Suka tengok orang makan?

♡Assalamualaikum♡


Aku kan suka sangat tengok rancangan makan-makan tu. JJCM dari zaman Maria Tunku Sabri hinggalah pengacara sekarang ni si Naz tu. Siri Warung Kita dan Best in The World tu pun aku suka tengok. 

Siokk oo bila tengok dorang makan, sangat berselera, sampai aku yang tengok ni cam nak menitis air liur hehe
Lepas tengok rancangan tu terus nafsu makan membuak-buak. Mulalah ajak hubby cari makan tu cari makan ni. 
Jenis makanan yang dicari pula bergantung apa yang pengacara tu makan dalam siri tu.
contoh kalau siri tu roti canai yang dipaparkan maka mencarilah kami roti canai, kalau keluar nasi beriani, makan nasi berianilah kami.

Dah jumpa makanan tu, trip-triplah konon nak makan cam si Maria Tunku Sabri tu, penuh makanan 1 mulut, minuman 1 kali sedut dah abis. Selera besar gitu. 

Tapi kan aku ni masa nampak makanan cam nak telan je makanan tu ... dah ampai depan mata, sikit je aku dapat makan. 
Aku bukan jenis yang kuat makan, nafsu je besar kihkihkih. Last2 hubby juga yang tukang abiskan makanan. -jadi aku tak salahkan hubby kalau perutnya membulat dengan sihat-

Selain sawan tengok orang makan, bak kata si Okje , aku ni suka gambar makanan yang akan kami makan. Aku rasa bukan aku saja kot, blogger2 yang lain pun gitu juga kan kan kan. 
Bukan nak menunjuk-nunjuk, cuma nak berkongsi.
Yang best2 harus dikongsi kan. 
Lagipun tempat yang kami makan bukan jenis yang mewah, hanya restoran rakyat biasa. Yang mampu bayar gitu. 😌

Ni nak kongsi gambar. Gambar je gempak tapi makan kat restoran biasa2 jer.
Jangan ada yang sentap pula, dah hobi aku dan hubby suka tangkap gambar 😍


♢Ramen Beef with Sauce♢


♢Mee Goreng Ayam♢


♢Roti Sardin♢


♢Mee Kari Satay♢


♢Kelupis dan Kao Cung♢


♢Satay Ayam dan Lembu bersama Nasi Impit♢


♢Kudapan dimakan bersama satay♢




7 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. memang pebret tengok cite tu walaupun terpaksa menahan terliur dek kerana makanan dalam jjcm tu kan

    ReplyDelete
  2. Ok lah tu..ada orang promote di tv, pastu kita pi support bisnes mereka dengan cuba makan.. tentang air liur tu, biasalah..rasanya semua orang macam tu. Che Mid pun tak faham nape orang nak sentap2 bila tengok pic makanan..sharing is caring kan..

    ReplyDelete
  3. Kakak pun suka tengok program JJCM
    Apa lagi tempat yg ditayang yg kita pernah jejak lagi seronok Mia

    ReplyDelete
  4. ehh saya suka entry makan makan! syok kot ;)

    ReplyDelete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  6. Lebih kurang ajelah kita Mia.....nafsu makan sungguh membuak buak hihi....tp yg lainnya awak dengan mak ni, mak boleh jer makan banyak, maklumlah perut jilapah hihi...

    Memang satu kepuasan sungguhkan kalau dpt tgk makanan ni Mia

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post