Skip to main content

Air dicincang takkan putus

Assalamualaikum

Mulut aku dah penat membebel kalau Shumi dan Shamzi bergaduh....ada saja yang boleh menjadi punca pergaduhan dorang.....baru 5 minit yang lalu aku nampak dorang bermain-main.....masuk dapur kejap dah dengar teriakan Shamzi menangis dan kadang kala Shumi yang meraung....puncanya selalu perkara kecil jak, kadangkala sebab Shamzi jatuhkan patung ultraman Shumi dan ada kalanya sebab Shumi tak lukis seperti yang dimahukan oleh Shamzi....

Pening kepala Uminya ni melihat...mana tak lepas dua2nya meraung....tak lama kemudian dah mula balik bermain berkejaran sambil ketawa riang....gitulah aktiviti dorang hari2...main gaduh pastu main pastu gaduh balik....kadang2 ada jugalah terhinggap sezass rotan kat kaki sorang sekali sebab aku dah tak tahan.... Lepas rotan baru bagitahu dorang apa salah dorang sampai kena rotan....kedua2nya angguk2 faham kononnyalah....tapi tak lama lepas tu gitu juga....

Agaknya beginilah bila ada dua orang anak lelaki yang hampir sebaya umurnya.....sekejap kawan sekejap bergaduh....bila cakap kat Shumi, kita hantar Shamzi balik kampung supaya dorang tak bergaduh, tak mo pulak dia pisah dengan adiknya....senang juga hati aku bila dia jawab gitu....harapnya semakin membesar nanti dorang akan faham sendiri.....(^_^)

Comments

  1. lelaki memang mcm tu kot kak. hehe. mcm adik saya. ada dua jea lelaki. tp, kalo bergaduh macam ada 10 orang lelaki dalam rumah tu. hehe

    ReplyDelete
  2. Mcm Upin Ipin dah gayanya dua org ni.Mcm kembar kan?

    ReplyDelete
  3. biasalah budak2 lelaki kan...lasak...tp gaduh pun kejap je...

    ReplyDelete
  4. Hehehe...umur agak rapat..boleh jd kawan & lawan..gitulah...tp bagus anak2 bila ade kawan drp dok sorang2...

    ReplyDelete
  5. Hihihihi..sama ler disini.
    Tahu2 tgh gelak2 tetiba dgr adik dia nangia..kena tendang ala taekwondo..hihihi

    ReplyDelete
  6. Hehe...dekatdekat gaduh... Bile bejauhan nanti mencari..hehe

    ReplyDelete
  7. budak2 ni marah dia sekejap jak....pas tu boleh main balik...tak ambik dalam hati langsung!

    ReplyDelete
  8. bebudak kak...
    macam tu la.....
    Comel je diorang tu...
    Hehhehe...
    Seirama je nampak dalam gambar tu... =D

    ReplyDelete
  9. Macam kembar lag dorang nih. Anak bujang aku ngan anak dara pon slalu gaduk gak nok even jarak kelahiran 3 tahun. Fening aku.

    Ada 1 petua. Ni dari kakak ipar aku (org jawa). Klo tak nak bagi gaduh & nak bagi adik beradik saling sayang menyayangi...cewahhh...ikat tali pusat dorang dan simpan dalam satu bekas. In shaa allah. Tapi aku tak buat lagi petua nih...hehehe...

    ReplyDelete
  10. biasalah anak2 gaduh kejap tapi sayang banyak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a