Skip to main content

Siput Sedut Masak Lemak Belimbing Buluh

Assalamualaikum

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Belimbing Buluh | Hai! Walaupun blog ni bukan pasal masak memasak, aku kekadang tetap kongsikan resepi yang tak seberapa ... resepi mak2 gitu. 

Sejak dua menjak ni, aku teringin betul mo makan siput sedut ... banyak kali aku ternampak siput sedut masak lemak dikongsikan di FB dan IG ... bikin meleleh air liur gitu.
Korang jangan tak percaya bila aku katakan kali terakhir makan benda masa umur aku belasan tahun, menengah rendah rasanya. Siput sedut ni sebenarnya bukan makanan feveret keluarga, tu sebab sangat-sangat-sangat jarang dimasak. 
Tapi bila hari tu teringin benar nak makan, bagitahu mak yang nak makan 'so soh' ... heran terus orang tua tu. Mimpi apa si mia ni mo makan 'so soh' ni. Tiba2 ja. 
'So soh' - dalam bahasa Bajau, bahasa Melayunya siput sedut 😆

Dan impian aku terlaksana gitu .. kelmarin mak masakkan aku siput sedut masak lemak belimbing buluh.
Sedap tau ... lagi-lagi bila mak yang masak sebab ada ramuan istimewanya 😍 kasih sayang 
Ni aku kongsikan resepinya ...


Bahan-Bahan :
Siput Sedut
1 kotak kecil santan (dicampur dengan segelas air suam)
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Lengkuas diketuk
Belimbing Buluh
Daun Bawing (di semenanjung aku tak pasti orang panggil apa)
Cili padi (ikut tahap kepedasan yang korang mau lah)
Garam
Serbuk perasa

Cara Memasak :
Didihkan air kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk. Masukkan lengkuas dan belimbing buluh serta siput sedut. Biarkan hingga separuh masak, kemudian masukkan santan, daun bawing dan perisakan dengan serbuk perasa, garam dan cili padi. Biarkan mendidih sehingga siput tadi masak. 

Siap !! Sedia untuk menyedut .. hehe


Comments

  1. terliur kita tengok kak mia :)

    ReplyDelete
  2. nampak sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Oh baru tau so soh tu siput sedut.
    Sedapnya bila dicampur belimbing buluh ....

    ReplyDelete
  4. Oh, orang Sabah kata siput sedut tu 'so soh' ya! Barulah tahu. Lain kali tak payah translate! Hahaha!

    Saya tak makan siput sedut tapi pernahlah termakan masa zaman kecil-kecil dulu. Lama punya cerita. La ni memang tak pernah dah makan siput sedut ni. Terasa geli, tak tahu kenapa...

    Untung ya ada mak boleh masakkan. Asal teringin aje, minta mak masakkan. Dulu saya pun macam tu juga. Asal nak makan something special air tangan mak, memang maklah kena masak. Hahaha!

    ReplyDelete
  5. Adehh kak, msti berabis menyedut nyedut tu kan hehe

    ReplyDelete
  6. Saje je kan...aku pun suka..fav!!!

    ReplyDelete
  7. 1st time tgk masak lemak macam ni. Selalu masak lemak cili api. Tapi memang sedap ☺

    ReplyDelete
  8. Anak anak suka makan siput sedut ni tp maknya malas nak masak sendiri haha.... lecehlah Mia nak mengepit kat muncung tu.

    Kalau tak mati lagi siput ni hanis dia berjalan satu dapur tau!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa