dah lewat sangat. Takut anak-anak tertidur menunggu pula. 


Ni bahan-bahan steamboat kami malam tu. Nikmat hirup sup panas di kala suhu mencecah 17°C sangat susah digambarkan. Nikmat ya amat.


Kerja Kmia ni uruskan pembahagian makanan kat anak-anak. Nasib baik semua ikut cakap dan tak berebut. 




Ambil gambar berdua .. auumm. Muka semua dah comot sebab kelam kabut siapkan makanan. 


Sementara mak bapa makan berduaan di luar, anak-anak berkumpul ramai-ramai makan di dalam. Kurang seorang sebab masih baby .. hehe

Lebih kurang jam 12 tengah malam semua masuk tidur, dah macam ular sawa kekenyangan. Semua puas hati sebab makanan sedap gila terutamanya steamboat dan kepak ayam tu. 

Esoknya sebelum check out, kitaorang masak lagi untuk breakfast. 

Menu breakfast, nasi goreng, meehoon goreng, sandwich kaya *kalau kat Sabah kitaorang panggil roti paun dan milo panas. Sempat juga goreng keropok ubi untuk kudap-kudapan.


Makanan breakfast yang tak habis kami licinkan di Taman Sorinsim sebelum masing-masing balik ke rumah. 

Percutian singkat yang sangat best. Walaupun ada plan yang tak berapa menjadi cam bbq ayam tu, kemudian nak mandi sungai pun cancel sebab air tengah pasang .. secara keseluruhannya semua puas hati. 

Ok bai. Tunggu cerita raya di next entri. 








11 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. aktiviti mcam ni lah best,sambil menikmati view di kundasang...selamat hari raya mia

    ReplyDelete
  2. sejuk-sejuk tu kalau saya tak laratlah nak mandi sungai Kmia..hehe.seronok berkumpul family macam ni.makan sedap-sedap lak tu

    ReplyDelete
  3. Selamat hariraya Mia.
    Seronok nya bila dah berkumpul ramai2 gitu ya.makan pun bertambah selera.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya mia :)
    seronoknya meriah ..

    ReplyDelete
  5. bestkan dapat berkumpul ramai2 macam ni.

    rindu nak ke kundasang lagi

    ReplyDelete
  6. Boleh tak buat review pasal chalet ni.saya berhajat nak ke kundasang dan dah tgk chalet ni tapi kurang review pasal chalet ni.buat review mengenai kebersihan dia,view dia macam mana.

    ReplyDelete
  7. Seram gak kan bila masuk jalan yg tak pernah lalu pastu line tepon semua tu takda. Btw, istilah roti paun (bread sandwich) pon agak femes jugak kat Swak..

    ReplyDelete
  8. bestnya gathering dgn family kan kak mia !! =D meriah btl jun tgk kmu ni =D

    ReplyDelete
  9. Seronoknya.... Entah bilalah nak sampai sini lagi.
    Ni kiranya bergader dgn family hubby lah ye Mia....Budak budaklah yg seronoknya sebab dapat main dgn sepupu sepapat dalam satu rumah. Mesti meriahkan....Terbayang bayang kesejukan dan kabus di mlm hari masa OKje kat Kundasang dulu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post