Aiskrim Goreng

Assalamualaikum

Dah isnin .. jalan raya dah kembali normal aka jammed. Dah seminggu lebih beraya sakan, rata2 ramai yang dah kembali bekerja. Sekolah pun buka semula. 
Nasib baik aku dah start keja minggu lalu, kalau nda memang kena kejutan sedikitlah sebab bercuti lama. Masing2 berebut nak hantar anak ke sekolah, pastu berkejar ke tempat kerja.

Ni aku nak cerita kisah anak-anak aku mengidam aiskrim goreng. Ni pengaruh iklanlah ni. Sejak raya2 ni selalu pula keluar iklan aiskrim goreng chef tu. 
Nampak cam sedap juga. So anak-anak teringinlah nak makan.

So sabtu tu singgah ke Giant beli barang2 dapur, belilah sekotak aiskrim ni. Mahal juga rupanya, sekotak dekat 12 ringgit. Dalam dia ada 6 biji jak. Cukuplah sebiji sorang. Beli perasa vanilla, sebab aku tak suka coklat, anak-anak pula tak gemar durian. Jadi adillah ambil vanilla semua boleh makan :P

Janji dengan anak goreng aiskrim besoknya. Dah terbayang2 rupa bentuk aiskrim cam dalam iklan tu. Panas kat luar, sejuk beku kat dalam.
Actually ni first time beli dan goreng aiskrim ni. So ikut arahan di kotak tu. 
Goreng dalam masa 8 saat. Memang sekejap pun aku goreng dan terus angkat. Panggil anak-anak suruh makan.
Gigit jak, aiskrim yang cair meleleh keluar. Aikkk apasal cair gila. Tak macam dalam iklan pun ke aku yang salah goreng atau iklan tu indah khabar dari rupa. 

Rupa dah ada tapi isi dia langsung tak serupa dengan iklan langsung. :P



8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. tak boleh lambat kak..memang aiskrim tu akan cair.personally, saya tak berapa suka.sebab kena makan cepat-cepat time panas.tak dapat menikmati

    ReplyDelete
  2. Blom pernah beli lagi ais krim ni. X boleh nak komen.

    ReplyDelete
  3. sy xpernah bli..takut indah khabar dari rupa..huhu

    ReplyDelete
  4. MY tak pernah makan pun, hr tu ada beli, anak2 yg nak sangat..tapi betul bila goreng memang tak sama mcm dlm iklan hihihi

    ReplyDelete
  5. tak pernah cuba lg..kalau cair sgt x sedapla kan

    ReplyDelete
  6. sedapnyalah tengok makanan tu. blom pernah try makan ni lagi. bila nak dapat makan tak tau lah. hahah

    ReplyDelete
  7. Lepas beli tu sblm digoreng, ada tak letak dlm frozen kasi keras balik? SB first time mkn ni masa kat penang dulu..rasa mcm biasa2 saja bha

    ReplyDelete
  8. Defrost dulu sebelum goreng ke Mia? Okje pernah beli gak.... tulah harga dia mahal ....kalau anak ramai, mmg tgk dlm TV jerlah gamaknya haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post