Skip to main content

Shopee Umumkan Pakej Bantuan Peniaga RM15 Juta untuk 70,000 PKS Malaysia

Kira-kira 70,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini dijangka menerima manfaat daripada Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM15 juta. Platform e-dagang tersebut hari ini mengumumkan pakej bantuannya untuk membantu PKS dan perniagaan yang terjejas dengan ketara oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Pakej ini membantu menangani masalah yang dihadapi oleh perniagaan berikutan pendekatan antara Shopee dan persatuan runcit, dewan perniagaan serta pemilik perniagaan. Dua cabaran yang telah dikenal pasti adalah:

PKS sedang mencari saluran jualan baharu seperti e-dagang, tetapi tidak biasa dengan cara melakukannya. PKS ini mahukan rakan kongsi yang dapat memberi mereka panduan langkah demi langkah yang jelas, untuk memastikan mereka berjaya dalam perjalanan penjualan atas talian mereka.
Sejumlah besar peniaga atas talian sedia ada sedang berdepan dengan peningkatan kos dan penurunan hasil yang signifikan akibat jumlah jualan yang rendah.
Pakej Bantuan Peniaga Shopee ini akan membantu PKS dan perniagaan tempatan dalam pelbagai sektor termasuk peruncitan, hasil segar, makanan & minuman dan banyak lagi dengan memacu pendigitalan perniagaan tradisional dan membawa perniagaan tersebut atas talian. Pakej ini juga bertujuan menyokong semua peniaganya dengan mewujudkan peluang jualan dan pertumbuhan, mengurangkan kos operasi dan memudahkan pembangunan mampan melalui pembiayaan, subsidi dan pendidikan.

Pakej Bantuan Peniaga Shopee ini dibuka untuk permohonan bermula hari ini 13 April 2020, hingga 31 Mei 2020. Ia akan menampilkan manfaat berikut untuk peniaga tempatan:

1. Subsidi Yuran Peniaga - 

a. Shopee akan memberi diskaun hingga 45% untuk yuran bagi peniaga dalam program RM19 Penghantaran Percuma dan Coins Cashback kami;
b. Ini akan membantu mengurangkan perbelanjaan operasi dan meningkatkan pulangan kepada pemilik perniagaan.

2. Sokongan Jualan Peniaga - 

a. Bagi membantu peniaga memacu jualan dalam tempoh Ramadan dan Hari Raya, Shopee
memperuntukkan RM6 juta dalam bentuk baucar dan kredit pengiklanan berbayar percuma;
b. Semua peniaga berpeluang mendapat manfaat daripada baucar kempen khas setiap minggu yang bernilai RM100,000;
c. Semua peniaga juga akan menerima hingga RM400 setiap seorang dalam kredit pengiklanan berbayar percuma bagi meningkatkan pendedahan untuk produk dan kedai mereka.

3. Pakej Digitalisasi - 

a. Shopee juga berikrar untuk memberi sokongan tambahan khas untuk peniaga baharu untuk memulakan perjalanan penjualan atas talian mereka;
b. Semua peniaga baharu akan menerima baucar Shopee bernilai RM400, RM200 dalam kredit pengiklanan berbayar percuma dan penyertaan percuma dalam program RM19 Penghantaran Percuma selama 2 minggu;
c. Langkah-langkah ini adalah penting bagi memulakan perjalanan bagi peniaga baharu untuk bukan sahaja memudahkan peralihan mereka atas talian tetapi juga demi menghasilkan jumlah pesanan yang tinggi.

4. Semua Manfaat Peniaga Sedia Ada - 

a. Setiap peniaga Shopee akan terus menikmati semua manfaat Shopee termasuk kadar yuran sifar bagi pendaftaran, komisen 0% untuk peniaga di pasaran dan yuran penyenaraian 0%;
b. Shopee juga akan terus menanggung kos penghantaran dengan program penghantaran percuma yang diberi subsidi di seluruh platform.

5. Pendidikan - 

a. Shopee juga akan mempertingkatkan kursus percuma Shopee University dalam tempoh ini dengan menambah bilangan kelas dan keluasan topik;
b. Dijalankan atas talian dan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina, kelas istimewa ini disediakan untuk peniaga baharu bagi membimbing mereka dalam pelbagai perkara daripada pembukaan kedai kepada penjualan, pemasaran dan operasi;
c. Selama ini, Shopee University telah berjaya melahirkan lebih daripada 10,000 usahawan dan perniagaan di seluruh negara dari peringkat awal, malah dari pekan luar bandar juga, untuk menjadi salah satu peniaga atas talian terbesar di negara ini.

"Semua usaha kami, sama ada yang baru mahupun yang lama, memaparkan komitmen kami sejak hari pertama dalam memajukan usahawan tempatan dan ekonomi digital Malaysia. Pakej Bantuan Peniaga Shopee bertujuan mewujudkan impak jangka panjang yang positif, walaupun selepas PKP. Kami memahami bahawa negara ini sedang melalui masa yang sukar sekarang dan kami berharap usaha ini dapat membantu PKS tempatan mengatasi kerugian dalam hasil luar talian, memperbaiki aliran tunai dan yang paling penting, mengekalkan perniagaan mereka. Utama sekali, harapan seikhlas hati kami adalah agar Pakej ini dapat memberi rakyat Malaysia jaminan bahawa kita mengharungi perkara ini bersama-sama, terutama mereka yang tidak lama lagi akan meraikan Hari Raya," kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pakej Bantuan Peniaga Shopee, layari  http://shopee.com.my/supportpackage 


Comments

  1. Hai,jemput dengr lgu bru saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    ReplyDelete
  2. Salam Mia..... buat kuih apa pulak hari ni? hihi......Salam Ramadhan ye
    Alhamdulillah ada yg perihatin dimusim musim PKP ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa