Lutut Terkehel - Mia - Memories of Mine

Latest

Thursday, January 31, 2013

Lutut Terkehel

Assalamualaikum
Korang pernah ke rasa lutut tergelincir daripada 'landasannya'....saya bagi contohlah kononnya masa anda sedang berlari atau berjalan dan tiba2 tersepak meja ke kerusi ke, lutut terkehel dengan sendiri dan anda dapat melihat jelas yang tulang anda sedang beralih arah.....macam tu....napa saya tiba2 buka topik ni, sebab saya mengalami masalah ni.....selalunya orang yang aktif bersukan jak yang mempunyai masalah ni kan tapi saya yang bukan dan tidak aktif bersukan pun hadapi masalah ni.....
 Saya mula hadapi masalah ni sejak 10 tahun yang lalu.....saya sedar lutut saya 'longgar' bila anak buah saya yang tidak sengaja tersepak lutut semasa saya syok2 menonton tv sambil luruskan kaki ke depan.....panik juga sebab tengok tulang betis dari aras lutut di sebelah kaki kanan saya telah beralih ke sebelah kiri...dan kaki saya tidak dapat digerakkan....sakitnya bukan kepalang, tapi tak tahu dari mana datang idea tak berapa nak pandai saya dengan meluruskan balik tulang dengan cara menekan di atas lutut......memang tulang dapat dialihkan ke tempat yang asal tapi rasa berdenyut2 tu memang mantappss.....(sakitlah tu)... Sejak hari tu saya lebih berhati2 sudah, takut orang tersepak lagi...tapi dalam pada berhati2 pun adalah juga kena 2 3 kali.....kadang2 tu dari saya sendiri, pergerakan tidur yang melampau, akibatnya lutut terkehel.....dan sendiri juga yang adjust tulang kaki.....
Sampailah sekarang ni......lutut sebelah kanan memang terasa longgar jak....kalau tunduk atau dalam keadaan rukuk, dengar bunyi tak tak daripada lutut tu.....saya pernah juga tanya adik saya yang keja nurse tu, ada apa2 kesan ke kalau dibiarkan gitu saja.....memang ada kesan bila tua nanti....emmmm memang terpikir juga nak buat rawatan tapi takut pula kena bedah lepas tu terpaksa guna tongkat untuk jalan sebab kata adik makan masa 2 3 bulan nak sembuh.....macam mana nak driving, macam mana nak urus anak2 dan rumah....banyak benda yang saya kena pikir....pikir punya pikir sampailah sekarang ni masih juga belum pegi buat rawatan......
Saya pun memang sedang cari puncanya dan satu saja yang saya ingat ialah kecederaan lutut semasa saya di zaman sekolah rendah dulu.....dulu mana ada air paip, kitaorang mandi sungai jak...dan seperti biasa dah namanya budak mesti best berkejar2an di tepi sungai tu....ntah macam mana sedang best berlari, kaki sebelah kanan terperosok dalam lubang..bayangkan lutut tiba2 terbengkok secara paksa...sakitnya tapi terpaksa tahan sebab takut dimarah oleh bapa.....lepas mandi, balik rumah masih berdiam diri juga padahal sakitnya bukan kepalang, sampailah bapa perasan saya tidak berdiri cuma mengensot saja.....ala ala suster ngensot gitu.....bapa tanya napa? barulah konon bagitahu sambil menangis (dengan harapan tidak dileter).....tapi memang kena bebel juga sambil bapa urut kaki.....lega sedikit tapi setakat itu ja lah rawatan yang saya terima.....agaknya itulah penyebabnya lutut saya senang tergelincir tu.....
Saya ada juga baca2 tentang punca dan rawatan lutut terkehel ni.....ni saya copy paste dari Harian Metro - Segmen Sihat 11/12/2011
 SELAGI tempurung lutut (patella) kekal dalam alur di lutut, anda boleh berjalan, berlari, duduk, berdiri dan bergerak dengan mudah. Namun apabila tempurung lutut mudah tergelincir daripada alurnya, berlakulah masalah dan kesakitan di bahagian depan lutut.
Tempurung lutut menghubungkan otot di depan paha ke betis (tibia). Apabila membengkok atau meluruskan kaki, tempurung lutut ditarik ke atas atau ke bawah. 
Tulang paha (femur) mempunyai takuk berbentuk V (alur femoral) pada satu hujung untuk menampung tempurung lutut ketika bergerak. Dalam lutut normal, tempurung lutut terletak elok dalam alurnya.


Namun jika alur tidak sekata atau terlalu cetek, tempurung lutut boleh tergelincir, mengakibatkan tulang tempurung terkehel separa atau keseluruhannya. 

Tamparan atau hentakan tepat kepada permukaan tempurung lutut, seperti ketika terjatuh, boleh menyebabkan tempurung lutut tergelincir keluar daripada alurnya. 
Gejala tempurung lutut tergelincir atau terkehel adalah seperti berikut: lutut seperti terkunci dan tidak boleh menyokong berat badan anda, tempurung lutut terletak di sisi sendi lutut, lutut menangkap ketika pergerakan, sakit di bahagian depan lutut yang meningkat dengan aktiviti, sakit ketika duduk, lutut kaku, lutut berbunyi atau bunyi retakan ketika pergerakan dan bengkak. 


Dignosis 


Ketika pemeriksaan fizikal, doktor akan meminta anda berjalan atau meluruskan serta membengkokkan lutut. Doktor juga akan berhati-hati memeriksa kawasan sekitar tempurung lutut dan mengambil ukuran bagi menentukan sama ada tulang tempurung terkeluar daripada alur tulang paha atau jika ada otot paha yang lemah atau mengecut. 


Sinar-X akan disyorkan untuk melihat kedudukan tempurung lutut dalam alur tulang paha. Doktor juga akan menentukan jika ada sebab lain kepada kesakitan lutut berkenaan, seperti kecederaan pada tulang rawan atau ligamen lutut. 



Rawatan 


Jika permukaan tempurung lutut terkehel sepenuhnya daripada alur tulang paha, langkah pertama ialah mengembalikan tempurung lutut ke tempat betul. Proses ini dikenali sebagai manipulasi kembali secara tertutup. 


Kadangkala, tempurung lutut yang tergelincir boleh masuk kembali ke kedudukan asalnya secara spontan. Jika tempurung lutut masih terkehel, doktor akan menolaknya secara perlahan kembali di tempatnya. 


Tempurung lutut terkehel sering merosakkan tulang rawan pada tempat sama dan alur tulang paha yang akan menyebabkan bertambah sakit pada lutut dan arthritis. 


Jika tempurung lutut hanya terkehel sebahagian, doktor mungkin mencadangkan rawatan tanpa pembedahan, seperti latihan dan penyokong lutut. 


Latihan membantu menguatkan otot di paha supaya tempurung lutut kembali bergerak dalam alur paha dengan sejajar. Berbasikal sering disyorkan sebagai sebahagian daripada terapi fizikal. Pendakap lutut juga boleh digunakan. 
Matlamat rawatan adalah membolehkan anda kembali kepada aktiviti harian seperti biasa dalam masa satu hingga tiga bulan. 


Dalam keadaan kronik, lutut menjadi tidak stabil, namun selalunya ia boleh dibetulkan dengan pembedahan. Sebagai contoh, pembedahan boleh dilakukan untuk menyelaraskan semula dan mengetatkan tendon bagi mengekalkan tempurung lutut di landasan betul, atau untuk melepaskan tisu yang menarik permukaan tempurung lutut keluar daripada alur tulang paha. 


Kesimpulannya, tempurung lutut yang mudah tergelincir atau terkehel boleh menyebabkan kesakitan hingga aktiviti harian menjadi terhad. Rawatan diberi bergantung dengan darjah ketidakstabilan tempurung lutut. 


Matlamat setiap rawatan, sama ada secara tanpa pembedahan atau dengan pembedahan, adalah untuk menstabilkan pergerakan tempurung lutut di dalam alur tulang paha.




Note : Panjang pula N3 kali ni.....harap jangan bosan membacanya :P 

20 comments:

  1. bahayanya kan. ye la, kita xtau otot2 dalaman kita camne. tu yg kdg2 otot terlari kita x perasan. tapi kalau lutut tu mungkin bole perasan. nice entry actually, bole dijadikan panduan :)

    * blog mia dah berwajah baru la. cantik je

    ReplyDelete
  2. Kalau tak tahu details kelihatan macam biasa-biasa kan Mia. Tak sangka sebenarnya serious juga kalau dibiarkan. Habis Mia bila nak buat tu. Biasa kalau tak sakit/kena kita memang buat tak tahu bila dah sakit baru nak buat itu pun bertangguh kan... sebab banyak commitment yg lain kan..

    ReplyDelete
  3. mia, kwn sy pun ada sakit lutut jg. asal turun tgga mmg sakit. sampai dia p jumpa doc. doc suruh buat fisioterapi. tp sejak dia mkn PMC kan trus nda sdh sakit lutut dia. maybe, ko buli try PMC. manatau ngam..

    ReplyDelete
  4. Mia,jumpalah doktor sekali.Tgk dulu apa dia cakap.Mana tahu ada option lain selain dari bedah kan..

    ReplyDelete
  5. sedangkan kaki ni x elok lagi terseliuh...inikan nak rasa terkehel mcm tu..x mo......jgn la kena..x dapat bayangkan sakit cane..

    ReplyDelete
  6. Aduii..mesti sakit kan Mia..
    sy plak pernah terseliuh kaki jg..mo 1 minggu juga jln tak betul..
    sy pegi Rehab urut dan di bagi stoking utk sokong kaki..

    ReplyDelete
  7. aduiiiii ...terus lutut ni pun ikut rasa sakit

    ReplyDelete
  8. Aduh!! Mesti sakitkan...dpt sia bygkan kesakitan itu...

    ReplyDelete
  9. TERASA NGILU BILA MEMBAYANGKAN..APAKATA TRY URUTAN TRADISIONAL..KOT2 BOLEH BAIK

    ReplyDelete
  10. bahaya ni..kena cepa ambik rawatan

    ReplyDelete
  11. memg ngeri...sy dpt rase kesaiktan tuh sebab sy mengalami sakit yg same tp lutut sebelah kiri...lutut tuh lari ke tepi...memg sakit..kalo terkena,cepat2 tekup lutut dan kwsn yg sewaktun dgnnya dgn ais...lepas tuh amalkan pil herba teras dr Dimaz...memg khas utk tulang2 nih

    ReplyDelete
  12. Thanks for share.. Saya pun ada masalah sakit lutut..itu sebab tercari2 entry berkenaan sakit lutut...terjumpa pulak blog akak ni..thanks ya!

    ReplyDelete
  13. sama mcm sy..terjadi semasa terjth dr ats bukit smpai ke bwh..tempurung lutut teralih & now sy dh xblh bersukan..buat aktiviti berat..

    ReplyDelete
  14. Huhu memang sakit sangat. Tengah mengidap kesakitan tu. Tapi memang kaki jadi bengkak ke

    ReplyDelete
  15. Huhu memang sakit sangat. Tengah mengidap kesakitan tu. Tapi memang kaki jadi bengkak ke

    ReplyDelete
  16. sama lah saya pun.. tgh syok jalan2 kat zoo melaka tetiba masa kaki kiri nak jejak tanah tu ade bunyi pop.. lutut dh lari ke tepi.. mcm pralyze masa tu.. jatuh gedebuk ke bawah.. then dh jatuh buka mata betulkan balik lutut.. kaki dh tak leh jalan hubby kena pimpin.. jari berdarah.. lengan sengal2.. balik tu dpt naik buggy kecemasan free dr zoo melaka.. sakit x leh nak cerita.. huhu

    ReplyDelete
  17. sama lah saya pun.. tgh syok jalan2 kat zoo melaka tetiba masa kaki kiri nak jejak tanah tu ade bunyi pop.. lutut dh lari ke tepi.. mcm pralyze masa tu.. jatuh gedebuk ke bawah.. then dh jatuh buka mata betulkan balik lutut.. kaki dh tak leh jalan hubby kena pimpin.. jari berdarah.. lengan sengal2.. balik tu dpt naik buggy kecemasan free dr zoo melaka.. sakit x leh nak cerita.. huhu

    ReplyDelete
  18. hye... sy pon mengalami masalah sama.. mase 1st tu igt teseliuh biase je.. pegi jumpe doktor last2 dye ckp dye x nampak ape2 masalah pon kt xray.. tp kite stil lg sakit.. then dye ckp kene jolok dengan kamera kt dlm tu sbb dye nk tgk kt mane masalah nye.. n tu la last sy jumpe doktor tu tanpa discaj.. haha n skg jarang2 penyakit ney akn dtg n bile dtg xd bahasa dapat di ungkapkan.. hanya linangan air mata.. tambah2 time dye mencucuk2 tu... sekian.. tergerak hati nk sharing jgk sbb tgh mengalami sekarang ni.. tq :)

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!