Sambal Cicah

Assalamualaikum

Kalau makan ulam ke, ikan goreng ke apa, tak sah kalau tak cicah2 sambal.....sambal belacan, sambal asam jawa, cili padi dengan limau kasturi....kalau tak pun garam dengan cili padi pun jadilah untuk dijadikan sambal cicah pembuka selera........emmmmmm kecur air liur sambil lap2 air liur hehe

Kenapa tiba cerita pasal sambal sebab aku nak kongsikan resepi sambal yang selalu mak aku buat bila nak makan nasi dengan lauk pauk segala.....mungkin ada yang tau suda tapi aku nak juga kongsi sebab dua sambal ni memang feveret aku dari kecil lagi....

Sambal Cili Bawang Putih

Bahan-Bahan :-
Cili Padi ( ikut tahap kepedasan yang anda mahu )
Gula secukup rasa ( sebab nak cover sikit rasa pedas )
Kicap manis ( yang tak berapa manis tu sebab dah bubuh gula kan )
Bawang Putih ( 2 hingga ke 3 ulas )

Cara buat :-
Tumbuk cili padi dan bawang putih dalam lesung batu hingga lumat, kemudian masukkan gula, tumbuk lagi....kalau rasa2 semua dah penyek dan lumat baru campurkan kicap manis tadi....

Sesuai dimakan dengan :-
Aku suggest korang makan dengan ikan goreng yang digoreng rangup atau pun ayam goreng.....pergghhh mantap !!


Sambal Korek

Bahan-Bahan :-
Cili Padi ( ikut tahap kepedasan yang anda mahu )
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
Bawang Putih ( 2 hingga ke 3 ulas )

Cara buat :-
Tumbuk cili padi dan bawang putih dalam lesung batu hingga lumat.....kemudian campurkan dengan sedikit garam dan minyak masak.....siap.....Jangan ditanya kenapa nama dia Sambal Korek....mak aku yang bagitahu nama sambal tu memang macam tu....

Sesuai dimakan dengan :-
Sambal ni amat sesuai dimakan dengan pucuk ubi masak lemak......meleleh air liurku...hehe
Kalau tiada pucuk ubi pun, segala sayur-sayuran yang dimasak lemak pun sesuaiii....


Mood : lapar nak makan nasi dengan sambal-sambalan tu

35 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. nda pernah cuba sambal gini selain sambal belacan ....mmcm sedap jgk kan..ini style sabah yer mia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nda pasti pulak mmg resepi sabah tp kami dah tau sambal ni dr kecil lg...
      cubalah konpem bertambah nasi klu makan...

      Delete
  2. Replies
    1. Alala tak da pict utk sambal ni sebab blum sempat snap dah abisss...haha
      cuba buat sure nampak sambal yg real punya...

      Delete
  3. sambal korek? seksinya nama.... hehehe

    ReplyDelete
  4. AJ dapat sambal belacan, tak pandang lain dah......
    Nasi putih, ulam dengan sambal belacan je pun bertambah 2-3 pinggan nasi kka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal belacan x bole tinggal klu ada ulam ulaman...perrgghh

      Delete
  5. Adoi..sedapnya Mia...melelh air liur memikir sambal cecah ni..haha..
    makan cecah ikan goreng pun best ni kan?...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best atiey mkn dengan ikan goreng terutamanya yg rangup2 mcm ikan basung tu..hehe

      Delete
  6. Kalau kakak sambal yg no. 1 tu panggil sambal kicap Mia. Di Johor sambal macam ini pun kami guna utk cecah dgn pisang goreng, keledek goreng, ubi goreng dsb hiiiii.... terliur kakak dibuatnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya cuba makan dengan pisang goreng pula.....emmm mesti sedap

      Delete
  7. Huhu...mesti sedap kan..Sa pun suka makan Sambal...sedap giler...:-)

    ReplyDelete
  8. yang saya suka adalah sambal belacan...he he he...

    *wah, semuanya nak ek? occay2 nanti ada masa dan kelapangan kita pegi sama2... *_^ wink

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal belacan mmg the best...

      haha tamak kan tapi semua pun best camna tu.... :P

      Delete
  9. Okje panggil sambal atas tu sambal kicap...
    haha sambl korek tu kira adik beradik dgn sambal kicap jugakkan Mia... tp mmg suka sambal kicap tu cicah ikan bakar selain sambal asam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kuranglah cuma dia tak guna gula dan kicap.....hehe

      Delete
  10. sambaru je nk tanya nape lak namanye sambal korek.. hehe dah ada jawapan kt last tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama ganjil mesti org akan tanya...hehe sbb tu awal2 bg jawapan..... :p

      Delete
  11. Replies
    1. Lepas ni ko boleh try...simple saja dan sedap...hehe

      Delete
  12. apa ni apa ni.. menjejes jejes air liur I tau. U know kan bila sebut "pedas" jer, rahang tetiba rasa sakit sebab air liur merembes dengan laju nya. hahahaa
    baru nak tnaya kenapa nama dia sambal korek, btw thanks for all the recipes, mudah dan confim sedap ni, boleh try. Sambal kicap tu ker yg makan degna chicken wing? Lama dah I cari resepi sambal kicap tu. huhuhu meleleh masih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada niat nak buat air liur ko merembes dengan laju, yang tukang taip ni pun air liur cam nak meleleh jugak....hehe
      A'a sambal kicap ni best makan dengan chicken wing goreng, sedap hingga menjilat jari.....
      Ok sekarang boleh lap air liur ko...haha

      Delete
  13. Terbayang2 sambalnya. Tak der gambar ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa tak sempat nak snap gambar....
      Mana nak ingat ambik gambar kalau dah sibuk makan....

      Delete
  14. tak pernah jumpa lagi sambal mcm tu,campur minyak masak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang beza kak, tapi sedap kalau makan dengan sayur masak lemak...minyak masak tu bubuh sikit jak...

      Delete
  15. Terliur sudah...

    Klik iklan colgate!

    ReplyDelete
  16. Kat hsptl ni mn nak cari sambal cicah ngan sambal korek ni mia. Sambal ubat ada la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post