Resepi Kaki Ayam Sos Tiram mencabar

♡Assalamualaikum♡


Salam isnin semua !!!! uppppsss ingatkan hari isnin sebab lama bercuti terus jadi mamai.
Tak kemana pun cuti 5 hari ni ... duduk rumah jer dengan anak-anak. Apa yang dibuat, tengok tv, masak, makan ... pastu ulang lagi.

Rasanya dalam 5 hari ni cuti, naik 2 kilo agaknya berat badan aku.
Mana tak ... asyik makan pastu melingkar depan tv. Tambah lagi dengan faktor cuaca yang sejuk akibat hujan lebat .. terasa nak makan je. Perut pun asyik berbunyi jak.

Hari tu lunch dengan client kat chinese restoran di Pan Pacific Sutera Harbour tu .. -jangan risau, restoran tu halal ye- .. client tu pun orderlah satu menu kaki ayam ni.
Fulamak ! sedap wei. sekali gigit, berderai tulang temulang kaki ayam tu. lembut dan sedap gitu.

Tanyalah kawan cina sorang ni. camna nak masak kaki ayam tu.
Aku selalu masak sup je pun.
Katanya goreng kaki ayam tu dulu, kemudian saute (tumis) balik dengan sos tiram, kicap manis, cendawan dan bahan-bahan perisa yang lain.

Aku pun apalagi, sebelum balik rumah singgah Giant, beli kaki ayam.
Kononnya nak cuba masak sendiri kat rumah. Aku googlelah juga resepi kaki ayam masak sos tiram ni. Hampir sama juga apa yang diterangkan oleh kawan cina aku tu.

Tetapi ada satu kawan aku tu pesan .. hati-hati bila goreng kaki ayam.
Emm hati-hati napa pulak ye ??

Dna bila cuti hari tu, aku pun menerailah masak kaki ayam ni. Bila start goreng saja ... Pup Pap Pup Pap !!!!! abis merecik minyak. Ooooooo kaki ayam ni bila digoreng meletup2 gitu, lebih kurang cam goreng sotong tu.
Mencabar gila aku kat dapur siap ambik tutup kuali buat perisai diri.
Sambil goreng sambil teraduh! kena juga percikan minyak.

Dah siap goreng ...maka aku tumislah kaki ayam tu dengan sos tiram, kicap manis dan bawang besar dihiris halus. Maka jadilah ia seperti di bawah ni ...



Kaki Ayam Sos Tiram Mencabar


Kata anak-anak aku dan hubby memang sedap cuma tahap kelembutan tu agak kureeeengg sedikit. Tak macam seperti yang aku makan kat restoran hari tu. Licin memang licin tapi aku rasa masih fail bab kelembutan tu. Macam mana eekk nak buat kaki ayam tu lembut jatuh berderai. Ada sapa-sapa tau tips dia ??




10 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. kene rebus dulu kot bagi lembut dulu, sue pun tak tahu masak kaki ayam. biasa buat sup jer :)

    ReplyDelete
  2. Rasa kakak kena rebus dulu baru kembang kaki ayam tu Mia
    Kalau di tempat kakak biasa org masuk dlm sup/soto.

    ReplyDelete
  3. Betul kata kanda Zakie tu Mia, nak lembut kena rebus dulu, barulah makan, hancur di mulut hihi....
    Okje pun suka gak kaki ayam ni.....sebab struktur dia mcm ototkan....tak muak, bila makan....
    Masa kerja dulu selalu gak makan kerabu kaki ayam kat restoren Thai....sedap Mia...

    ReplyDelete
  4. nampak sedap bah tu Mia...laparr plak tengok..hahaha..
    aku tak pandai sngt masak kaki ayam, sllu masak sup @ campur di tomyam jak... haha
    tapi ada juga makcik2 sini masak lembut betul.. mmg siap terlerai... :):)

    ReplyDelete
  5. mesti sedap ni, mak yang berebut dengan anak akhirnya nanti. sedap tau kaki ayam

    ReplyDelete
  6. Mcm menarikk je. Boleh try ni hehe

    ReplyDelete
  7. Klu nak lembut lg, goreng kaki ayam tu... lepas tu rendam dengan air sejuk selama 3-5 jam.... lepas tu baru rebus.... sumpah lembut gila jatuh berderai isi dia..

    ReplyDelete
  8. Kaki ayam tu sy rebus dln rice cooker jea.. Buh air.. Tekan n biar smpi le lembut kaki tu.. Bila nkn mmg bederai satu2 tulang tu...xyah rebus lama ats pi.. Hbh gas. .heheheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post