Skip to main content

Baru tahu penat

Assalamualaikum

Kalau dulu selalu dengar mak kita terjerit suruh balik rumah bila dah masuk senja dah
Kita sibuk bermain dengan kawan2, mak sibuk di dapur mo prepare makan malam.....
lepas siapkan makan malam, lipat segala kain baju yang selonggok bertimbun yang baru di angkat dari jemuran petangnya tu....
sambil membebel suruh anak2 siapkan kerja rumah segala, cepat masuk tidur, nanti terlewat bangun pegi sekolah....besok paginya awal lagi mak bangun, kejutkan anak2 semua untuk pegi sekolah, siapkan sarapan dan bekal segala...
lepas semua anak dah pegi ke sekolah, mak mulakan rutin harian, kemas rumah, cuci baju, sapu halaman, sediakan makan tengahari, jenguk kebun kecil di belakang rumah....bla bla bla....sampailah ke malam, kerja mak memang tak habis dan tak akan habis sebab hari-hari dia mesti ulang semula rutin hariaannya tu....

Kita hanya tahu minta mak itu dan ini....tak terpikir lagi betapa penatnya mak masa tu tapi tetap masih melayan kita juga...mak tak kisah dia penat kah apa asal dapat melayan 5 orang anak-anaknya ni......
dan Sekarang aku dah beranak pinak dan ada 3 orang anak sememangnya faham sangat betapa penatnya menjadi seorang isteri dan ibu.....
lebih2 lagi sekarang ni rata2 semua ibu bekerja, rasanya betul2 mencabar akal dan fizikal seorang yang bergelar isteri dan ibu....betul kan ?

Aku bangun seawal jam 5, siapkan anak2 pegi sekolah, masak bekalan Damia untuk ke nursery sebab dorang tak sediakan makanan untuk budak 2 tahun ke bawah....
nasib baik hubby tak breakfast di rumah sebab dia pun terpaksa mengejar masa ke sekolah....lepas hubby bertolak, aku pula bersiap sedia, mesti bertolak dari rumah sebelum jam 7 sebab takut tersangkut dalam jammed....
lepas hantar Damia dan Shamzi, sampai opis kira2 jam 8.00....kerja tik tak tik tak tekan keyboard menghadap pc seharian sampai jam 5.15 petang....kelam kabut balik rumah, selalu sampai dalam jam 6.30 ptg....
masuk pintu rumah terus campak beg, takda nak rehat2nya, masuk dapur masak, kumpul semua baju kotor, campak dalam mesin basuh, angkat kain dijemuran, kemas2 rumah....bla bla bla....penat aku menulisnya.....semua siap (sebetulnya bukan siap pun, kain baju jarang dapat lipat kalau week day, main campak jak dalam bakul...huhu)..dalam jam 12 baru dapat tidur dan esoknya kembali ke rutin yang sama......
hubby kadangkala tolong juga tapi aku tak senang hati juga suruh dia sebab itu semua dah jadi tugas seorang ibu dan isteri kan...(^_^)

Bukannya aku nak merungut ke apa, tapi baru tahu rasa penat yang luar biasa bila menjadi seorang ibu....rasanya memang mak aku penat giler melayan kami adik beradik masa kecik-kecik dulu tapi dia tetap ok dan tersenyum.....tiba2 terpikir macam mana pulak dengan nenek (sebelah mak) melayan anak-anaknya yang seramai 11 orang tu ??




 

Bestnya kalau dapat relaks sekejap cam Damia.....hehe

Comments

  1. Penat kan..tambah2 working mummy like mia nie..dpt sy bygkan..yg dok full time kat umah nie pun kepenatan jgk nak handle semua..solute utk mak2 kita..:)

    ReplyDelete
  2. sama jugaklah ngan saya. mmg sama rutin harian kita. balik tu mmg xde masa nak rehat2. kalau x dpt masak berat2, simple pun xpe sbb hubby dan anak2 x cerewet bab makan. kalau bab basuh dan sidai baju, mmg hubby akan tolong mane yg patut. agak kelegaan di situ. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdanya hidangan berat2 kalau weekday...hehe simple2 jak, kadang2 telur dadar pun jadilah....

      Delete
  3. bila penat, dapat baring lurus kaki, geliat sikit, oh... nikmat kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambil ngeliat mulut menguap.....huaarggghhhh....emmm betul2 nikmat

      Delete
  4. Wahhh...santai Damia berehat...hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang santai abis....uminya ni yang jeles nengok....hehe

      Delete
  5. Arwah mak kakak anak 8 org Mia bayangkan. Duduk kampung lagi. Kakak masih beruntung sebab tugas kakak balik kerja sekadar masak. Bab kemas rumah, cuci baju, iron semua kakak ada pembantu. Kalau tak macam tak laratlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang dulu2 memang kuat tenaganya kak banding kita sekarang ni.....huhu

      Delete
  6. ermm..itulah pengorbanan seorg wanita...

    ReplyDelete
  7. Fuhhhh..
    Baca ni cuak pulak..
    Macam mana lah AJ bila dah jadi mak budak nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan cuak dulu, penat tapi pengalaman dia lain sangat....tak boleh dapat kat mana2 :D

      Delete
  8. dah jadi mak nie mmg xhabis keje sampai bila2 kan...

    ReplyDelete
  9. Betul, memang penat keja seorang ibu ni.. Sya pun baru satu suda penat apa lagi ko yg ada 3 tu.. :)

    Itu lah pengorbanan seorang ibu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengorbanan yang besar kan.....love my mom....

      Delete
  10. Memang penat jadi Ibu ni kan Mia..betapa besar pengorbanan mrk..
    bila dah beranak sndiri baru tahu betapa berat nya tugas seorg Ibu yg tak pernah kenal penat lelah...
    zaman skrg lagi ramai ibu yg bekerja, cabaran nya lgi besar..kena pnadai bahagi masa antara keluarga & kerjaya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu atiey, kena pandai bahagikan masa.....

      Delete
  11. Sebabtu syurga si bawah tapak kaki ibu. Memang penat wei. Ni baru 3 anak. Klo lebih...perghhhh...

    Tapi kan. Yang aku perasan. Kita sebagai ibu ni jarang sgt jatuh sakit kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an semua para ibu dikurniakan denga kesihatan yang baik...amin
      Aku paling susah hati kalau sakit, anak2 yang paling kasihan.....

      Delete
  12. sy ni nasip baik ada mummy sy sini.. kalau nda.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kadang2 kalau mamak saya datang pegi rumah, lega juga sebab selalu dia tolong masak sedap2...hehe

      Delete
  13. Tu le bila kita dh bergelar ibu baru tau betapa payahnya nk uruskan rumahtangga dengan qnak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dah bergelar ibu baru kita tahu payahnya nak uruskan semua tu....

      Delete
  14. Saya yang sorang anak, 24jam kat rumah... sibuk nak bebel. Tak tau la kalau saya situasi macam u Mia. Dari dulu mmg saya kagum dengan career moms.
    Ha kan, mak2 kita dulu macam senang nyer dorang buat. Nak kata anak2 tolong.. hehhhee tak der la sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe agaknya doter u pun dah lali dengar bebelan mamanya hari2...
      Orang dulu memang kuat tenaganya sebab pencemaran segala belum ada, sakit pun jarang kena kan...

      Delete
  15. akak full housewife...keje umah mcm tak pernah habis walau dok umah 24 jam..

    ReplyDelete
  16. Amboi! Bestnyer nyer damia relax baring cmtu...

    ReplyDelete
  17. MIa OKje baca Mia tulis tu pun dah penat.... samalah Mia dulu Okje pun cam tu sejak dah berhenti keje ni barulah tak stress....
    Tak stress tapi tak de benefit company le...hehe

    ReplyDelete
  18. kan kan kan? best nye kalau boleh rehat... hu hu... selalu ckp dgn husband kalau penat sesangat dan tertension dgn kerenah anak2 'saya nak pi bulan sekejap boleh?' hu hu...

    but that's the best thing about being mother.. hu hu...

    ReplyDelete
  19. Memang penat tak tau nk cakap kan mia. Klw benti keje pun belum tentu gak dapat handle sume dengan baik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang