Skip to main content

Kerja itu yang engkau pilih so berhenti merungut !

Assalamualaikum

Dulu masa budak2 bukan main kita bercita2 nak jadi itulah, nak jadi inilah
Ada yang katanya nak jadi cikgu, ada katanya nak jadi doktor, nak jadi askar, nak jadi itu, nak jadi ini.
Bila dah dewasa, alhamdulillah ada yang berjaya juga mencapai cita2.

Memula masa dapat kerja, bukan main seronok lagi. Bangga, satu kampung dicanang, nak2 lagi kalau dapat kerja yang bergaji besar. Bulan pertama, bulan kedua, ketiga, keempat .... bukan main semangat.
TAPI masuk bulan yang keenam, ketujuh, kelapan, semangat dah mula kendur. Mulalah keluar ayat-ayat berunsur rungutan. Penat, banyak kerja, tak cukup tangan, bla bla bla.....

Aku bukannya apa....
Aku tak kata yang aku ni tersangatlah perfect sampai tak keluar perkataan merungut.
Kadang2 tu ada juga mengeluh, tetapi mengeluh bukan sebab apa, bila terlalu stress disebabkan kerja yang menimbun. Bukan sebab aku tak suka dengan kerja aku. Aku suka.
Dulu memula tu aku bukan main nak jadi cikgu sebab kawan2 aku semuanya apply kerja cikgu, tapi ntah bila dapat panggilan temuduga, aku macam tak ada semangat pula sebab aku tak berapa nak minat.
Aku lebih suka kerja duduk kat depan komputer dan menaip. Aku suka sangat kerja macam tu. Walaupun sesetengah orang kata, kerja tu tak mencabar tapi aku suka. Aku suka ketuk2 keyboard, bagilah aku kerja menaip, aku memang suka. (^_^)
Dan Kerja aku sekarang memang bertepatan dengan minat aku plus blogging hehe

Post ni terkeluar sebab aku kenal dengan satu orang ni yang tiap kali aku jumpa mesti akan merungut.
Merungut pasal kerjanya, penatlah, hasilnya tak seberapalah, itulah, inilah......banyaklah yang dirungutkannya. Aku tak kisahlah kalau dia merungut pasal kerjanya....tapi dia akan comparekan pula dengan kerja aku dan rakan-rakan di office. Bukan macam kamu orang, duduk di opis saja, beraircon, nda payah sibuk2 diluar, nda payah jumpa2 client, senang2 sini opis...bla bla bla....
Banyak lagi yang dibebelkannya, sampai nak bernanah telinga aku mendengarnya.

Aku tak paham dengan orang yang macam ni. Dia merungut2 penat lepas tu bebelkan kerja orang lain. Bukannya ada orang yang paksa dia pun buat kerja tu. Tak ada siapa pun yang paksa dia pilih kerja tu. Dia sendiri yang nak kerja bidang tu tapi dia merungut pulak. ishhhh kami duduk di opis sebab kerja ni yang kami pilih sendiri, kalau dia nak kerja cam kami, kenapa tak apply jak job macam kami.....huhu

Aku tak dapat nak lawan balik cakap dia sebab polisi company. Tak pasal2 aku kena buang kerja pula bergaduh dengan si polan ni. Tapi kalau dah tiap kali dia datang opis, rungutkan benda yang sama, memang tak boleh tahan. Tapi itulah susah nak nasihatkan orang yang bersikap camtu. Hanya yang mampu buat sabar sabar dan sabar......

So pengajarannya, jangan sampai jadi cam si polan ni.....dah itu kerja yang ko pilih, berhenti merungut.
Tak ada orang yang paksa ko kerja camtu kan.




Note : Masih terngiang2 bebelan si polan tu. Kalau 2 3 jam dengar rungutan dia, mau muntah darah aku di situ....stresss. Bukan stress pasal kerja, stress dengan rungutan dia!



Comments

  1. ha3 last2 ngomelan dia akan buat org lain yg stress... aigoooo....

    redha... kena belajar redha kata pada dia ;)

    ReplyDelete
  2. Kalau rasa muak baik cari jalan lain Mia dari mendengar bebelan dia..

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Kita sendiri yg pilih kerja tu. Buat apa nak bebel.

    Akk pun sesekali terkeluar jugak rungutan rungutan tu. Manusia ni serba x kena. Ada keje salah. X de keje pun salah. Tak sabarnya nak pencen ni. Penat travel

    ReplyDelete
  4. betul tuh mia...kenalah ikhlas dlm bekerja kita kan yg mencarinya dl..kalau tak bekerja kan tensi pulak..tergila2 lak nakkan kerja...mcm2 kerenah manusia nie..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum mia...redha kan jer la...:)

    ReplyDelete
  6. Timm pun pntang jugk klau org yg suka compare mcm tu..every keja ada msalh n prob n kelebihn msing²..xpa
    .psni sumbat kpas je dlm telinga..hu³..

    ReplyDelete
  7. Apa lah orang jenis macam tu.. first at all kene bersyukur dan berdoa moga rezeki kita tu berkat dari Allah.. jangan sampai tak ada keberkatan.. huhuuu..

    Salam kenal :D - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/royal-belum-part-2-pulau-banding-di.html

    ReplyDelete
  8. Hahahha..sian mia.Takpe..biarkan ajer dia merungut,yg penting keje kita settle..

    ReplyDelete
  9. kalau mcm tu baik x payah kerja lah kalau semua mau d keluh...x berkat rezeki klu mengeluh..

    ReplyDelete
  10. Biasalah.....mana ada kerja yg tak penatkan Mia....
    Kalau rasa penat berhenti sajalah wahai si Polan hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang