Assalamualaikum
Terbaca ni di majalah Mingguan Wanita.....walaupun anak aku yang kecik tu dah pun berumur 2 tahun lebih tapi apa salahnya kongsikan maklumat yang berguna ini untuk bakal-bakal ibu di luar sana.
Bayi, semua orang pun memang tahu kan, sangat sangat sangat sensitif. Sensitif dengan persekitaran, sensitif dengan apa yang mereka pakai dan sensitif dengan apa yang mereka makan. Apa yang kita makan tidak semestinya sesuai dengan bayi kita kan. Semasa mengandung dan awal kelahiran pun kita dah diberitahu oleh doktor dan jururawat tentang cara pemakanan bayi yang betul.
Antara makanan yang tidak sesuai diberikan kepada bayi :-
- Garam - Buah pinggang bayi belum cukup matang untuk memproses garam pada usia ini.
- Gula - Menyumbangkan tenaga tetapi tidak mempunyai nutrisi yang baik.
- Madu - tidak digalakkan diberikan kepada bayi kerana takut kemungkinan wujudnya bakteria yang boleh membahayakan kesihatan bayi.
- Jus Buah Pekat - boleh diberikan tetapi nisbah 1 bahagian jus : 10 bahagian air.
- Putih Telur - berkemungkinan menimbulkan reaksi alergik kepada bayi.
- Susu Lembu - boleh diberikan bila bayi berusia 12 bulan ke atas. Susu lembu dikatakan tidak mempunyai vitamin dan mineral penting yang cukup untuk pertumbuhan bayi.
- Susu Rendah Lemak (susu dietlah ni) - susu jenis ini tidak akan memberi tenaga yang cukup untuk pertumbuhan bayi.
Tapi kan jujurnya aku pernah bagi anak-anak aku makan madu semasa mereka bayi dahulu. Actually bukan makan tapi just letak sedikit madu kat atas lidah dorang. Ni sebenarnya petua orang tua nak hilangkan kerak susu yang melekat kat atas lidah bayi tu.
Dan susu lembu tu......emmm aku termasuk dalam golongon ibu yang tidak berkemampuan untuk berikan susu sepenuhnya kat anak-anak. Tiga2 anak aku semuanya sama, hanya dapat merasa susu ibu dalam 2 hingga 3 bulan sahaja. Lepas tu susu 'kering' sendiri. :(
Siapa kata aku tak cemburu bila melihat ibu-ibu yang lain dapat susukan anak mereka cukup 2 tahun. dah banyak usaha dibuat tapi rezeki nak bagi susu sendiri kat anak-anak sampai tahap tu jak.
Susu lembu sebagai pengganti.....nak buat macam mana.
Note : Kadang2 aku kecik hati juga bila dikatakan sengaja tak nak susukan anak. huhu orang tak akan faham selagi mereka tak mengalaminya sendiri.
great info
ReplyDeleteTq :D
DeleteThanks :)
ReplyDeleteha ha ha, Mia aku faham part ko kecik hati sebab tak nak susukan anak tu... orang tak faham babe, tu yang sesedap tekak jer cakap...kita tak susukan adalah sebab kann??? jangan risau anak aku pun susu formula jugak... tapi elok jer so far...Alhamdulillah, development pun ok jer...pantas dan tangkas giteww....
ReplyDeleteKecik hati tawww Farah..lg2 masa kat hospital, nurse marah2 aku sengaja x bg. Nak bg apa klu langsung tak ada keluar..huhu
Deletenice sharing dear..
ReplyDeletexpe mia. ttg penyusuan susu ibu tu nnt, boleh belajar dgn saya.
insyaAllah saya akan bantu. dulu pun saya agak jahil masa anak sulung.
nnt saya ajar k :)
Ok...nanti kalau ada 'adik' Damia, MK berguru dengan Sue....hehe
DeleteSama la madu pun I bagi jer kat JJ masa dia baby dulu, kuantiti sikit la sebab pengusaha madu tu sendiri cakap boleh, and dia bagi satu sudu kecik comel sangat hehehe. Susu lembu... pun I give to her once in a while even she was still breastfeeding, tu la kan tak semua orang dapat bf anak2.
ReplyDeleteKan...petua org tua....bukan bg makan just calit sikit kat lidah... :)
Deletetapi skrang..kanak2 Dah makan benda ne..banyak Dah cik nampak depan mata cik sendiri...
ReplyDeletetu yang nak kena kawal dari awal lagi..... :D
Deletenak tegur kak,tapi takut d kata memandai2 pula..yalah cik ne xda baby lagi...
DeleteBab penyusuan susu ibu tu ...kita sama...sama ja masaalah kita...
ReplyDeleteBukan sengaja...malah bunda sendiri suri rumah sepenuh masa...
Betul Bunda......bukan disengajakan tapi sesetengah orang tak faham...
DeletePerkongsian yang berguna. Saya pun ada bagi madu sedikt untuk anak bila anak batuk-batuk.
ReplyDeleteTerima kasih.....Madu sebenarnya baik tapi tu lah kena bagi ikut tahap umur lah kan. :)
Deletenice info… sama la, saya pun ada beri juga madu kat baby, tapi dlm kuatiti yg sgt sikit… dalam hujung sudu jer…
ReplyDeleteBab susu ibu tu, atas rezeki masing2 juga… anak first dan second mmg saya campur dgn susu formula, cuma anak ketiga jer yg fully BF… salah satu sebab Danish mcm alergik susu lembu, jadi ikhtiar juga bagi susu ada… Tapi mmg saya pun tak setuju dgn sesetengah pihak yg terlalu taksub dgn susu ibu ni.. Siapa yg tak nak menyusukan anak dgn susu free ni kan jika berkemampuan?
Betul tu.....semua ibu pun memang nak susukan anak dengan susu sendiri tapi kalau langsung dah tak boleh walaupun dah banyak ikhtiar, nak buat cam na.....huhu
DeleteTq utk info ini sis... saya faham perasaan sis tu, sbb saya pun atr ibu yg tak mampu susukan anak dgn susu ibu... paling lama, 2nd boy tu dpt 8 bln je... tapi utkyg bongsu ni saya berazam nak cuba bf kan dia hga usia 2 tahun... usaha minum ESP as recommended by fren, so far membantu juga penghasilan susu... boleh lah buat stok dalam 2-3 hari sekali... alhamdulillah... hu hu..
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!