Skip to main content

Terjatuh tersembam

Assalamualaikum
Korang pernah terjatuh ?? sedang berjalan dengan ayunya atau macho tiba-tiba kaki ntah camna terpele'ot dan terus jatuh tersungkur....gedebuk cam nangka busuk !!! depan orang ramai....ha'ah jatuh yang camtu.....hehe...mustahil tak pernah kan.....Saya ???? tipulah kalau saya cakap tak pernah.....memang malu tapi memang pernah berlaku.....pastu bukan sekali tapi adalah dalam 2 3 kali gitu....dan tempat yang terjatuh tu pula sama....macam rasa-rasanya saya tak boleh lalu pulak tempat tu...asal lalu jak terjatuh.....memang tak serasi betul..tempat actually depan pintu masuk opis lama saya dulu.....kalau nak dekat jak pintu depan opis tu walau jalan sesopan mana sekali pun berjalan, mesti saya secara tibanya akan jatuh tersungkur...nasib baik masa tu belum ada orang sebab awal pagi....adalah sekali tu ada dua orang sedang duduk2 berbual dekat tempat tu...saya yang secara tiba2 terjatuh depan pintu bangun dengan cepat dan jalan terus ke depan macam takda apa apa yang berlaku.....padahal muka dah berapa inci tebal pun tak tahu......tapi sekarang dah pindah opis baru, alhamdulillah setakat ni belum pernah pulak terjatuh depan pintu opis baru ni...hehe
Pernah juga terpikir napa boleh terjatuh secara tiba2 tu......jadi setelah membuat kajian secara terperinci (ceehhh kajian cam pakar pulak), mungkin sebab2 yang tersenarai di bawah ni menjadi salah satu punca kita tersembam secara tiba2 :-
  1. Orang yang selalu KONTROL AYU serta BUDGET CUTE untuk pompuan dan KONTROL MACHO plus perasan KACAK bagi lelaki semasa berjalan....kerana terlampau sibuk 'mengawal' rupa hingga terlupa kaki pijak di mana dan akibatnya........GEDEBUKKKK !!! tercium lantai dah....
  2. Ni semestinya untuk pompuan sebab mana ada lelaki pakai kasut camni....pakai high heels setinggi langit (ayat melampau bagi menggambarkan ketinggian high heels tu)...bila berjalan sambil mengimbangkan diri yang suda tidak seimbang itu, paham2 ajalah apa akibatnya....
  3. Pompuan lagi.......kain baju ala ala penyapu lantai....terutamanya pakaian untuk majlis2 glemsss tu...kain baju mesti nak macam baju princess, ekor dia mesti 2 3 meter panjang ke belakang...tak pasal2 high heel tersangkut di kain dan bedebuk jatuh atas karpet merah....tapi glemerss punya pasal....tak kisah :p
  4. Terlampau sibuk ber hu ha hu ha (berbual sambil ketawa terbahak2) semasa berjalan...tapi yang herannya lepas terjatuh boleh lagi tu ketawa2....(cover malulah tu)
  5. Sibuk bersms, berwhatsApp, berViber semasa berjalan...mana taknya mata asyik tertumpu kat tepon jak....ni bukan boleh terjatuh tersembam lagi ni, silap2 masuk longkang....bahaya bahaya, jangan amalkan...
  6. Kalau semua atas tu pun bukan penyebabnya.....ko secara tiba2nya terjatuh tersembam, jangan2 ada 'orang' yang sengaja tolak sebab tak suka ko.......jeng jeng jeng
Amaran : Kajian di atas tidak sesuai dijadikan sebagai rujukan ilmiah.... =P

Comments

  1. setakat ni baru sekali... tergelecek sebab lantai tu x even...terseliuh dan bengkak kaki...not this year but last year... hu hu hu... nasib pakai wedges jer pun...

    ReplyDelete
  2. haha pernah rasa tahun lps...main hp sgt jatuh tgga..hahahah

    ReplyDelete
  3. aku mmg terkenal ngan minah tegolek. hehehe

    ReplyDelete
  4. hahaha.. kesian bah! sy pun pernah jatuh/tergolek masa turun dr opis..punya sakit, smpi hubby dtg papah sy naik kereta.. bengkak lepas tu terpaksa pigi rehab. org ckp konon klu klu pernah tergolek tu mmg akan kena lagi lah tu, pastu mmg akan kena di kaki yg sama..hehe:)

    ReplyDelete
  5. @NM02: Klu jatuh lg konpem x perasaan sbb dah biasa...hehehe

    ReplyDelete
  6. pernah..huhhh memang malu betul..

    ReplyDelete
  7. Point no 5 tu pernah terkena kat anak lelaki aritu.Sibuk sgt main game kat fon sambil jln,tau tau dah terduduk dlm longkang.Kesian sgt tgk dia,nasib baik takde apa apa.Sblm ni dh berbuih mulut larang dia main fon sambil jln tp x dihirau.Bila dh kena mcm tuh,barulah serik.Adoii,sedih bila ingat blk,tp dia rilek jer.

    ReplyDelete
  8. @Zee Suhaini: rasa2 cam nak sorok muka dlm beg jak...malu

    ReplyDelete
  9. @Rafhani: nak bagi rasa dulu baru dia faham napa maknya larang kan...tapi sian pulak klu smpi terjatuh dlm longkang..huhu

    ReplyDelete
  10. Pernah juga jatuh terseliuh..tapi tergolek-golex tak pernah lah..

    ReplyDelete
  11. Maknanya ko selalu kontrol ayu yer nok, sebab tu tersembam...hehehe...Aku pon pernah kena. Pastu buat2 mcm org tak nampak sudahlah. Jaln macam biasa. Tapi dlm hati...menyumpah tu. Ntah mcm mana bley jatuh...haishhhh...

    ReplyDelete
  12. x pernah terjatuh, tapi terpeleot (betul ke eja camni. haha) gara2 pakai kasut tinggi tetiba x nampak lubang kecik. sabo je la. tapi wat xtau je, jln mcm biasa je

    ReplyDelete
  13. Hehheheheh.... Yang last tu kan... "orang" mana tu....
    Jengjengjeng... Misteri nusantara betul... =-D

    ReplyDelete
  14. @Jue: melampau2 bah tu klu smpi tergolek2...hehe

    ReplyDelete
  15. JATUH TERSEMBAM X PERNAH TP TERPELECOK ADA..MALU JUGAKLA..HEHE

    ReplyDelete
  16. @Fiza Rahman: nak kontrol ayu pun bukannya ada org kat situ...huhu

    ReplyDelete
  17. @Sue-Rya Qistina: samalah kita...pernah juga terpele'ot...

    ReplyDelete
  18. Kakak telepecok depan org ramai belum lama Mia sampai pergi berurut sebab macam terkehel. Masa tu hantar anak kakak ada kem motivasi. Nak hantar beg baju bagai boleh kaki terpijak kerikil besar (kakak pakai wedges bukan hills) tapi terus terduduk. Ramai yg terjerit 'ya allah!!. malunya allah aje yg tahu.

    ReplyDelete
  19. Cikgu pernah sekali jatuh tersembam. Masa tu skolah rendah.... malu+ sakit + nanges

    ReplyDelete
  20. pernah jatuh takde kaitan dgn semua diatas..nah..kenapa tue???

    ReplyDelete
  21. @Kakzakie: Memang malu kak tapi dah nak jadi, apa boleh buat...huhu

    ReplyDelete
  22. @CeqGu: Kalau masa budak2 tu kira oklah...kalau dah besar panjang jatuh memang malu...

    ReplyDelete
  23. ari tu SA kena..until today masih sakit lagi kaki...sure dah tgok kan...hehehehehhhe......tp accidently la..bukan sbb control cun...

    ReplyDelete
  24. Salam kenal….dan I follow sekali
    U in my bloglist
    Check It Out!!!!
    Hanif Bloglist ( http://hanifidrus.blogspot.com) di bloglist anda.
    Hanif blog bloglist
    Check blog anda berdasarkan bloglist abjad
    Every week saya datang melawat tapi dengan syarat always updated blog..hahahha
    Tujuan--senang saya blogwalking supaya tak hilang kawan blogger..hehehe

    ReplyDelete
  25. Pernah! Shopping d nilai 3...jatuh di khalayak...malu...
    Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete
  26. atau pun cemerkap, clumsy macam saya.

    ReplyDelete
  27. haha..lucu pula post ko ni mia. saya pki sandal flat ja pun selalu terpeleeot tp x la tersembam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang