Kita ke mana? Kita ke mana?

Assalamualaikum

Kita ke mana ? Kita ke mana ? ... nak dekat2 cuti sekolah ni, aku lah yang paling sibuk. Padahal bukan aku yang cuti pun, Baba dan kanak2 riang di rumah tu.
Tetapi memandangkan Uminya ni merupakan perancang utama segala aktiviti cuti sekolah maka sekarang ni tengok sibuk memikirkan apa yang akan dibuat pada cuti sekolah ni. 

Perancang utama gitu. Hehe
Umilah ni memikirkan nak pegi mana, buat apa, stay di mana ... budgetnya berapa ...
Aku kalau tanya Hubby, pegi mana cuti sekolah ni, dia mesti akan jawab .. ikut aku sajalah. Dia ikut jer ...
Last2 malas nak tanya ... aku plan cantik2 kemudian tanya Hubby ok ke tidak. 
Selalunya memang dia setuju pun. 

So nak ke mana ni ??? Dalam otak memang dah pin kemas Kundasang tapi aku pula yang boring sebab bulan 12 hari tu baru je pun pegi sana. 
Nak jalan luar Sabah sikit kena plan awal2 lagi. Budget pun kena extra. Emmm.

Nak balik kampung ... baru je balik cuti cny hari tu. Anak2 memang suka balik ke kampung, aku lagilah suka tapi kesian kat Hubby. Dia memang sekali sekala nak bersendirian dengan Umi dan anak2nya sahaja. 

So setelah memikirkan ... plan nak ke ....
Seminggu cuti mungkin boleh ke Lok Kawi Zoo, atau Green Connection Aquarium atau mungkin boleh pegi ke Muzium (anak2 aku tak pernah lagi ke Muzium). Hehe
Ada terpikir juga nak ke Labuan sebab Damia belum pernah naik feri lagi. Last sekali ke Labuan tahun 2009. Itu pun anak baru 2, Shumi dan Shamzi. Damia baru dalam proses pembikinan kihkihkih.

Ok nak buat proposal dulu ni. Tengok mana Hubby setuju. Takut tak kena dengan budget pula kan.
Tapi kan susah2 kalau tak dapat ke mana2 ... kita duduk rumahlah anak2. Santai2 depan tv, tengok movie sambil makan kuaci. ;) best apa ...



12 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. kebiasaannya memang ibu adalah perancang utama... hew hew hew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perancang utama yg teliti dan menjadi Farah .. hehehe

      Delete
    2. Perancang utama yg teliti dan menjadi Farah .. hehehe

      Delete
  2. tu yang seronok dapat jenjalan,.pi dekat2 je pun takpe.

    ReplyDelete
  3. Sama la kita, merancang percutian, then dengar kata putus dr big boss ^^

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Ya bah stella. Lama suda nda pegi pulau manukan :)

      Delete
  5. kita pun tatau nak ke mana ni.. hihi.. nak gi pantai cuaca panas lak..

    ReplyDelete
  6. Samalah dgn saya...
    Kepala mula ligat buat perancangan tiap kali pegi holiday...

    ReplyDelete
  7. Dulu masa okje kerja rajin jugak plan plan cuti ni Mia ....sebab masa tu ada duit, pak Jilap ikut jer sebab boleh tong tong ....la ni plan cuti mmg pak Jilap yg urus, suka hati depa nak ke mana tidur kat mana.....mak boleh aje hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post