Cari yang itu, terbeli yang ini

Assalamualaikum

Ni cerita hari sabtu tu ... rancangan asal sebenarnya nak cari meja belajar untuk Shumi dan Shamzi. Cari meja panjang sikit sebab boleh guna untuk dua orang sekaligus dan letak PC ditengahnya. Bilik Shumi dan Shamzi tak berapa nak luas so ambik sebijik meja jak. 

Cari punya cari, survey punya survey ... ternampaklah satu kedai perabot yang mengadakan jualan gudang besar-besaran gitu. Memang gila-gilalah sale dia ... bayangkan tilam tebal harga RM12k tu (errkk! mahal gilak tilamnya), selepas didiskaunkan jadi RM2,000 lebih gitu. Tak ke sangat tinggi diskaunnya tu.

Memula tu aku tak nak masuk dalam, suruh hubby tanya kat salesman tu je ada jual ke meja yang kami inginkan tu. Kata salesman tu dorang tak ada jual tapi perabot lain ada. Dengan mulut manis ajak kami masuk tengok2 perabot yang lain dulu. 

Aku kononnya tak nak masuk dengan alasan nak cepat, sebab lepas beli meja kami nak balik ke kampung hantar adik aku yang seminggu di KK ni. Tapi bila aku tengok hubby dah beria-ia sangat, ikut je lah. 

Tapi bila dah masuk ke dalam, ntah kenapa aku pula yang eksaited melilau melihat perabot2 yang rata-rata semuanya ada potongan harga. Mula2 jual mahallah kononnya, padan muka aku kan terbeli benda kat dalam kedai perabot ni. 


Gudang Sale ! Damia jadi model cilik, sepit penuh dirambut atas permintaannya sendiri .. Bukan main Damia terlompat2 atas sofa lembut kat kedai perabot tu. 


Dah banyak barang yang sold out. Masa kami masuk kat kedai perabot ni, bergilir2 customer ambik barang yang mereka beli. Kedai ni cuma buat penghantaran untuk belian seribu ke atas. Yang beli nilainya tak sampai seribu, customer kena angkut sendiri bawa balik rumah. 
Aku terbeli rak buku yang kaler putih tu. Harga asal dekat RM400, harga diskaun pula RM150. Haruslah sambar satu, lagipun memang aku nak cari rak buku cuma keutamaan masa tu adalah meja belajar Shumi dan Shamzi. 
Selain rak buku ni, terbeli juga bantal lembut jenama Venice, sebijik harga RM39 tapi dapat extra 2 lagi. So kiranya RM39 untuk 3 bijik bantal. :D


Encik, ni harga yang patut dibayar ...


Ok, saya tukang sign otograf saja ... bini saya bayar sebab dia baru korek duit tadi :P


'Kertas' yang aku dapat lepas bagi cash kat salesman tu



Rambang mata bila lihat harga gila-gila camtu ... tapi lain kali kalau korang baru jak 'mengorek' duit dari bank, jangan gatal kaki dan tangan masuk ke kedai yang adakan sale ... memang confirm akan terbeli benda yang tak dirancang. 



Note : Hubby taklah pula suruh aku sorang2 bayar barang yang kami terbeli tu .. cuma masa tu aku yang baru ambik duit kat bank ... so kiranya aku bayar dululah, belakang claim .. hehe



8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Pandai salesman tu mainkan peranan...
    Tapi kira murah la kalau almari buku tu cuma RM150...
    Kalau tak beli, nanti terbawa bawa dalam mimpi pula... hihihi

    ReplyDelete
  2. Kalau dah murah tu beli je la. Nanti tido x lena mandi x basah pulak.

    ReplyDelete
  3. Sale mcm tu mmg berbaloi sgt la beli..murah tu. Mmg puas hati dpt rege gitu.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...betul tu kalau dah termasuk kedai yg ada sale murah memang terpengaruhlah jadinyakn..;)

    ReplyDelete
  5. hahaha gila bahaya masuk kedai perabot ada sale ni, lagi bahaya bila baru lepas "korek" duit. memagn kena la dorang tarik uol... eh I pun rmabang maata baca sale nihahahaha.

    ReplyDelete
  6. Dah namanya pompuan pantang ada duit lebih dlm tangan....haha....
    Kalau okje pun sama Mia, duit ada, tengok pulak barang sale gila gila...
    So dah rasmikan ke belum bantal Venice tu... buku dah susun dekat rak?....sure rak sabar nak mengemaskan.....

    Lawak pulak tgk Damia pakai sepit banyak tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post