Skip to main content

Bebas dari gangguan nyamuk dengan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

Assalamualaikum

Bila cuti panjang sikit atau musim cuti sekolah, perkara pertama yang ditunggu oleh anak-anak adalah balik kampung. Perkara yang menyebabkan anak-anak aku tu menjadi sangat teruja, tentulah berjumpa dengan atuk dan nenek serta saudara mara, sepupu sepapat mereka. Tetapi ada satu lagi penyebab yang menarik perhatian mereka ialah apabila dapat bermain di halaman rumah dan juga berkejar-kejaran di kebun kecil atuk mereka yang terletak di belakang rumah tu. 
Maklumlah anak bandar kan, lagi-lagi duduk kat apartment macam kami ni, mana nak merasa bermain di halaman yang luas macam di kampung tu.

Seronok bila dapat melihat anak-anak bermain dengan riang di celah-celah pokok pisang dan tanaman di kebun atuk mereka tu. Tetapi yang menjadi masalahnya adalah gangguan makhluk kecil penghisap darah tu .... Nyamuk, ya memang semestinya nyamuk. 
Korang sedia maklum kan, nyamuk habitat semulajadinya memang di kawasan semak macam kebun di kampung tu. Awal pagi dan petang, Nyamuk Aedes yang menyebabkan Demam Denggi dan Nyamuk Tiruk yang selalunya menyebabkan Demam Malaria akan berleluasa mencari mangsanya.
Habis berbintat merah tangan dan kaki anak-anak aku digigit nyamuk. 

Aku ada juga mencari jalan bagaimana cara mengusir nyamuk tu semua. Yalah kan takkanlah pula tak bagi dorang bermain. Kesianlah pula kan. Aku pernah membeli spray penghalau nyamuk di farmasi tu. Tetapi anak-anak aku tak berapa suka sebab dorang tak selesa dengan cecair yang kena di kulit mereka tu. Melekit kata anak-anak aku.

Tapi bila hari tu blogger Mialiana menganjurkan Giveaway dengan kerjasama Syarikat X Cube Enterprise, aku tak ketinggalan turut serta join giveaway ni. Berminat untuk ikut serta sebab rasanya ini merupakan jalan penyelesaian aku untuk melihat anak-anak bermain bebas daripada gangguan nyamuk. 
Dan alhamdulillah terpilih di antara 34 blogger yang berjaya untuk mencuba Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni.


Sangat teruja bila mendapat dua gelang penghalau nyamuk ni. Bungkusan gelang ni didatangkan dalam bentuk seal lock, maknanya bila korang tak guna gelang ni, boleh dimasukkan kembali dalam bungkusannya. Ini kerana Bugslock ni boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam. Lama kan :D


Material gelang ni sangat selesa bila dipakai, lembut dan yang penting tidak mendatangkan rasa lekit di tangan yang menyebabkan anak-anak aku tidak selesa. Selain di tangan, boleh juga dipakai di pergelangan kaki dan juga kerusi bayi.
Untuk bayi ?? tak perlu risau sebab gelang ni sesuai untuk semua peringkat umur kerana ianya tidak mengandungi bahan-bahan toksik.


Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni berkesan ke ??? Ya .... 100% berkesan. Hari tu berkesempatan balik ke kampung. Dah dapat Bugslock ni, aku terus mencubanya. Tetapi bukan aku yang memakainya, anak-anak aku yang dua orang tu ... Shumi dan Shamzi. 
Awal pagi aku benarkan dorang turun ke halaman rumah tetapi dengan bersyarat mesti pakai Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. Kenapa awal pagi ?? kan nyamuk banyak keluar waktu-waktu begini. Nak tengok bagaimana Shumi dan Shamzi elak kena gigitan nyamuk dengan menggunakan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. 





Memang Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni produk anti-nyamuk yang berkesan. Tak payah korang bersusah-susah mencari produk lain untuk menghalau nyamuk-nyamuk ni semua. Bugslock ni ternyata berkesan, korang tengoklah betapa gembiranya Shumi dan Shamzi bermain tanpa ada rasa gatal akibat gigitan nyamuk tu semua. Aku pun tak risau lagi membenarkan mereka bermain bebas di halaman rumah tanpa gangguan nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit merbahaya tu, 


Snap sekali lagi dengan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ... korang boleh lihat sendiri kan. Tak ada nyamuk yang datang 'menyerang'. Ternyata nyamuk memang tidak suka dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi) yang menjadi kandungan utama dalam gelang ni. 


Secara keseluruhannya, aku memang berpuas hati dengan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. Ianya bukan sahaja produk-anti nyamuk yang berkesan, malahan mudah dipakai dan kita tidak risau dengan bahan kandungannya. :D


Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :- 






Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Comments

  1. tahniah! menang gelang ni :)
    aida tak bertuah hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. bagus la entri nie... ilmu baru dapat hihi tak pnh tau pun ada penghalau nyamuk yang macam ni.. tq sharing :)

    ReplyDelete
  3. wah, bagus pula tu bugslock kan mia..tiada sudah serangan dari nyamuk yang jahat..hehe..

    ReplyDelete
  4. Nyamuk pun takut nak datang Mia apa lagi yg pakai tu berpower ranger bukan main lagi haha...
    Tahniah berjaya mendapatkan gelang penghalau nyamuk anjuran MiaLiana.

    ReplyDelete
  5. gelangnya pun stylo...hihihi..
    elok ni, saya nak cari..nak masuk kawasan air terjun

    ReplyDelete
  6. tahniah..pernah beli bugslock kat mydeal,,,tp bkn original bugslock,,,bugstop namanya, murah tp cam tk berkesan pun..bugslock ni leh tahan gak mahalnya..

    ReplyDelete
  7. best pakai gelang nih,bau serai..
    shad singgah dari segmen sama kak,

    ReplyDelete
  8. Best kan dpt pakaikan gelang Bugslock pada anak-anak?
    Good luck untuk Shumie.
    Jemput juga untuk join GA saya (8-30 Disember 2014)

    http://providenetwork.com/giveaway-mudah-di-providenetwork-com_tonton-video-menang-wang-tunai/

    - Zaleha Awaluddin -

    ReplyDelete
  9. Salam... Terima kasih sudi berikan komitmen untuk review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2014/11/giveaway-bugslock-review-bugslock.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  10. Ramai org dah review pasal gelang ni kan Mia....kalau berkesan bagus jugak tu, boleh bawak gi kebun

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a