Skip to main content

Drive pun nak berFB ke?

Assalamualaikum

Jumaat yang lalu balik dari keja, punyalah lama ambik masa nak balik rumah sebab tersangkut dalam jammed......kalau jumaat mesti jammed, kalau jammed mesti hari jumaat....perjalanan balik rumah selalunya ambik masa 45 minit gitu boleh jadi sejam setengah...kereta gerak punyalah perlahan, kura-kura pun ketawa tengo sebab dia lebih laju jalan...

Aku dah boring gila dalam keta....masa keluar opis masi terang, ni baru separuh perjalanan dah gelap gelita.....tetiba terpandang sebelah keta......wah wah wah pemandunya sorang perempuan bukan main siok dengan teleponnya....cahaya dari teponnya tu jelas dia sedang berfacebook....mentang2 keta sedang bergerak perlahan dia ambik kesempatan berfacebook sambil memandu....bila keta dia gerak ke depan, keta kedua menyusul dan sama seperti pemandu keta depan seorang wanita sedang siok menggunakan teponnya......isk isk isk dan toleh lagi keta belakang macam kebetulannya, nampak pulak pemandunya seorang lelaki sedang asyik sekali menswipe-swipe iPadnya......

Bayangkan kalau ketiga2 pemandu ni terlalu asyik dengan tepon dorang dan lupa yang mereka sebenarnya sedang memandu......amatlah tidak mustahil untuk berlaku pelanggaran.....kalau dorang tiga2 ni yang berlanggar sesama sendiri, itu hal dorang sebab dorang sendiri yang menjadi penyebabnya....tapi yang sungguh tidak puas hati apabila gara2 sikap dorang yang pentingkan diri sendiri itu, orang lain yang terkena.....orang lain punyalah main berhati2 di jalan raya tapi dorang senang2 sondol belakang keta si pemandu yang berhemah ni....habisss kemek.....tak ke sakit hati gitu......

Aku tahulah dengan keadaan jammed camtu memang amatlah boring gilak....tapi itu bukanlah boleh dijadikan alasan untuk menghilangkan keboringan......silalah disiplinkan diri untuk jadi seorang pemandu yang berhemah.....aku, memang tipulah kalau tak pernah guna tepon sambil memandu....memang pernah tapi untuk jawab panggilan saja....itu pun diloud speakerkan....sebab bagi aku even jawab tepon pun membuatkan aku hilang tumpuan semasa memandu, inikan lagi pula mereply status di facebook......
So pesan untuk semua pemandu2....ingat, bukan anda saja yang ada di jalan raya ok.........peace !!



Note : hari ni el lagi, Damia tetiba demam.....so jangan heran pekerja yang paling cepat abis cuti tahunannya adalah ibu2 seperti aku.......

Comments

  1. salam isnin
    apa khabar hari ini
    singgah pagi :)

    ReplyDelete
  2. moral of the story, berhati2 ketika memandu.. no no to hp! hmm.. setuju.. para ibu mmg cpt habis cuti kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss...say no to hp while driving....

      Kan, memang cepat abiss cuti...tapi demi anak2 takpelah

      Delete
  3. wah..bahaya tu.. tak fokus..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah pasal.....memang bahaya sebenarnya....

      Delete
  4. Dah menjadi kebiasaan tu kpd driver kat luar sn..hehe..
    Sempat je lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a kebiasaan yang sebenarnya menyusahkan orang lain.....huhu

      Delete
  5. agaknya diorang tuh perasan pemandu hebat tuh sbb tuh brani buat camtu.silap2 haribulan bedummmmm....
    get well soon ya damia gal..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah kalau dorang yang sendiri rasa akibatnya tapi kalau orang lain terkena juga tu yang rasanya macam tak puas hati.....

      Delete
  6. Hehehe..seb baik fon ku xde internet...pasal cuti tu biasa lah kan.Aku dulu pun mesti yg terawal gak abih cuti tahunan.Kalau anak sakit,walaupun mild jer demam, x berani nk tinggalkan kat pengasuh/nurseri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kalau demam sikit jak, aku dah risau dah nak tinggalkan kat nursery.....

      Delete
  7. Hehe..lisa biasa gak tgk ada yg ralit dgn fon time drive .. Peringatan bsama... :)

    ReplyDelete
  8. Takutnya Mia dah marah hhehe....
    Tapi memang betul takut terlanggar keta baru mak aje hehe....sapa yg susah? makkkkk jugak susah kan mia...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak marah.....nasihat...hehe

      #Mood keta baru memang gitu....hehee penat2 kita kumpul pitih nak beli dorang senang2 nak kemekkan.....hahahaha

      Delete
  9. Kalau kakak macam Mia nak bertelefon masa memandu pun tak expert inikan lagi nak berFB bagai.

    Moga Damia cepat sembuh. Itulah Mia sebagai ibu/pekerja memang tak lari dari EL ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kak....jawab tepon masa memandu sebab takut panggilan penting...tapi itu pun memang tumpuan dah terganggu...

      Terima kasih....memang EL dan ibu tak dapat dipisahkan....hehe

      Delete
  10. Pemandu sekarang banyak macam tu kak....
    Dah la tu, kadang tu main suka diorang je tukar lane dengan tepon melekat lagi kat tangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah pasal.....bukan nak kata yang kita ni pemandu yang bagus sangat tapi sekurang-kurangnya masih sedar yang kita bukan sorang saja yang guna jalan raya tu.....

      Delete
  11. Jakun dgn HP baru kot ☺☺. Bahaya betul.

    Aku kat Cyberjaya ni hari2 jalan sesak. Pagi sesak balik kerja pon sesak...stress.

    ReplyDelete
  12. isk.. bahaya bah sambil memandu ber FB.. klu ndak fikir diri sndiri fikir lah ttg nyawa org lain..nnti ndak pasal2 org lain menanggung akibat..
    kena lebih alert bah klu di jln raya..

    ReplyDelete
  13. Betul tu bahayakan. Kang tak pasal pasal melibatkan orang lain jugak.

    ReplyDelete
  14. mmg biasa ni kalau di KK...bertelefon time memandu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang