Skip to main content

Kundasang 5 Jun 2015 - Gempa Bumi

Assalamualaikum

Baca entri sebelum | kundasang-4-jun-2015-sehari-sebelum |

Sehinggalah awal pagi jumaat 5 Jun 2015, lebih kurang jam 7.15
Shumi dan Shamzi baru selesai mandi. Aku dan hubby duduk2 di balkoni menikmati udara sejuk waktu pagi.
Tenang jak masa tu. Masih terlalu awal untuk keluar berjalan.
Plan kami nak pegi breakfast dahulu di cafe.

Baru sahaja aku bergerak masuk tiba-tiba aku terasa bangunan resort terasa bergoyang. Mulanya perlahan ... dan menjadi lebih kuat. Gegaran sekelip mata semakin kuat. Diikuti dengan bunyi seakan2 dahan patah dan batu2 berjatuhan.
Aku dan hubby serta anak2 terhuyung hayang seketika. 30 saat selepas itu gegaran berhenti.
Aku dan hubby berpandangan seketika. Masing2 blur. Apa yang berlaku?
Hubby tiba2 bersuara dan memanggil aku turun ke bawah.
Aku tarik anak2 dan turun. Aku tengok keadaan sekeliling, tenang tetapi kebanyakkan pengunjung resort terpinga2 seperti kami.

Lebih 10 minit kami berada di bawah. Hubby menyoal salah seorang pekerja yang ketika itu lalu dan tergesa2.
Kata pekerja tu, pertama kali ianya terjadi sangat kuat. Tahulah kami apa yang terjadi.
Gempa Bumi! Dan tak akan menyangka akan berlaku di sini ....

Hubby lantas menyuruh aku berkemas. Risau akan ada berlaku gegaran lagi, mungkin lebih kuat dari tadi. Kami tak menunggu lama, check out pagi tu juga.
Di reception bukan aku sahaja yang ingin cepat keluar dari area Kundasang tu, hampir kesemua pengunjung lain juga seperti aku.
Bangunan cafe dan office resort agak terjejas. Lantai mengalami kerosakan, syiling juga. Pinggan dan gelas habis jatuh dan pecah.

Siap urusan check out, aku dan hubby buat keputusan untuk bersarapan. Anak2 mengadu lapar. Kasihan pula. Tapi aku dan hubby hilang selera makan walaupun lapar. Selepas anak2 makan kami lantas bergerak balik ke KK.

Melalui Facebook dan whatapps dari rakan2, baru aku tahu cerita sebenar. Daerah Ranau mengalami gempa bumi dengan kekuatan 6.0 skala ritcher. Gegaran bukan hanya dirasai di Ranau, malahan hampir seluruh negeri Sabah.

Pengalaman yang tidak mungkin akan aku lupa seumur hidup. Memang trauma dengan kejadian itu tetapi bersyukur kerana tiada apa2 yang buruk berlaku.
Tak menyangka bencana alam yang ini akan berlaku di bumi Malaysia, khususnya di Sabah.
Tetapi itu semua ketentuan dariNya. Semua yang berlaku adalah kehendakNya.

Sama2lah kita berdoa untuk keselamatan semua.




Comments

  1. penah rase sekali je yg mase indonesia gempa tu..itu pun sikit pun dah pening giler..yg mmg kene betul tak tau nak ckp ape kan..

    ReplyDelete
  2. pernah gak rasa waktu kes tsunami dulu... tp pening2 gitu je laa.. berayun je cawan2 yg dingantung..
    tp pengalaman yg awal rasa ni..kira lebih juga..mesti tak sedap hati kan masa tu..risau sgt..

    ReplyDelete
  3. maigodddd. lucky u guys tak apa2. scary kan sekarang. baru2 ni jer gempa bui kat Nepal, pun dah takut, ni jadi pulak kat tanah air sendiri, espeically Sabah... a place in my heart. hope tak jadi lagi.

    ReplyDelete
  4. kite juga pernah merasa begitu ketika di bali

    hanya Tuhan saja tahu betapa goyangnye jiwa ketika itu

    jauh dari keluarga... takot... hanya ingat mati

    ReplyDelete
  5. Katanya sebelum ni, kawasan sekitar Ranau / Gunung Kinabalu mmg dah ada gempa bumi, cuma pada skala kecil la kan..

    Awak tak ambik gambar resort tu selepas gempa?

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah . nasib baik awk n keluarga selamat . tak terbayang sebenarnya dlm keadaan yg tak dijangka dan x pernah dialami ...

    ReplyDelete
  7. Sue pernah rasa 2x, satu semasa belajar di U dan satu lagi di rumah sendiri. Mmmg tak boleh lupa rasa gegaran gempa tu mcm mana. Didoakan semoga keadaan di Sabah semakin baik.

    ReplyDelete
  8. So kiranya awak dapat rasalah gegaran tu Mia...ya Allah takutnya....mau tak trauma....rugi tak bersarapan dulu ek

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

Oriental Treasures, A Mid-Autumn Delicacy

Hilton hotels in Malaysia launched its national mooncake series, Oriental Treasures, with an enticing array of traditional baked varieties of classic and modern flavours - a celebration of culinary craftsmanship, fine quality and exquisite flavours. To top it as a festive centrepiece, this year’s national mooncake box design pays homage to the core of Chinese heritage.  Embellished in imperial red, the premium square box features a noble pair of red-crowned cranes amongst sacred clouds. Characteristically celestial, the golden full moon illuminates the scene, much like the celebrated baked mooncakes during Mid-Autumn festivities. The ornate die-cut window pane, inspired by the moon windows of Oriental architecture, offers a peek to the individual matte-finishing gold and red receptacles housing its respective mooncakes. As reunions and rituals take a different form this year, the mooncakes serve as a reminder to go back to basics. Eugene Oelofse, National Marketing Communications Direc