Berehat di Langkah Syabas Resort!

Assalamualaikum

Korang jangan nak berangan lagi .. dah abis dah cuti sekolah walaupun entri ni cam nak mengajak korang bercuti lagi 😅

Ni cerita bulan lalu ... hujung minggu sebelum hari kemerdekaan tu. Hubby tetiba ajak stay semalam di resort ni. Pucuk dicita ulam mendatang. Bak orang ngantuk disorongkan bantal. Aku ikut ja bila ada orang nak sponsor 😆

Ni kali kedua kami stay di Langkah Syabas Beach Resort. Tapi di chalet yang berlainan. Harga pun berbeza. Jika yang sebelumnya dalam RM 250 net dengan 2 sarapan percuma, ni kali chalet yang berharga RM 335 net bersama 3 sarapan percuma.

Chalet yang berharga RM335 semalam tu. Single chalet, sebiji2 gitu. 


Dalam dia memanglah luas. Satu family besar pun boleh muat ni. Tinggal korang hamparkan toto kat depan katil tu. Katil dia ada 2, satu king size bed dan satu lagi single bed. Damia dah aturkan kat mana kitaorang tidur. Katil besar orang lelaki ja, katil kecil hanya pompuan boleh tidur. 😄


Beranda chalet ni menghadap kolam. Ada meja disediakan untuk kupi-kupi gitu sambil skodeng orang mandi ... kihkihkih


3 beradik ni dari mula sampai, kolam ni jugalah yang di aim2. Aku kata selagi dorang tak duduk diam2, tak boleh mandi. Sangatlah bersopan santun ko. Demi kolam yang ada depan mata tu. 


Tempat cantik untuk sesi fotografi. Ada padang rumput ala ala padang golf mini kat belakang resort. 


Resort ni sebenarnya kat area Kinarut. Kalau naik kereta, kira-kira setengah jam dari Kota Kinabalu. Itu pun dependlah kalau tak jammed. Kalau tetiba jammed masa tu mungkin dalam sejam atau sejam lebih baru sampai kat resort ni. 😥

Owner resort ni mat salleh. Segmentasi pasaran dia tourist dari oversea sebab tu rate chalet kat sini agak mahal berbanding dengan resort yang ada di sekitar Kinarut ni. 
Kalau ikut aku memang fikir 2 3 kali nak menginap kat sini, tapi tempat ni favorite hubby dan dia yang keluarkan ongkosnya, aku tak bantah ... ikut je lah kan 😆

Overall aku memang suggest resort ni kat korang tapi kalaulah wakil dari resort ni terbaca entri ni, ada beberapa komen dari aku untuk tingkatkan mutu service ; aku nak dorang variasikan lagi menu breakfast dorang, kira setanding dengan harga bilik yang agak mahal tu, pastu tekanan air kat bilik mandi tolonglah kuatkan sikit, jenuhlah kita nak hilangkan buih sabun, air dari shower tu sangatlah kecil .. huhu
Pastu memandangkan kat tepi mangkuk tandas tu tak ada pili air, tolonglah sediakan gayung kat dalam tandas. Nak basuh yang patut punyalah payah 😅
Last -banyak pula komen aku- , kat tepi pantai tu cuba-cubalah ambik inisiatif bersihkan dan pungut sampah yang hanyut. Gitu.

Ok tu je. Dah .. pegi sambung buat kerja 😜

8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. memang cantik tempat dia mia,rasa nak pergi je kat sana

    ReplyDelete
  2. Hihi... ayah sedang nak mempotret anak-anak posing tak sedar uminya pulak merakam moment indah ini. Kakak suka tengok gambar last. Tengok Damia tengah posing lentok:)

    ReplyDelete
  3. Bestnya. Dah lama tak gi bercuti. Bercuti kat umah jer.

    ReplyDelete
  4. Memang cantek chalet nya...kalau bercuti ke sana elok juga buat pilihan ni.

    ReplyDelete
  5. Memang cantek chalet nya...kalau bercuti ke sana elok juga buat pilihan ni.

    ReplyDelete
  6. Yelah.... boleh tahan mahal jugak harga nya tu Mia. Hihi....betullah kalau air tekanan rendah mmg tak puas nak mandikan...mau 1 jam baru hilang licin sabun tu haha....

    Patutlah.... Hubby suka kat sini Mia....pemandangan dia cantik, hijau!

    ReplyDelete
  7. harga mahal tekanan air rendah mmg tak syiok lah kan.
    mmg patut perbaiki

    ReplyDelete
  8. Seronoknya.. nmpk cantik betul resort ni padanlah ownernya mat saleh ye..sikit2 tu diamaafkanlah..tp klu improve lg baguslah kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post