Skip to main content

Pesta Jagung di Kota Marudu

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam sabtu semua. 
Hari ni berlangsung Pesta Jagung di daerah kampung halaman ku, Kota Marudu.
Actually pesta ni di adakan pada setiap tahun dan wajib ada dalam kalendar pelancongan Negeri Sabah.

Pesta Jagung kali ni berlangsung selama 2 hari iaitu hari ni 09 Nov 2013 dan esok hari. Tapi sayangnya aku tak berkesempatan nak balik ke kampung hari ni disebabkan ada hal-hal yang tak dapat dielakkan...huhu

Pesta ni seperti perayaan yang biasa, ada pameran, jualan produk dari penduduk tempatan tetapi yang membuatkan ianya istimewa ialah Jagung.
Kota Marudu memang terkenal dengan pengeluaran jagungnya...tetapi bukan jagung manis seperti yang terdapat di Tanjung Aru.......jagung pulut atau jagung kampung kita orang cakap kat Kota Marudu.
Jagung ni lebih padat isinya, butir2 jagungnya lebih berisi daripada jagung manis. Kalau makan setongkol orang Sabah bilang, puas hati bah! kenyang.....

Jagung jenis ni, sedap bila dibakar atau direbus. Walaupun butir jagungnya lebih keras sedikit daripada jagung manis tetapi aku rasa ianya lebih enak.
Ianya juga amat sesuai dibuat kuih terutamanya kuih pais jagung..........my feveret! sedap sangat.

Kalau berkesempatan berkunjung ke Sabah nanti, jangan lupa berkunjung ke Kota Marudu dan rasa Jagung bakarnya yang sedap itu. Tak jauh, cuma 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. 



Sumber : www.sabahtourism.com

Sumber : resepmasakansederhana.wordpress



Note : Kebanyakkan penduduk di Kota Marudu menanam jagung di kawasan kebun di rumah mereka, termasuklah mak aku. Tak sabar aku nak tunggu hasil tuaian jagung di kampung. :D

Comments

  1. Emmmm patut pun faveret Mia .. tepi rumah banyak jagung... tanah subur kot tuk tanam jagung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknyalah OKje....subur, tu pasal kelapa sawit pun banyak kat Kota Marudu ni...:D

      Delete
  2. salam,

    wah...banyaknya jagung..saya suka jagung..mesti syok kalau dapat pegi pesta macam ini...

    p/s: follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai untuk peminat jagung.....Thanks sudi berkunjung dan follow blog ni! :D

      Delete
  3. bestnya kalau dapat makan jagung rebus, saya suka tu

    pais jagung tu rupanya macam lepat ek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan jagung rebus, saya pun suka....a'a kiranya pais jagung tu macam lepat, cara masak yang sama dikukus, menggunakan isi jagung yang diparut dan dibungkus menggunakan kulit jagung tu sendiri......sedap!

      Delete
  4. wahh terliur pulak tgok

    nizamijam.com

    ReplyDelete
  5. Walaupun dah 2x ke Sabah tapi still rasa nak pergi lagi.. Insyaallah ada rezeki dapat pergi lagi nk singgah ke Kota Marudu la.. =D

    ReplyDelete
  6. salam mia…..waaaaa…..ros mmg terasa2 lagi kemanisan & kesedapan jagung bakar marudu ni since kami p selfdrive sabah last december….mmg lain rasanya, masa tu ingat mungkin sbb kami lapar giler tapi rasanya mmg sebab apa yg mia mentioned tu la & sbb dia bakar sekali dgn kulit2 jagung tu guna kayu api kan. huhu!!!rasa nak pergi lagi tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sedap kan, walaupun rasanya kering sedikit tapi manis jagung bercampur aroma kayu api tu memang terasa sedap dan klasik gitu.......:D

      Delete
  7. sedapnya jagung bakar.. jika da rezeki nak juga pergi ke kota marudu sabah dan merasai keenakan jagung itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni bolehlah simpan Kota Marudu dalam senarai destinasi pelancongan Aiza.....hehe

      Delete
  8. salam.......melintas sekejap.....tumpang lalu

    ReplyDelete
  9. salam singgah. wah tak tau lah plak jagung yg versi lepat tu. macam best jeeeee. heheehehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Versi lepat tu orang sabah sebut kuih pais jagung...sedap!! :D

      Delete
  10. Wahh best nya.. pernah rasa jg jagung kota marudu ni msa ke sana dulu..mmg sedap. ..ntah bila lah nk merasa lg..hehe. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali datanglah lagi Atiey.....makan jagung bakar...hehe

      Delete
  11. meriah dengan makan jagung yea,

    ReplyDelete
  12. menarik ni. tak perrnah jumpa jagung yg dibakar dgn kulit2 tu. biasanya yang dah tak ada kulit..

    2 jam tu.. aduiii..

    ReplyDelete
  13. Mesti sedap ni kan. Macam-macam jagung ada.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang