Hi korang… lamanya kakmia tak bersiaran. Aktiviti blog terpaksa dikurangkan.. Sebelum ni aktif ja kakmia review makan sana sini, review tempat menarik sana sini. Tapi disebabkan si covid, semua terpaksa dihentikan seketika.. Gitu. Tak boleh dine in, aktiviti pelancongan pun terpaksa dihentikan sementara demi mengekang penularan wabak Covid 19 ni. Tak apa, kita akur dan sabar..
Dan rasanya kesabaran kita tu berbaloi juga bila pihak kerajaan baru-baru telah memberi kebenaran kepada sektor pelancongan untuk beroperasi semula. Alamak bestnya!
Sumber : shutterstock.com |
Sementara waktu ni, orang ramai dibenarkan melancong dalam negeri sendiri kerana aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan. Tapi kan.. Tapi kan.. Baru-baru ni kerajaan dah umumkan yang Pulau Langkawi dibuka untuk orang awam di bawah program gelembung perjalanan (travel bubble). Orang ramai dibenarkan melancong ke sini tetapi kenalah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Bestnya… lagi-lagi bila dah lama terperuk kat rumah ni. Bila dah ada peluang sebegini, memang tidak akan disia-siakan.
Tapi bagi kakmia kan.. jika aktiviti rentas negeri dah dibenarkan sebenarnya teringin nak bawa anak-anak berjalan-jalan di Kuala Lumpur… Pulau Langkawi tu kita simpan dulu untuk kemudian.. Hehe plan nak ke Kuala Lumpur tu sebenarnya dah lama tapi terbantut pula oleh pandemik covid 19 ni. Anak-anak teringin nak tengok depan-depan Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur. Lepas tu nak merasa sendiri naik monorail menuju ke Bukit Bintang… gitu. Bila dah ada plan begini, perkara pertama yang wajib nak kena check selain tiket kapal terbang adalah tempat penginapan.
Sumber : Google Image |
Tempat penginapan yang dipilih kalau kakmia, nombor satu haruslah selesa untuk kami sekeluarga. Bersih, kemas, kemudahan dan fasiliti haruslah cukup. Kakmia pantang kalau dapat tempat penginapan agak kureng sikit tahap kebersihannya.. Boleh hilangkan mood untuk bercuti.
Servis di tempat penginapan juga kakmia sangat ambil berat. Selalu sebelum nak book tempat tu, kakmia suka baca review dari mereka yang pernah menginap di hotel tersebut. Dari review-review ni, kita boleh dapat agak bagaimana servis yang akan kita terima semasa menginap di hotel itu nanti.
Satu faktor penting lagi dalam pemilihan tempat penginapan bagi kakmia ialah lokasi. Kakmia kalau nak ke Kuala Lumpur dah memang plan mana-mana tempat nak bawa anak-anak. Jadi kalau boleh tempat penginapan tu lokasinya mestilah berdekatan dengan tempat-tempat tu semua. Baru senang nak berjalan kan. Korang macam kakmia juga ke, cerewet pasal pemilihan tempat penginapan ni. Kalau korang pun sama macam kakmia, ni kakmia beri tunjuk ajar….korang pergi je check out KL Staycation
Kat sini kita boleh check mana-mana hotel yang bersesuaian dengan kehendak kita. Korang boleh baca review orang tentang hotel tu, boleh check lokasi hotel, berapa harga yang ditawarkan… malahan korang boleh terus book hotel.. Mudah kan.
Sumber : Google Image |
Alang-alang ke Kuala Lumpur, nak juga berjalan-jalan di negeri-negeri yang berdekatan. Kakmia ni sebenarnya gemar tempat-tempat percutian di tanah tinggi dan berhawa sejuk. Kalau kat Sabah ni, memang tempat kegemaran adalah Kundasang, Ranau. Kat semenanjung, kalau dapat staycation dekat Cameron Highlands Hotels juga tak kurang hebatnya. Kawasan tanah tinggi, sejuk dan berkabus. Apa yang menarik kat Cameron Highland ni? Sangat banyak. Teruja tau kakmia bila membaca pengalaman mereka yang dah pergi ke Cameron Highland. Dorang siap bagi list lagi tempat-tempat menarik yang wajib korang kunjungi bila bercuti ke Cameron Highland nanti. Salah satunya ialah lawatan ke ladang-ladang strawberinya. Kat sini banyak ladang strawberi yang korang boleh lawat… bestnya boleh makan buah strawberi segar yang baru dipetik. Yang suka minum jenama teh Boh tu, ni lah masanya korang melihat sendiri ladang teh tu… ada kat Cameron Highland. Banyak lagi tempat yang korang boleh kunjungi sebenarnya…. Excitednya kakmia… sama-samalah kita berdoa agar keadaan pulih seperti sediakala. Dan jangan lupa vaksin tau… tak sabar dah nak pergi jalan-jalan ni!
Jemput singgah.. Saya anak beranak positif.. Aku Kehilangan 2 org ahli keluarga yang di sayang.
ReplyDeletehttps://misseffah-ara.blogspot.com/?m=1
jom cuti2 kak mia. tenangkan fikiran pdpr stress sungguh
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!