Bila ketandusan idea

Assalamualaikum

Jadi seorang blogger ni (blogger keee ?? nak muntah aku pulak), kena sentiasa ada idea nak menulis.
Tak kisahlah ko nak tulis pasal family ko ke, anak2 ko ke, kucing ko ke, kalau yang belum kahwin tu cerita tentang boipren dan gepren........asalkan tak menganggu ketenteraman orang lain....cehh ketenteraman gitu

Kalau sekiranya tiba-tiba kehilangan idea yang melampau, maknanya nak taip pun tetiba tak tahu nak tulis apa hinggakan eja pun tak pandai (ni ketandusan idea tahap gaban), apa yang korang nak buat ??
Aku ?? Kalau sekiranya tak tahu apa benda nak tulis, selalunya aku akan buat ni :- (siap senarai ni)
  1. Tempek gambar banyak2. Selalu aku tempek gambar dari instagram aku, gambar anak2, gambar makanan, pemandangan......tapi selalu aku curi gambar yang hubby aku dah touch up tu lah.....hehehe curi dengan berizin gitu.
  2. Update BE dari Nuffnang - ni bukannya riak tapi nak ingin berkongsi kegembiraan. dan juga sebab tiada idea nak tulis kan.
  3. Tempek kata2 semangat, nasihat dan panduan. Sumber kebanyakkan dari Facebook.
  4. Kongsi berita2 semasa. Ni selalu aku olah sendirilah konon.
  5. Tempek banner iklan......tengah2 takda idea bagus jana sedikit pendapatan kan.
Tapi tak kisahlah apa yang korang nak buat dan tulis kan......asalkan ianya tidak menganggu sensitiviti orang lain. Lagipun menjadi seorang blogger ni, kena berhati-hati dengan apa yang ingin dipublishkan. Takut nanti tanpa kita sedari ianya boleh menyakiti orang lain.

Ok tu jak....TaTa !


Image from Google


Note : eehhh banyak pulak aku tulis, kata takda idea... :P

9 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. saya merapu jer lbh klau xde idea...haha

    ReplyDelete
  2. Betul tu. musuh jangan dicari.

    ReplyDelete
  3. Ada jer idea ni Mia...hahaha...

    Bila idea tak ada, taip..padam...taip...padam. Aku lah tu ☺☺

    ReplyDelete
  4. setuju dgn nasihat mia..betul3x (nada upin ipin) :)

    ReplyDelete
  5. salam mia..bagus idea ko tuh..aku kalo takdek idea pun letak gambar jer jgk...tp cam tak puas ati lah kan sbb entry yg takder semangat penceritaan..:)

    ReplyDelete
  6. N3 ni pun dah kira idea Mia..hehe..
    sama lah tu. kekadang blur btl..smpai ndak tau sdh mo tulis apa..huhu.
    Boleh lah guna idea ni nti..hehe

    ReplyDelete
  7. Hehe... Betul ada masa mmg tandus betul idea kan Mia

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post