Skip to main content

Table No 1 at Tanjung Aru

Assalamualaikum

Selamat bekerja kembali, rasanya hari ni semua dah mula bekerja setelah bercuti sempena tahun baru cina minggu lalu....Ok hari ni nak kongsikan satu restoran yang saya pergi hari jumaat lalu....Sebenarnya baru pertama kali makan di restoran ni, itu pun sebab ada kawan yang belanja makan di sana....memang pernah juga lalu di restoran ni, lalu jak, tak singgah pun, sebab kedudukannya hanya bersebelahan dengan pintu masuk Perdana Park di Tanjung Aru tu...

Restoran ni memang cantik....rasanya dulu ianya sebuah rumah tetapi mungkin pemiliknya mengubahsuaikannya menjadi sebuah restoran yang cantik ala ala inggeris gitu....Mula mula ingatkan ianya non halal restoran sebab masa lalu kat sana nampak ramai orang Chinese yang makan tapi sebenarnya selidik punya selidik restoran ni rupa-rupanya dimiliki oleh orang Melayu...Restoran ni menyediakan menu makanan melayu sehinggalah menu ala ala barat gitu....


Susun atur meja makan dia.....kalerful gitu tapi satu yang saya rasa tak berapa sesuai fabrik yang digunakan untuk napkin dan alas pinggan tu, terlalu licin, macam skaf leher pun ada juga.....



Restoran punya deco deco....cantik kan...



Minuman yang saya order masa tu....Vanilla Smoothies....yang ni saya rekomen order....memang sedap...belum sampai makanan dah separuh saya minum....lebih2 lagi my feveret vanilla....



Makanan yang diorder, Roasted Chicken with Rosemary and Garlic Sauce....nak makan ala ala orang putih gitu....rasa dia biasa2 saja....ok jaklah



Yang ni kawan saya yang order..nama menu ni Borneo Village Fried Rice....terkezut tengok presentation dia, ganjil tengok ikan masin terpacak kat nasi goreng tu...huhu



Ni antara jenis kek yang dijual di restoran tu tapi kami tak order hari tu sebab takut tak abis makan...

Secara keseluruhannya, makan kat restoran ni oklah juga. Suasananya selesa, makanannya ok ok, mungkin boleh diperbaiki mutunya lagi....service dia cepat, laju jak pelayan tu melayan kami....harga makanan memang ada mahal sikit tapi ngamlah dengan restorannya yang agak eksklusif tu...tak kan lah pulak restoran gitu harga macam makan kat warung kan...tak logik langsung...ok tu jak...Happy Working !!

Comments

  1. cantik tu gambar makanan o mia..best ada kwn belanja..:)

    ReplyDelete
  2. Vanilla smoothies tu nampak ngancam...mmg pelik jgk nampak ikan masin terpacak kan..hehe

    ReplyDelete
  3. pergh,memang mantap la deko restoran tu.nampak eksklusif gilak..! =D

    ReplyDelete
  4. tanjung aru tu kat mana ek....teringin la nak pi kedai cumil ni...ala2 kedai makan korea gitu....dah la presentation makanan dia superb...mmg patut la harga mahal sikit

    ReplyDelete
  5. Cantik deco restoran tu Mia..ala2 Inggeris..msh susah mo di jumpa di area sini... harga makanan agak mahal biasa lah kan.. skrg ni tambah2 lagi semua brg sdh naik..hehe.
    tapi tgk picture mcm sedap! :)

    ReplyDelete
  6. tgk time perut tgh berkeroncong...hhmmm semuanya nak dibelasah...:)

    ReplyDelete
  7. Terkejut jugak nengok ikan masin tu,hahahaha

    ReplyDelete
  8. deco2 dier mmg cantik ler

    ReplyDelete
  9. Kakak ni Mia jenis tak kisah tempat makan janji halal dan sedap - Kalau deco cantik menarik juga asal jgn rasa tak ikut selera pun tak best juga kan...

    ReplyDelete
  10. gambar memula tu kak..mati2 saya ingat mayat :P

    meje no.1 je?meja no lain xcantik kehape?ngeh3

    ReplyDelete
  11. suka tengok setting tempat tu... dan makanan pun boleh tahan yummylicious... ^_^

    ReplyDelete
  12. @Kay Masingan: Mmg best kalau ada kawan belanja...hehe

    ReplyDelete
  13. @MarliaMarble: eksklusif kan...terasa macam diri kaya seketika makan kat tempat tu..hehe

    ReplyDelete
  14. @normi nieza: Mmg best...lagi2 klu orang belanja...hehe

    ReplyDelete
  15. @Bui Junaidi: Mahal...kalau sendiri pegi, mo pikir 2 3 kali...hehe

    ReplyDelete
  16. @CeqGu:Kalau pernah pegi tanjung aru...tempat ni sebelah pintu masuk Perdana Park...banglo warna putih...

    ReplyDelete
  17. @❤Kamsiah❤: hehe....nampak sedap semuanya kalau perut lapar...

    ReplyDelete
  18. @Ratu Hatiku: Special kan..tapi berserabut hiasannya..hehe

    ReplyDelete
  19. @Kesuma Angsana: Cantik kan...makan pun selesa jak dgn environment camtu..

    ReplyDelete
  20. @Kakzakie:Betul tu kak...klu deco cantik tapi makanan biasa jak...tak ok juga kan..

    ReplyDelete
  21. @afzalsukasuki: ada pulak mayat kalerful camtu...dah nama restoran ni table no 1...so semua meja pun table no 1 lah...no lain2 tiada hehe

    ReplyDelete
  22. @Farah Waheda Wahid: Cantik kan...tapi makanan dia ok2 jak... :D

    ReplyDelete
  23. Lapar balik berut nih. Terliur aku tgk air vanilla tu ☺☺

    ReplyDelete
  24. punya la saya belek nasi goreng ingatkan apa, ikan kering terpacak bak mercu tanda tanya. huhuhu

    ReplyDelete
  25. lama pula nda p sana..macam sedap jak tengok minuman tu..

    ReplyDelete
  26. nda pernah ku pegi ni restoran dear

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang