100 Doraemon Expo di Viva Mall

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam isnin korang....
Hampir seminggu blog tak terusik, dapat update blog pun guna hp je, so nak berblogwalking memang tak boleh..
Check traffic tadi memang jatuh merudum......dah jadi adat blogger picisan, bila ada post menarik baru orang nak datang tapi kalau blog sunyi sepi biarpun sekejap, takde sudi yang kunjung. ada tanda merajuk di situ, korang abaikan je lah...

Sebenarnya minggu lalu aku ada course 3 hari kat HQ di KL. Flight hari selasa ke KL, course pula 3 hari berturut-turut dari hari rabu hingga jumaat. Balik KK hari sabtu tu. 
Course memang padat dalam masa 3 hari tu tapi sempat jugalah jjcm kat KL sekejap lepas training petang tu.

Hari pertama course aku dan sorang teman dari cawangan Tawau hanya sempat pegi ke Pavilion dan Sungei Wang. Shopping sikit2 je sebab bulan 11 hari tu baru je turun KL kan.
Hari kedua course, aku sempat pegi ke Expo 100 Gadget Doraemon di Viva Mall tu.

Mula2 kononnya nak naik teksi jak pegi sana sebab jauh sedikit dari opis kami di Jalan Sultan Ismail tu. Tapi teksi sini banyak yang tak guna meter, main letak harga jak. Lebih2 lagi bila dengar slang kami yang ketara2 memang orang luar. huhu
Nasib baik ada sorang opismate kat HQ aku tu, hantar kami ke Viva Mall dengan Monorail dan LRT. Ni kali kedua aku guna perkhidmatan Monorail dan LRT. Jadi agak kekok sedikit juga tapi jimat duitlah. Harga tambang dari Bukit Bintang hingga ke Stesen Miharja cuma 2 ringgit lebih. Jimatlah, daripada bayar teksi yang caj sampai puluh2 ringgit tu...huhu

Sebenarnya kawan aku tu yang beria2 sangat nak tengok pameran doraemon tu so aku ikut je lah kan. Pameran ni sudah bermula sejak 14 Dec 2013 yang lalu dan akan berakhir 23 March 2014 ni. Harga tiket untuk orang dewasa pula RM25.00 sorang. Memang mahal sedikitlah..huhu Harga untuk kanak2 lupa pulak nak tengok.

Kat pameran tu korang boleh tengok kesemua gadget dan patung doraemon serta kawan-kawannya. Kalau budak2 memang eksaited lah nengoknya. Aku tak lah teruja sangat pun tapi bila masuk kat barangan Doraemon tu, rasa nak borong semua....sangat comel2 belaka. Nasib baik mahal. T-shirt doraemon sehelai harganya RM60.00 sehelai...mahal gilak...huhu

Lepas tengok pameran, round2 sekejap kat Viva Mall tu dan makan kat Kenny Rogers sebab tak jumpa food courts kat sini. Lebih kurang jam 9.00 malam gitu, kami bergerak balik kat hotel. Terpaksa naik teksilah sebab tak tahu jalan balik guna LRT tu semua. Nasib baik dapat teksi yang guna meter kalau tak, ntah berapa puluh ringgitlah kami bayar teksi malam tu.












16 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. bru niat nk pegi..mahal la pulak tiketnya..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal juga tapi dah alang2 pegi KL singgah le konon jejalan kat sini...:D

      Delete
  2. uwahhh..seronoknya! sy memang minat sgt doraemon..sampai dah beranak pon still tgk kartun tu.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kartun turun temurun ni...dari mak nya hinggalah kat anak2 kan..hehe

      Delete
  3. Tu bukan awak kan Mia.....
    Patut pun masuk Majalah 3 ke 999 yg driver Teksi kena saman sebab tak ikut meter.... Peminat Doreamon sure suka nikan Mia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku le tu OKje....perasan jadi kanak2 riang sekejap...hehe

      dah berapa kali kena teksi yg main letak harga je...padahal kat pintu ada tulis teksi bermeter...huhu

      Delete
  4. Replies
    1. best, lagi2 yang memang peminat setia doraemon.....;D

      Delete
  5. alolo...jadi sizuka kejap pon boleh jugak ni..

    ReplyDelete
  6. Kalau dah mak budak pun suka entah macam mana agaknya kalau bawa anak-anak kecik ke sini Mia. Mahu diangkutnya semua doraemon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak.....teruja tengok barangan doraemon tu semua.....hehe

      Delete
  7. Assalamualaikum, jemput join contest yg saya anjurkan. ;) http://sumanya-lillah.blogspot.com/2014/01/contest-maulidur-rasul.html

    ReplyDelete
  8. salam mia,
    wah mcm real daraemon place..budak2 yg peminat tegar mesti seronok tak mau keluar masuk dlm tuh..heheh...takperlah budak bertiga tuh mesti mak dorang beli yg best2 dah kan..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post