Perarakan Hari Kebangsaan ke-62 di Kota Kinabalu

Assalamualaikum ! Rasanya belum terlambat untuk ucap SALAM MERDEKA kat korang. Harapnya kemerdekaan ini akan kekal sampai bila-bila. 

Sebenarnya nak kongsi ja cerita di pagi 31 Ogos hari tu. Alkisahnya tiba-tiba teringin nak tengok live perarakan hari kebangsaan, apa taknya seumur hidup Kmia cuma tengok kat tv jak. Huhu. Sadiss ...
So tak mau anak-anak Kmia jadi cam uminya ni hehe, maka gigihlah kami awal pagi bergerak dengan harapan sempat melihat perbarisan tu semua. 

Kami sampai agak lewat tapi masih sempat jugalah tengok perarakan tu semua terutama perbarisan dari pasukan-pasukan Polis dan Tentera. Rasa teruja pula tengok mereka berbaris dengan uniform lengkap dengan senjata. 






Biar panas berdenting, sanggup ni duduk kat tepi jalan sampai habis perarakan. Sayang Shumi tak ada sebab minggu ni dia tak balik ke KK. Jadi adik-adiknya ni yang excited bergambar dengan abang-abang polis dan tentera tu semua. 

Perarakan tamat lebih kurang jam 9 lebih pagi. Tercapai juga hasrat umi bawa anak-anak tengok live acara hari kebangsaan ni. Sekali sekala kena pupukkan semangat patriotik kat anak-anak barulah dorang lebih menghargai erti kemerdekaan itu 😊




4 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Wainaa takut pla aku tgok yg askar rumbai2 tu

    ReplyDelete
  2. Bestnta Mia..meriah bah sambutan di KK.. di LD ni mcm ndak seberapa.. hehe

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa kak.. kami d rumah ja huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post