Resepi Rebung Masak Lemak Simple!

Assalamualaikum ! Salam 1 Muharram. Cepat betul masa berlalu. Dah masuk tahun baru Islam. Pastu dah masuk 1 September hari ni. Tinggal 4 bulan lagi pula dah nak melangkah ke tahun 2020. 

Ok hari ni, Kmia kongsi resepi lagi. Eleh, mesti semua dah biasa masak. Rasanya lagi terrer dari Kmia tapi kan disebabkan kakak kamu ni yang umurnya dah nak masuk angka 4 bulan okt ni, baru pertama kali mencuba masak makanan ni .. maka wajiblah dikongsi kejayaan itu sebab hubby dan anak-anak cakap sedap .. hehe

Ok lah jom lah kita memasak! 

Rebung Masak Lemak

Bahan-Bahan
Rebung (direbus bersama garam)
Santan (Kmia guna 1 kotak kecik santan Ayam Brand kaler hijau tu)
Ikan Bilis 
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Sedikit Serbuk Kunyit
Cili Padi (ikut tahap kepedasan yang korang nak)
Garam
Serbuk Perisa
Minyak untuk menumis

Cara Masak
Panaskan minyak, goreng ikan bilis tadi dan biar sedikit garing. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi yang sudah dihiris tadi. Tumis sehingga naik bau. Masukkan sedikit serbuk kunyit. Kemudian masukkan rebung dan juga santan. Masukkan sedikit air, garam dan serbuk perisa. Biarkan mendidih dan siap! Masak ni sekejap ja sebab rebung dah rebus tadi kan. 

Nyaman ni makan dengan nasi putih panas-panas. Bertambah-tambah ko. 
Ok selamat mencuba 😉


1 comment

  1. Jemput join segmen sy 😃
    https://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/segmen-bloglist-sii-nurul.html?m=1

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!