Photoshoot Raya 2017

Assalamualaikum

Hi korang!

Masih cerita pasal raya. Acara bergambar di hari raya memang satu kemestian kan. Kmia pun sama. Nak juga abadikan kenangan raya setiap tahun didalam foto yang cantik. 
Bila dah tua nanti *jika dipanjangkan umur 😊 foto-foto tu semualah ditatap kembali kan .. kan ..

Acara bergambar raya ada yang secara santai, ambil guna camera hp je. Kalau ada yang budget lebih tu pula, upah photographer atau ambik gambar kat studio. 
Kmia? Hehe semenjak hubby dah berkecimpung *cewah .. dalam dunia kamera ni, Kmia tak payah nak pikir-pikir cari sapa nak jadi tukang gambar kami. Encik suami dah jadi photographer *bidang terjun. 
Hasil katikan hubby ?? Setakat ni Kmia memang sangat berpuas hati. Kmia sebenarnya tak pernah puji dia depan-depan takut nanti jadi riaklah pula hehe. Ni kalau dia baca ni confirm, terkembang kempislah hidung sebab si isteri puji. 😜

Lokasi yang selalu dijadikan tempat berphotoshoot ? Ruang tamu rumah, ada yang duduk di sofa dan ada yang berdiri .. itu dulu. Sekarang ubah sikit lah lokasi tu. Lokasi berlatar belakang suasana kampung. Baru ada feel beraya di desa 😄
Korang pula macam mana? Celah ceruk mana yang korang jadikan lokasi untuk berfoto raya?

Korang ni Kmia nak bagi tips jika nak berphotoshoot di luar rumah. Yang pertama memanglah kena ambik kira keadaan cuaca, nda kan lah tengah hujan ribut ko nak berphotoshoot di luar rumah kihkihkih.
Bila cuaca dah cantik .. korang kena pilih masa yang sesuai. Nak gambar korang cantik, kaler natural dan tak payah nak edit bagai? Waktu awal pagi, matahari tengah nak naik tu sangatlah sesuai. Kalau korang nampak cahaya matahari terselit2 di sebalik dedaun pokok tu *cewah! Time tu lah sangat cantik kalau korang nak berpose ala model .. kihkih

Kitaorang berphotoshoot raya pertama, jam lebih kurang dekat 10 pagi (ni kira lambat dah sebab matahari dah start memancar2).






Yang ni belum edit .. tapi Kmia dah puas hati. Boleh lah untuk kenangan raya 2017.
Foto diambil menggunakan kamera model Nikon DX D7000 dan lensa Nikkor Prime 35mm 😊

Ok tu je lah cerita pasal photoshoot raya. 




12 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. sedondon smua ! series cntik kmia !! yaa ju pun kalo bab amik gmbr ni sgt2 pentingkan cuaca. cahaya semula jadi tu sgt memainkan peranan =D

    ReplyDelete
  2. Semua sporting posing.... Comel!

    ReplyDelete
  3. Betul tu ,satu hari nanti boleh jadikan kenangan indah hariraya.

    ReplyDelete
  4. Cantik!!
    Tulah tu Mia, hari tu masa kat kg nak photoshoot kat luar rumah, pastu adik beradik dah sampai pulak.... bila dah petang, dah penat sudahnya huh.... faham ajelah...
    Raya kedua dah tak berbaju Melayu...Tak bestkan....
    La ni nak photshoot tak cukup corum pulak

    ReplyDelete
  5. Bestnya ...
    Ni jadi photographer sambilan la ni ... bagus, boleh tambah income..
    Eh mia, promo lah harga photoshoot , mana tau ada yg berminat mau perkhidmatan photographer ...

    ReplyDelete
  6. cantiknya gambar raya..freestyle ye..ramai la tema biru tahun ni

    ReplyDelete
  7. cantik..kami guna hp jak kak mia..

    ReplyDelete
  8. Sportingnya semua bagi kerjasama untuk bergambar ya...

    ReplyDelete
  9. Bestnya ada fotoshoot bersama family...meriah gitu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post