Skip to main content

Satu Malaysia....

Assalamualaikum

* Amaran : ini bukan n3 politik ye....

Kalau isi borang ke apa, ruangan bangsa aku mesti tick 'lain-lain' sebab bangsa yang tertera dalam surat beranak adalah Bajau....itu yang ada dalam surat beranak aku...bangsa mesti ikut bapa kan....mak aku pula berketurunan Jawa...arwah atuk memang pure Javanese asal dari kota Jogjakarta tapi suda lama menetap di bumi Sabah sebelum merdeka lagi.....namun begitu pelat jawanya masih kuat....teringat masa arwah masih hidup, selalu kok berbicara sama cucu cucunya, yaaa kamu kok nggak bisa begitu, nggak bisa ginian....makanya haruss ikutin cakapan orang tua....pesan arwah atuk untuk cucu-cucunya....(^_^)

Nenek sebelah mak pulak berketurunan Sungai....Orang-orang Sungai ni ada yang beragama Islam dan ada juga beragama Kristian...Orang Sungai muslim selalunya menetap di daerah Pitas manakala yang lain kebanyakkannya menetap di daerah Kinabatangan. So mak merupakan 'hasil' gabungan Jawa dan Sungai...hehe

Berbalik kepada bapa.....ikut cerita sebenarnya arwah atuk aku meninggal semasa bapa baru berumur 3 tahun....dan dia sebenarnya berbangsa Dusun. Tetapi nenek aku kahwin lagi dengan seorang yang berbangsa Bajau dan dialah yang memelihara bapa dan adik beradik yang lain sejak kecil lagi....bapa betul2 bernasib baik kerna mendapat seorang bapa tiri yang bertanggungjawab dan baik hati...mungkin sebab tu lah bapa simpan bangsanya Bajau dalam surat beranaknya....Nenek pula berketurunan Iranun...suku kaum Iranun ni kebanyakkannya menetap di daerah Kota Belud. So Bajau (Dusun) + Iranun = bapa....

Dan aku mcm mana ? hasil gabungan antara Bajau (Dusun) + Iranun + Jawa + Sungai.......wahhh mix lah sangat......hehe
Tapi apa apa pun aku sebenarnya bangga lahir daripada kepelbagaian kaum....setiap satunya mempunyai keunikkannya tersendiri....betul2 satu Malaysia kan....jarang sebenarnya kita boleh lihat penduduk yang berlainan bangsa boleh duduk dalam satu bumbung aman damai macam di negara kita ni kan...love my country !



Pengajaran : Hargai dan pelihara keamanan negara kita.... (cam skema bunyinya tapi betul kan?)

Comments

  1. salam mia...bila dengar mix pelbagai kaum nie..intai2 sket tgk muka mia..hehe..tak dpt nak dibezakan..mcm orng melayu jgklah akhirnya kelihatan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu dah terlampau mix terus terkeluar rupa wanita melayu terakhir macam ni....hehe

      Delete
  2. Ya 1 Malaysia.:) patut kamu p lawat2 jojakarta tu mia. p cari suku sakat kamu sana. Mana tau masih ada yg masih hidup. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nda suda tau tu cath...berkurun lamanya suda....hehe

      Delete
  3. Kat sana banyak etnik kan kak...
    Unik sangat......
    Akak tetap nampak Melayunya tu...
    Kulit je mix... Cerah... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini memang byk suku kaum AJ sampai bahasa pun dah tercampur aduk..hehe

      Delete
  4. banyak etnik , banyak lah penghalaman nyeee
    seronok ape ;)

    ReplyDelete
  5. bestlah mcm tu... :)
    mcm2 budaya dpt tau... apapun kita kan 1 Malaysia.. 1 agama, 1 bangsa... :)

    ReplyDelete
  6. kak zu kena baca pelan pelan..klu tak mmg kompius...

    dah bercampur macam macam bangsa patutlah cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun kak terkonpius juga bila baca yg aku tulis ni...hehe

      Delete
  7. OOo..bnyk nya mix, patut ler cntik! Kena bangga walaupun mixtu negara asia jer kan? Tak payahlah nk tunggu mix omputih ke arab baru kira nk bangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk mix tapi tak lah secantik mana...malu pula.....

      Delete
  8. wah...campur sudah bangsa kan Mia..
    ndakpa yg penting hidup dgn harmoni.. best kan..dapat juga belajar semua bahasa..makanan pun pelbagai...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah atiey...yg best tu makanan..dpt rasa kepelbagaian....hehe

      Delete
  9. Wahhh... hebatlah Mia. Salute kakak sebab keturunan banyak bangsa. Genetik mesti pandai jadinya sebab mixed-blood. Cuma kakak nak tahu boleh berbahasa semuanya itu tak. Rugi kan kalau tak pandai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe taklah hebat kak.....
      yang bahasa tu memang faham tp kalau nak tuturkan memang merayap...tu yg rasa rugi sikit tu...huhu

      Delete
  10. Hamboii banyak gtu mix yer... ^_~

    ReplyDelete
  11. wah !! banyaknyer mix yer? kalu azie lak ayah(banjar) + ibu (melayu). Hubby lak pure jawa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sabah mmg gitu...takde yg pure satu kaum, selalunya dah campur..hehe

      Delete
  12. wah memang dahsyat...mix dengan pelbagai kaum .Untunglah dapat belajar banyak bahasa . Kalau nak cakap rahsia senang! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a byk sangat bahasa sampai ckp pun dah jadi rojak sebab dah bercampur aduk...hehe

      Delete
  13. Thats the beauty of Sabah amnya and Malaysia khasnya. I pun selalu bercerita tentang keunikan kaum2 kat Malaysia to people here, very very proud of it. And lucky u darah campur campur bah, dapat rasa all the cultures and traditions.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...itu yang uniknya negara kita...kat tempat lain takda kan...(^_^)

      Delete
  14. mix gitewww... he he he...

    saya campur2 banyak sangat dah... minang (originated from padang) + chinese + philippines + indian...ha cam ner tu? ekekekee.... tapi tu semua ancestors ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow....terus fening dan konpius sekejap..hehe

      Delete
  15. Wah! Banyak nyer mix tu....hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang