Tamu Besar Kota Belud 2015

Assalamualaikum

Tamu Besar Kota Belud ni sebenarnya diadakan setiap tahun. Dah tercarta dalam kalendar pelancongan Negeri Sabah, akan di adakan di daerah Kota Belud pada setiap bulan Oktober. 

Setiap tahun diadakan tapi baru tahun ni aku berkesempatan berkunjung di sini. Dah beranak tiga baru ada hati nak round2 tamu besar ni. Apa yang boleh kita lihat di acara ni? dah namanya tamu besar, of coz lah banyak gerai2 jualan. Lebih banyak dari tamu hujung minggu yang biasa tu dan tentulah lebih meriah.

Jomlah kita tengok gambar suasana tamu besar hari tu yang sempat aku snap.

Ramainya manusia ... rata2 golongan kaum hawa yang sedang berniaga di tamu ni.


Pelbagai hasil tempatan dijual di sini. Geram sungguh aku tengok ikan dan udang kering tu. Sempat jugalah aku membeli sebungkus dua benda tu. Sedap ni buat penambah perisa masakan. Ikan kering tu kalau digoreng cicah asam cili padi mau bertambah2 nasi. |sambil tulis sambil telan air liur hehe| ... Tapi kan cam mahal benda2 tu semua. Ikan bilis hari tu 400 gram, RM10 .. korang rasa mahal ke tidak?


Bukan ikan kering ja, hasil kreatif penduduk tempatan juga ada dijual. Kota Belud ni pemes dengan pembuatan parang dan juga kain2 perca yang kalerful tu. Selalunya kain berwarna warni tu dijadikan hiasan semasa majlis perkahwinan suku kaum Bajau dan Iranun di Kota Belud.


Aneka kuih muih tradisional juga turut dijual. Bagi yang fanatik kuih2 tradisional ni memang puas hatilah, macam2 boleh kita dapat dari tamu ni. 

Yang ini memang sangat sinonim dengan Kota Belud. Kuih Penjaram atau Kuih Amik dalam bahasa Iranun. Kuih ni makan panas2 memang nyaman gitu .. nak2 lagi kalau makan sambil minum kopi O .. pergghh .. 


Sebenarnya selain daripada gerai2 tu, acara lain sempena Tamu Besar ni ialah perarakan kuda berhias. Kuda dihias dengan kain berwarna warni dan diarak oleh kaum lelaki yang memakai pakaian tradisional. Tapi hari tu kitaorang tak sempat nak tunggu acara tu, panas sangat cuaca, rasa nak pitam jak. Anak2 pun dah penat berjalan so kitaorang ambil keputusan balik KK jak. Tak pasal2 pula pengsan tengah tamu tu huhu.

Tak tahu mana dia Kota Belud ? Korang tengok peta Sabah je lah hehe. Satu jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Tak jauh pun. So kalau nak ke Tamu Besar Kota Belud, korang setlah awal2 dalam kalendar tahun depan bulan 10 ... :D



7 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. kuih penjaram tu mcm kuih cucur jawa...klau kat semenanjung la..

    ReplyDelete
  2. Baru sekali sampai kota belud. tu pun attend kawin uncle. Tamu ni pun blm pernah p.. Huuhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Tamu kalau di semenanjung ni pasar agaknya..
    Puas meronda kalau macam itu gayanya Mia
    Kakak terpikat dgn hasil kreativiti mereka.. org sana sgt keratif kan.

    ReplyDelete
  4. kuih penjaram tu macam kuih topi (panggilan org kelantan), sedap sgt kuih tu. su baru kenal kuih tu masa di kelantan.

    ReplyDelete
  5. bestnya lah kalau dapat kesini MIa... belum pernah sampai juga bah...hehe...
    banyak plak di jual tu kan... klu dpt tgk Kuda Berhias lagi best... kompom pae ndak mau balik...haha

    ReplyDelete
  6. Ni kira macam Pasar Siti Khadijah, Pasar Payang kat Pantai Timurlah ni yek Mia. Kebanyakan yg meniaga pompuan..... Kita ni pompuan mmg suka tengok benda benda gini....hihi maklumlah tukang masak haha.....

    RM10 henggit 400 gram..... OKje rasa kat sini pun lebih kurang sama je Mia....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post