Skip to main content

Dilema bila cuti sorang-sorang

Assalamualaikum

Dilemalah sangat. Kalau dah cuti tu buatlah cara cuti .. nak berdilemalah sangat. Kuikui

Bukan apa .. aku kan setiap tahun dapat cuti berbayar 21 hari, tambah lagi 7 hari cuti yang di bawa ke depan dan tambah lagi cuti berbayar jika public holiday jatuh pada hari sabtu. Maksimum 4 hari. So semua dah tambah-tambah ... setahun boleh dapat sebulan lebih cuti. Perrgghh 

Memang happy lah bila dah dapat banyak cuti camtu. Tapi yang masalahnya mencari masa untuk bercuti. Selalu cuti tunggu cuti sekolah, anak2 tak ke sekolah, hubby tak mengajar. Tapi tak lah bolot seorang cuti sekolah tu, rakan2 kerja lain pun nak juga cuti waktu tu jadi kena bergilir2 lah. 

Nak abiskan cuti sebulan lebih tu dalam masa setahun bukan senang. Dalam sebulan kena ambil 1 atau 2 hari cuti tahunan. Terms company tempat kerja aku ni hanya 7 hari cuti berbayar yang boleh di bawa ke tahun depan. So bila cuti ko tak abis, kira yang lain tu hangus. 
-tak ke rugi tu- :P
ye lah .. mungkin ada yang kata, kalau tak abis biarkan saja .. jangan berkira. 
Dah itu cuti berbayar, salah satu benefit untuk pekerja, haruslah berkira sikit kihkihkih.

Aku, bila tak ada hari yang orang kata timing ngam2 untuk bercuti, maka bercutilah aku hari ni. 
En hubby kerja ... anak-anak pegi sekolah.
-sangat best cuti aku hari ni- *cakap sambil pegang bahu mata tengo atas

Tapi apa-apa pun Mia, bersyukurlah dengan nikmat yang Tuhan bagi. Diberi cuti untuk berehat pun nak bersungut lagi ..

Ya ... alhamdulillah ... dapat luruskan badan kejap di sofa tengo tv sambil menyantap sarapan pagi (tapau mee goreng je).


Note : mak2 tak pernah cuti tau kalau di rumah .. kejap lagi nak basuh baju, sapu rumah, masak ... 



Comments

  1. hehehe...sebab jarang bercuti sorg sampai tepu fikir nak buat ape!

    ReplyDelete
  2. heheh..
    hampir sama je entry kita,
    baru bersungut 2 hari lepas,
    cuti tak kena timing mmg x best.

    ReplyDelete
  3. Lain pulak dengan akak mia..
    Suka cuti sorang2.. tapi lepak kat rumah lah..
    Masa tulah nak tukar design rumah hahha..
    Banyaklah perabut bertukar tempat..
    Ofis akak pulak kena ambil cuti gilir-gilir..
    Setiap bulan dah ditetapkan cuti seorg brp hari..
    Kalau tak ambil cuti boleh bawa ke bulan depan
    tapi kena habiskan tahun itu..

    ReplyDelete
  4. betul la tue sebab jarang cuti seorang2

    ReplyDelete
  5. itulah kita mak2 ..cuti dr kerja..tp dirumah mana ade cuti..:)

    ReplyDelete
  6. syukur juga MIA kalau dpt cuti2.... boleh rileks kan badan dan minda dirumah atau ke mana2.... kalau aku MIA kompom tidur.. hahaha... klu dpt cuti sama2 dgn anak & hubby lagilah best bah kaaann

    ReplyDelete
  7. Tapi buat kerja di rumah lain gembiranya kan Mia
    Memanglah tak berhenti tapi kalau kita kerja pejabat balik rumah nak buat kerja lagi terkocoh-kacah penatnya lain...

    ReplyDelete
  8. best apa cuti sorang-sorang.luruskan badan depan TV jelah..

    ReplyDelete
  9. terlebih produktif sis ni hihi, klu saya amik je cuti tu sorng2 pun sorang2 lorh ~ leh duk umah membongkang puas2 sesambil layan drama Melayu lol XD

    Jom Terjah: Fesyen dan Gaya Popular Lelaki Masa kini yang Simple lagi Murah! :)

    ReplyDelete
  10. Hihi.....mmg nikmat Mia, kalau kita bekerja, pas tu dpt cuti . Lebih nikmat bila kita duk terbongkang sorang sorang kat rumah. Pergh!!!....indah dan damai gitu haha....

    Eh...tengok mee goreng gitu pun okje udah terliur Mia....hoho...esok nak cari mee gorenglah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa