Beli-belah Dengan Selamat Dari Rumah dengan S-Mart Sabah

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengehadkan pergerakan rakyat Malaysia demi menangani penularan COVID-19. Rakyat Sabah berasa semakin sukar untuk membeli barangan penting dalam tempoh ini, memandangkan akses adalah terhad.

Shopee menghulur sokongannya kepada rakyat Sabah menerusi S-Mart Sabah, sebuah kedai atas talian khusus bagi Sabah di platform itu, dengan memberikan mereka lebih kemudahan supaya mereka boleh membeli keperluan harian mereka dari rumah. Platform e-dagang itu bekerjasama rapat dengan jenama seperti Nestle, Oral-B, Harpic, Follow Me dan Genki untuk meningkatkan bekalan dan membawa lebih banyak produk seperti mi segera, susu, bijirin, ubat gigi, syampu dan lampin supaya pembeli mempunyai akses kepada barangan tersebut sepanjang tempoh ini.

Di samping itu, melalui S-Mart Sabah, Shopee berharap dapat meringankan beban kewangan pembeli melalui diskaun dan tawaran, di mana pembeli akan dapat menikmati penjimatan hingga 40% setiap hari. Terdapat juga tawaran bundle untuk membantu pengguna membeli dengan lebih banyak pada harga yang berpatutan, seperti tambahan penjimatan 5% apabila mereka membeli bungkusan 4 (empat) pek Maggi, atau 3 (tiga) kotak bijirin Koko Krunch. Untuk mengurangkan kos penghantaran dalam tempoh ini, pada 27 Mac dan 4 April, Shopee akan menyediakan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM8 dari 12 pagi hingga 2 pagi, dan RM16 untuk waktu lain sepanjang hari.

Demi kepentingan keselamatan dan penghantaran yang lancar, platform membeli-belah atas talian itu bekerjasama rapat dengan rakan logistiknya, Pos Laju untuk mengambil langkah berjaga-jaga termasuk pembasmian kuman di gudang dan kenderaan serta pembersihan bungkusan pesanan, manakala pemeriksaan suhu dilakukan untuk pekerja, pemandu dan penghantar pesanan.



Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, "Keutamaan kami pada masa ini adalah untuk memastikan pengguna kami selamat dan mempunyai akses kepada barangan keperluan rumah dan barangan runcit yang mereka perlukan, dan boleh didapati pada harga yang berpatutan. Kekal selamat di rumah, dan serahkanlah kepada kami dan rakan kongsi kami di Pos Laju untuk menghantar produk anda dengan selamat kepada anda. Dengan ini, kami berharap Shopee dan rakyat Sabah dapat bersama-sama menangani COVID-19."

Promosi di S-Mart Sabah adalah sebahagian daripada kempen khas Beli-belah Dengan Selamat Dari Rumah oleh Shopee dari sekarang sehingga 4 April agar pengguna dapat membeli keperluan mereka di satu tempat pada harga mampu milik. Selain itu, pada 27 Mac dan 4 April, platform itu menawarkan tawaran dari RM0.44 dan diskaun hingga 80% serta permainan Shopee

yang menarik termasuk Shopee Flip & Match, Shopee Lucky Bag, Shopee Throw dan One or Not.  

Untuk mula membeli-belah, layari S-Mart Sabah di https://shopee.com.my/s_martsabah.fbs

2 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Senang ada pakej delivery mcm ni.... tau tau barang dah sampai rumah. Tapi tulah kadang ada barang yg tak ada diaorg ganti lain brand. Kalau Tesco nak dpt booking time tu Q jugaklah Mia

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post