Peristiwa raya ke 3

Assalamualaikum

Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan....gitu serius bunyinya kan. :) Ni actually kejadian di hari raya ke 3. Aku dan hubby dah merancang untuk pergi ke rumah hubby kawan-kawan hubby di Kota Belud dan Tuaran. 

Alkisahnya, kereta bapa tak boleh nak dihidupkan.....bapa dah suspek mungkin baterinya yang dah kong. Lalu bapa pun mintalah pertolongan daripada hubby yang kebetulan satu-satunya menantu lelaki bapa yang ada di rumah pada hari tu...hehe
 
So dengan gagahnya hubby tolak kereta bapa sambil memakai selipar jepun ketika itu....dan tetiba malang tak berbau........supppppppp (effect paku karat tembus kat kaki hubby).
Tapi hubby tetap teruskan 'perjuangan' tolak kereta bapa. Alhamdulillah kereta bapa dah boleh start. Hubby pulak terjengket2 naik ke rumah. Nasib baik luka hubby tak berapa dalam tapi sisa karat tu memang nampak melekat kat luka tu. So sebab nak ambik langkah berjaga-jaga, hubby ke klinik sebab nak ambik suntikan cegah jangkitan tetanus tu.  Bahaya tau.......
 
Rancangan nak beraya di hari ke 3 tu pun cancel. Tak da rezeki. Melepak lah kami sekeluarga di rumah sambil makan, makan dan makan lagi hehe
 
 

Nak tanya sikit......tulisan doktor memang cam gini ke ??? tersangatlah saintifik sehingga amat sukar difahami ... kihkihkih
 
 
 
 
Note : Kata hubby perkhidmatan kat Klinik 1 Malaysia di Kota Marudu sangat cemerlang. Nurse dan doktor layan pesakit dengan penuh dedikasi dan bersopan santun. Camni lah kita mahu kan....syabas !!!

8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Kesiannya.... itulah Mia kan memang malang tak berbau.
    Nasibbaik tak dlm sangat tapi kalau dah kaki yg luka nak berjalan memang susah..

    ReplyDelete
  2. org kata..org yg berfikiran cepat..menulis dgn cepat..pasal tu jd gitu..
    nasib baik kita tulis blog boleh taip..
    bayangkan baca blog doktor tulis gitu...hihi..

    ReplyDelete
  3. alahai kesiannya...tulisan dr, dr2 je yg tahu baca hehe ^_^

    ReplyDelete
  4. Kesian hubby Mia.. cancel langsung nak beraya ye.. tak apa lah berehat aje dirumah..
    Tulisan tu kena tanya blogger DZ.. dia kan doktor.. tentu faham :)

    ReplyDelete
  5. Demi bapa yang dikasihi....luka sikit jer tu .hehe....

    ReplyDelete
  6. ouch! baca je pun boleh rasa sakitnya..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post